02 January 2009

Konspirasi Dadah!

Malam ini hujan lagi. Aku masih di bilik ini. Masih bertemankan laptop yg telah byk berjasa kepada aku ini. Aku Masih boleh lg mendengan bunyi hujan menimpa bumi dari bilik ini walaupun rumah aku diperbuat dari batu bata dan penghawa dingin terpasang. 2009 telah masuk hari ke dua.


Konspirasi dadah. Aku mendapat idea ini ketika berbual dengan kawan baik aku-Mira. Dalam kehidupan dunia hari ini yang mengejar arus kemodenan, Cik Setiausaha memberi aku maklumat bahawaada orang yang terlalu judgemental lantas tidak sudi berkawan dengan kami. Terima kasih Rai untuk maklumat itu. Ia membuat aku berfikir. Kenapa masih ada manusia yang begitu? Aku malas untuk memikirkannya dengan lebih lanjut. Macam budak-budak. Tak boleh kawan orang tu, orang ni tak baik, itu,ini... Aku fikir semua ini hanya berlaku diwaktu zaman persekolahan aku je. Tapi malangnya, pada usia aku menginjak 22 tahun, masih lagi ada manusia sengkek berfikiran sebegini. Dunia, maafkan mereka. Biarlah aku menamakan mereka ini diarrhea (sebab aku rasa mereka ini memang macam penyakit+adik aku tengan kena diarrhea. Maka aku mendapat idea ini daripadanya. Terima kasih adik).

Sebelum aku berlayar lebih jauh, untuk pengetahuan semua konspirasi dadah ini terdiri dari 4 orang ahli. 2 telah dinyatakan seperti di atas dan seorang lagi adalah Wanie. Malangnya wanie jarang ditalian. Maklumlah wanita bekerjaya. Baru 3? Yang sorang lagi tu aku la semestinya. Kini, nama Konspirasi dadah telah ditukar. Kepada?

BAKAT. Ya, BAKAT.

Ceritanya begini.

Satu hari(aku lupa malam atau siang), aku terdengar desas desus orang memanggil kami dengan panggilan tersebut. Aku tidak pasti siapa. Aku tidak kenal mereka. Siapa yang mulakan panggilan itu dulu pun aku tak tahu. Tapi nama itu nampaknya well known. BAKAT sinonim dengan kami, kami dikenali ramai kerana menjadi ahli BAKAT. Aku rasa geram pada mulanya. Mulanya saja. Lama kelamaan aku menjadi tidak kisah. Mulut tempayan bolehlah ditutup. Mulut manusia dah meninggal baru nak tutup. Aku sudah lali dengan semua itu. Kami berempat semakin suka pula dengan nama baru kami BAKAT. Ia menjadikan kami semakin rapat. Segala suka duka dikongsi bersama. Bergossip juga kami tidak lupa(Ya.Kami perempuan tipikal)
Aku harus berterima kasih kepada mereka yang pertama memberi kami nama itu. Akhirnya tiada lagi Konspirasi Dadah yang sememangnya rekaan semata-mata itu.

Cuma, kadangkala rasa kecewa terbit sendiri.

Dunia yang terlalu judgemental ini terlalu memualkan. Penuh hipokrasi semata. Manusia seperti diarrhea dengan mudah menghakimi kami. Mereka ini jijik. Geli. Tanpa kenal kami yang sebenar, pelbagai andaian dibuat. Lebih percaya dengan propaganda dan khabar angin. Aku bukan orang yang pandai berfalsafah. Cuma aku ingin meluahkan rasa yang terbuku.

Semoga di suatu pagi yang hening, aku bangun dari tidur dan tidak lagi berada di dunia yang sama.

Penat.

4 comments:

Raihanna said...

haha.. aq sokong2... hurmmm.. bosan aq... huhu~

♥ Amira Alias ♥ said...

btul3x...
don't judge a book by its cover...
chewahhh!!!!

Suraya Nordin said...

Raihanna+Amira:
Terima kasih di atas sokongan rakan2...Cayang korg. :*)

Anonymous said...

kalau dah cover pun memang tergedik-gedik..dalamnya apatah lagi..tak payah nak hipokrit suraya..kau memang macam tu..