09 January 2009

Dalam Hati Ada Taman

"Popeye, gua rasa gua tak boleh datang jumpe lu la hujung minggu ni"
"Nape?"
"Gua ada replacement class untuk cuti raya cina hari Sabtu ni"
"Tak pe la kalau macam tu. Nanti gua mintak cuti la jumpa lu kat sane"
Aku ingat dia main2 je. Ye la, Perak dan JB kan jauh. Lagi pun mula2 kami plan nak jumpa di KL je. Tapi tak sangka pulak dia betol2 mintak cuti. Dah la aku ada kelas hari Sabtu. Jumpa pun lepas kelas aku pukul 1.30pm tu. Hari Ahad popeye dah kena balik semula ke kapalnya semula kerana hari Isnin popeye dijadualkan sail. Maksudnya kami cuma boleh berjumpa tak sampai sehari. Tapi Popeye tetap datang. Terharu? Ya. Aku sangat terharu dan fly~fly~fly~. Rasa diappreciate. Terima kasih Popeye untuk semua kebahagiaan ini. Gua sayang lu beb!

Popeye selalu buat macam ni. Masa aku dalam latihan kadet, dia datang melawat aku. Datang dari jauh walaupun dia tahu kami cuma boleh jumpa selama 2,3 jam je. Itu pun sebab aku take over sikit.(sikit je tau). Siap ada sesat2 lagi. Nasib baik ada Fetty. Kesian Fetty yang terpaksa bagi direction pada kami. (terima kasih Fetty!) Apa yang kami buat bila jumpa? Pergi tengok wayang, membeli belah sampai kaki kami tak boleh belah, dan agenda yang paling penting adalah makan. Ya. Kami sangat suka MAKAN. Tapi kami berdua tak suka sushi. Agaknya kalau melancong di Jepun, pasti kami berdua akan kebuluran. Kalau kami ke Emirates Arab Bersatu, balik Malaysia mesti kami makin besarrr. Best! Kalau dengan Popeye, semua makanan yang aku tak yakin nak cuba, Popeye akan suruh cuba. Kalau sedap, kami akan makan lagi dilain kali.
Peringatan: Cuba makanan yang halal sahaja.
Citarasa kami terhadap makanan tak jauh berbeza. Tapi tak mungkin jugak akan sama. Sebab antara kami susah nk cari persamaan. Dan perbezaan yang ketara ini membuatkan kami kadangkala menjadi saling melengkapi. (awww...nape aku da semakin jiwang. Sile jangan muntah).

Kenangan paling best setakat ni pasal makan, masa kami pergi satu Restoran Lebanon dekat Bukit Bintang. Memang di sana banyak restoran Arab. Lamb rice dia memang sangat best. Tip Top. Tapi banyak. Kami nak pesan 2 pinggan, tapi waiter tu nasihatkan kami 1 pinggan je sebab dia cakap itu sudah mencukupi untuk 2 orang. Sebab Arab punya 1 pinggan, Melayu boleh makan 2 org(perut kami) orang lain mungkin 3. Lagi pun kami juga minta kebab dan dalam dish kebab tu ada disertakan kentang sekali. Bila pesanan kami sampai, aku pandang dia, dia pandang aku, dan kami sama2 terfikir untuk makan kongsi 1 pinggan 2 org. Tak sangka jugak kadang2 idea romantik macam ni boleh muncul dalam kepala kami. Romantik ke? Bagi kami romantik la kot? Orang lain tak tahu. (Sebenarnya kami dua2 malas nak panggil waiter+minta lagi 2 pinggan).
Kami berdua juga memang suka makan kambing.

Cakap pasal kambing, aku teringat lagi satu cerita. Masa tu kami berdua makan di Kedai mamak di Jeti Lumut. Aku lupa la nama kedai tu. Aku pesan roti canai dan kari kambing. Bila pesanan sampai, aku pun makan dan makan dan makan. Memang tak ingat dunia. Sampai la habis kari kambing dan roti canai itu. Tiba2...

"Oyt, lu makan sorang je ke?"
"Alamak! Lu nak ke? Kenapa tak cakap awal2? Kari kambing gua ni da tinggal kuah je. Sedap beb."
"Gua saja nak tengok lu nak ajak gua ke tak. Kecik ati siyut dengan lu"
"Mana gua tahu. Gua ingat lu tak nak. Siapa suruh lu tak mintak."
"Tak pe la. Gua pesan lagi satu je~"
"Ok. Kali ni kita share ye"
"Kan lu dah makan tadi."
Hahaha...

Sejak hari itu, kalau aku makan apa2, mesti aku tanya dia dulu sebab tak mahu perkara yang sama berulang. Cuma ada 1 kedai makan yang aku bercita2 nak pergi dengan Popeye sebab kat dalam dia romantik. Macam ala2 candle light dinner. Tapi masih belum berkesempatan. Nak makan steak dekat The Ship-The Best Steak in Town. Aku dah pernah mencuba makanan di situ. Walaupun harganya agak mahal, tapi memang berbaloi. Popeye kata, kalau ada free nanti nak pergi situ. Best! Best! Tak sabar.

Aku masih tak mempunyai idea nak try makanan apa untuk weekend ni. We should try something new. Nantilah aku tanya rakan2 kedai yang mempunyai makanan yang lazat2. Nyum2. Jalan2 cari makan.

4 comments:

Raihanna said...

hik2.. nak tanya nie... tol ke ckp gua-lu... kekekekkekeke.... auw2... adekah2.... hik2.... sweet siot..
aq nak makan gak..nanti aq balik.. korang banje yerp..kah2..

aMira aLiaS said...

ganazs dok.... hahahahaha
gua-lu.... btul2 askar ni.. ekekekeke

Suraya Nordin said...

Raihanna:
Soalan cepu cemas ko tu ko sendiri da ade jawapan...So, I'll leave it to you,ok?
Balik la dulu baru aku blanje. No prob la. Yang penting balik! Keh3

Amira Alias:
Kitorg memang askar what?
hak2...Askar la sgt!

Anonymous said...

lu gua lu gua konon..bajet ganas la tu..padahal jiwang tergedik-gedik je lebih.