22 November 2011

Navy's Bride.

Tadi aku google2 blog, dengan harapan terjumpa bloggers yang berkahwin dengan Navy. Bukan apa, nak tengok macam mana diorang punya persiapan, macam mana wedding, boleh jugak aku belajar sikit2, kan. Lepas tu, aku masuk blog siapa entah, blog budak perempuan yang berharap suatu hari nanti akan dapat berkahwin dengan tentera/orang yang beruniform.

Aku bukan nak matikan angan2 indah korang tu, tapi, aku cuma tak berapa setuju kalau korang nak kahwin dengan tentera ni semata nak wedding yang grand, lalu bawah pedang segala, baiklah korang padamkan saja impian murni korang tu.

Sepanjang 4 tahun++ aku bercinta dengan Popeye sampailah dah bertunang sekarang ni, macam2 yang kami tempuhi. Aku tak nafikan yang indah itu banyak juga, tapi yang pahit jangan dilupa. Memang Popeye sangat memahami, ambil berat, semua ciri-ciri lelaki idaman aku, ada pada Popeye. Tapi adat Navy mesti kena sail pergi jauh2, sebulan, dua tiga minggu tak dapat dihubungi, tak ada khabar berita. Korang ingat semua tu best?

Dari tahun pertama, sampailah dah nak kawin ni, tak tahu berapa banyak air mata aku dah tumpah dalam hubungan ni. Sedih, okay bila kena tinggal lama2, lansung tak dapat nak SMS, apa lagi telefon. Kadang2 rasa rindu sangat, tapi tak tahu nak diluah pada siapa.

Dari pengalaman aku sendiri dan kawan2 seperjuangan yang sudah bergelar isteri kepada Navy, kalau korang betul2 nak jadi GF, Tunang, Wife Navy ni, kena independent. Semua wedding preparation aku sekarang ni, aku yang buat, aku yang decide, aku yang pilih. Walaupun sekarang Popeye dah kerja di base KL, tapi sama je. Aku tak nak bebankan Popeye dengan benda2 remeh sebab aku tahu dia sendiri pun dah terbeban dengan kerja2 yang tak pernah sudah. Jadi, aku sendiri pilih, short listkan benda yang aku suka, dan baru email/hantar gambar kepada Popeye untuk dia buat final decision. Aku memang sentiasa akan rujuk Popeye jugak sebab aku percaya taste Popeye yang sangat best :)

Popeye jarang sekali dapat cuti sebab sekarang dia dah jadi ADC PTL. Maka kerja 7hari seminggu, kena hadir function setiap malam, kenduri kat rumah aku pun Popeye tak dapat datang. Rasa sedih jugak bila semua orang tanya, mana BAKAL? TUNANG tak datang? Aku senyum je. Jawapan standard "Dia tak dapat datang. Kerja..." Sedih okay bila semua kerja aku yang buat padahal aku tau kalau Popeye ada disisi mesti dia akan tolong aku. Tapi aku layan je semua benda. Sebab aku tau aku sayang Popeye sangat dan aku tak mungkin akan berpaling dari Popeye lagi. F. O. R. E. V. E. R.

Korang yang nak sangat kat tentera2 ni, jangan fikir gaya je. Fikir masak2 macam mana nak hadapi hari2 mendatang tanpa orang tersayang disisi. Sebab sekali korang dah involve, susah nak patah balik melainkan korang cuma nak main2 dalam hubungan korang.

Itu je untuk entri berjela ni.
Taa~

6 comments:

NAZLIANA SI CUTE said...

setujuh sgt2 akak kawin dgn popoye jugak..tp pangkat biasa ja la..nak lalu pedang kawin dengan pegawai la...bersiap sedia la dgn emosi anda sekiranya kawin dgn tldm..huhuuuu dugaan bnyk..

ღ cik faye ღ said...

salam perkenalan...hi, blogwalking and jumpa ur blog...saja nak cari bloggers yg married/engaged/in r/ship wif uniform guys :-).

Ked said...

setuju cik olive..
orang nampak macam gah tapi hanya kita yang melaluinye ni je taw dugaan die besar macam mana..
selamat berkahwin cik olive..
semoge urusan perkahwinan cik dengan mr. popeye berjalan dengan lancar..
aminn..
:)
salam perkenalan..

nurlisa kamal said...

tagline navy tu pun dah cukup deep. orang fikir seronok yang 5minit lalu bawah pedang tu, tp pernah ke orang terfikir sengsara hidup kene tinggal g sailing berbulan2 tu? hahaha

hi sis, just blogwalking dari mane tah boleh smpai sini. :P

being a navy daughter and lover, makes me synergize both angle of looking how to survive dealing life with them.

still surviving. may Allah bless kak! :)

Nadia said...

Iyup!sgt setuju.only the great women yg sabar ngn karenah mereka ni..dat y wife2 ni kne byk bergaul ngn bakat..so ad kawan n luah perasaan rndu tu..sbb hubby diorg pn sama cm hubby kita.

Nad said...

Salam semua.. Saya tgh laluinya now tpi dia tudm. Setiap mlm tak sah nangis tgok gmbar dia or kami berdua. Saya future wife InsyaAllah. time dia keje langsung tk contact apatah jumpe. Kdg2 smpai putus asa tpi sya Think Positive😊 Nk cuti tk dpt.. Kdg kata balik tpi idok huhu. Xpelah demi future hub sya kornankan apa sje itu bukti sya hehe. Mr.H😘