27 November 2011

Warna Tema Perkahwinan Saya.

*Okay bila dah mula update pasal perkahwinan itu maknanya kami sudah berbaik2. He say sorry though and seems to mean it. Aku pun dah chill. Kan bagus macam tu.*

Setelah berbincang bok bek bok bek dengan Mak dan Angah (my cousin), aku telah memutuskan untuk membuat tema MERAH & GOLD untuk perkahwinan ini. Bagaimanakah idea ini tercetus? Sila baca ceritera aku.

Mula2 aku nak buat tema Merah Putih.
Nice kan? Merah Putih aku definisikan sebagai lambang kehangatan cinta yang suci. *Pewwit!*

TETAPI...TETAPI...TETAPI...

1. Abang pakai uniform maka secara tidak lansung untuk nampak sepadan, Wedding Dress aku perlu berwarna putih. Barulah match,kan? Makanya Angah kata nanti akan nampak sedikit tenggelam jika aku menggunakan warna tema ini.

2. Mak dari awal tak setuju. Mak cakap macam warna UMNO (-.-)

3. Bila aku google merah putih, keluar INDONESIA. Lepas tu aku terfikir... Dan JEPUN juge ye... *paling sadis*

MAKA DENGAN ITU...

Aku telah bertekad untuk memberanikan diri buat tema MERAH-GOLD.
Lagi pun Mak aku memang fan warna coklat dan gold *Sebagai langkah tambahan membodek Mak!*


Nice? I think so. Secara tak lansung match dengan cadar paisley kesukaan aku.

p/s: Masa BBM Abang 2 hari lepas, dia bagi tahu Mak dia pesan, suruh aku beli barang2 hantaran sendiri sebab dia tak tau nanti taste aku. Wah! I LOVE YOU LAH FUTURE MOTHER IN LAW! Memang memahami. *Wink!*

No comments: