06 September 2012

Ini Entri Sangat Bini Bini.

Tengok tajuk pun dah tahu entri ni sangat perempuan. *Jantan ke kau!* Hehehe. Aku bukanlah lelaki tapi aku jugak tak minat sangat dengan barang2 yang sangat perempuan2 contohnya seperti pinggan manggkuk, bunga-bungaan (yang hidup mahupun yang mati), hiasan2 rumah, barang kemas, dan segala macam bentuk benda2 yang selalunya Mak aku suka.

Kalau pergi plant nursery, aku jadi driver. Sampai je terus landing dalam kereta, tidur! Sakit woo tunggu confirm lebih sejam punya. Mak aku kipasusahmati Keladi. Macam2 jenis ada kat rumah aku ni. Dah macam mini nursery. Aku tengok keladi tu, semua same je. Mak aku lak cakap "Eh, yang jenis ni tak de kat rumah kite lagi la". Tapi...bukan ke dah ade? Pelik sangatlah nak bezakan pokok2 daun camnih (@_@)

Kalau pergi shopping kat Langkawi, Mak aku busy kat Haji Ismail Group rambang mata pilih pinggan, aku mesti busy rambang mata pilih coklat. Bila dah abes borong coklat, pindak pulak pergi test2 perfume. Memang takkan tolong la Mak aku dalam soal pinggan mangkuk ni. Masa first month kawin dulu, bila aku nak gi KL, Mak aku bagi aku set yang dah lama dia beli (since I was in primary school)-Arcopal. Mak aku memang jaga pinggan2 dia siap 2 almari uols! Tapi set ni dah banyak pecah *Eh, sape pecahkan??? (-.-)* so dia dah tak suke sebab tu bagi kat aku. Aku fikir nanti kalau ada rumah sendiri aku cilok pinggan mangkuk Mak aku je la since she has a lot!

Tapi tadi masa on the way balik dari jumpa Hubby, Hubby BBM cakap kita perlu beli set pinggan yang elok sikit untuk parents datang rumah, kalau ada tetamu dan bla3. Aku dah macam... Herk! Suruh aku pilih design... Herk! Aku cakap nanti balik aku cari kat internet dan bagi dia option dan seperti biasa, dia akan perlu final decision.

Balik aku pun google+tanya Mak+tanya AcikDino (My closest married friend) everything. Aku rasa bagusla kot Correlle ni sebab dari hari tu Abang duk cakap Puan Sri pakai correlle jugak. Bloger2 yang blog pasal Correll dan cerita pasal betapa bagusnya Correll dan itu sangatlah membantu meyakinkan aku yang tak tau pape ni untuk membeli set ni. So macam baiklah marilah kita ke Website Corelle dan pilih dan dalam yang aku short listedkan tu, Hubby pilih yang ni
I like! Tapi tak tahulah ada stock lagi ke tak. Kalau ada rezeki, ada ler. Aku survey harga online boleh dapat RM350 tapi harga kawan Hubby tu aku tak taula. Bila dah decide nak beli pinggan, Mak suruh beli kuali sekali. Aku pun bagitau Hubby.

Hubby tanya, nak kuali brand ape? I was like... "Tefal" (padahal aku tak tau pun bagus ke tak brand ni sebab aku selalu nampak brand ni kat JJ aku pick up je). Maka marilah kita berkawan dengan Encik Google sebab kita boleh tanya Encik Google pasal pape je yang kita nak tahu. Untung jugak ade org nak blog pasal jenis kuali yang bagus untuk dipakai! Oh, I just love technology! Thank you bloggers!

2 comments:

nasha said...

nice to meet u girl..already followed ur blog...let's come visit my blog...also army wife....;)

Suraya Nordin said...

Nice meeting you too. visit ur blog? my pleasure :)