19 September 2012

Happy Birthday Hubby (Entri 15 September)

HAPPY BIRTHDAY HUBBY!
Semalam lagi aku dah ada kat KL. Saja nak accompany Hubby on his birthday. Tapi bila dah ada kat KL macam asyik dengan Hubby je jadi tak sempat lansung nak beli hadiah untuk Hubby. Bila petang tu, Hubby dah gi keje (Open House ATM), aku pun cepat2 gi Wangsa Walk. Sambil cari baju untuk konvo aku, sambil nak cari hadiah Hubby. 2 in 1.

Malangnya, tak de pun kad birthday kat MPH tu yang tulis For Husband/Suami! Adoi! Tension. Aku tak nak beli kad birthday biasa2 tu. Sebab dah 5 tahun aku bagi Hubby kad 'Sweetheart', 'Darling', 'My Love'. So memang haruslah excited nak bagi Hubby kad birthday as Husband! *Grinning*

Akhirnya aku pun decide nak gi JJ Wangsa Maju dan secepat mungkin bergerak ke sana. Jap lagi kalau lambat2, Hubby dah balik kerja pulak! Sedang aku cari hadiah Hubby kat Men's department, Hubby BBM, "B, nanti lagi 10minit ambik Abang kat rumah TS k." Aku pun ape lagi! Panic! Mata terus meliar mencari hadiah yang sesuai. Cari punya cari, aku berjaya pilih dalam masa 10minit je! Hadiah kilat nih. Tapi, kad pulak tak ada kat level tu :(
 Kena turun floor bawah and I'm running out of time (-.-)".

Dan kat bawah tu, ni je satu-satunya kad yang ada tulis Husband. Ingat nak cari colour biru, tapi non hado, aku pun rembat je yang ni (tak baca pun isi kat dalam sat gi kalau hancus aku cross jela dengan pen, tulis poem sendiri), terus pi bayar dan belari2 anak hayam ke kereta. Orang tengok je. Maybe diorang terfikir... Apahal minah ni. ADE AKU KESAH? (AAK?)

Finally...After 5 years... :')

Ha! Bila dah balik, aku duk fikir macam mana nak kasi sembunyi kad ni (since aku pencinta alam sekitar makanya beli hadiah tadi tak ambik plastik!) Nak sorok dalam handbag nanti Hubby nampak pulak! Haruslah tak jadi surprisenye kang. Dipendekkan cerita yang memang dah panjang, mujur ada kain telekong dalam kereta, aku pun balut hadiah+kad dengan kain telekung elok2, sumbat2 dalam handbag. Sampai2 je, Hubby gi toilet, terus sorokkan hadiah dalam laci. Masa Hubby dah tidur malam tu, barula aku tulis kad ni dalam cahaya samar2 bilik beliau, letak dalam wardrobe. (O.O)

Esok paginya, Hubby bangun nak siap2 gi main Squasy (temankan aku), bukak2 wardrobe ada hadiah dan kad. Surprise! Muka dia terkejut gile, muka terharu, muka excited. *Suraya likes this so much! Muah3*
PRICELESS.
Walaupun surprisenya simple je kan, tapi expression tu sangatlah ♥♥.Aku sangatlah happy bila Hubby suka hadiah tu. (^______^)
Semoga Allah sentiasa merahmati suamiku dan perkahwinan kami. Ameen...

Yang gambar kat bawah ni, bukan aku bagi Hubby, okay. Mak tak mampu nak beli memahal camni. Tunggu jadi Jusa C dulu baru boleh kot! Hehehe. Siap ada sign PTL. Kelesss laki aku.
Untungla Bos bagi Hermes hadiah birthday! (@_@) *jeles*

5 comments:

azizah :) said...

wah sweet la sis ni.. menjadi gak surprise tu..hehe

happy birthday suami akak yer :0 moga rumahtangga akak bahagia hingga akhir hayat :)

Suraya Nordin said...

tu laaa. sib baek x kantoi.
thanks for the doa jijah. semoga rumahtangga kita sme2 diberkati, InsyaAllah.

ayut said...

hihihi..slmat hari lahir bt asben ye.smga kebahagiaan sentiasa bersama kalian berdua :)
klu dh isteri bt suprise mau ye tak suka..hahaha

Cik Aien said...

sweet je dengar kak buat suprise :) by the way salam kenalan :)
Nty nak wt mcm nie jugaklah sb tarikh wed n besday hubby sama 13.9.2013 in sha allah :)

Suraya Nordin said...

ayut: Thanks ayut :)

Cik Aien: Goodluck! Plan it well :)