25 November 2010

Di mana Kamu?

Seharian aku menghabiskan masa di Bangi & Shah Alam. Tapi hanya jasad aku di dalam kereta. Drive. Pegi sana, pegi sini. Fikiran? Melayang. Aku gagal menghubungi dia sejak dari semalam. Last call pukul 6.00 pagi... Aku bangun dan call tapi macam biasa tak jawab. Ah, aku takkan give up. Kata hatiku. Dari pukul 8.00 pagi sampai sekarang aku cuma bercakap dengan operator "NOMBOR YANG ANDA PANGGIL TIDAK DAPAT DI HUBUNGI". Mana kamo? Sail? Off handphone? Ke ada apa2 terjadi pada kamo? Oh, sungguh risau! Sedih la macam ni... :,(

Lunch tengah hari tadi, selepas selesai uruskan hal bibik di Bangi, Anti aku ajak pegi makan. Dia cakap nak makan area Bangi. Aku ikut je. Malas nak cakap banyak. Sampai2 kat parking kereta, air mata aku menitis lagi. Kenapa perlu pergi kedai ni???!!! Aku orang paling last turun. Buat muka cool. Tapi sebenarnya, TAK. Sepanjang lunch aku tahan air mata dari keluar. Nangis kat situ? Oh, NO! Nasi aku jamah hanya buat cukup syarat. Tempat yang aku dan dia pernah duduk masih di situ. Kaku. Di huni insan lain yang berkasihan. Oh, sabarlah hati!

Usai makan, kami ke Shah Alam. Uruskan hal ayah. Ayah happy, mak pun happy. Sebab? Hasrat Ayah akhirnya tercapai. Alhamdulillah. Aku? Happy untuk mereka. Tapi, benarkah aku gembira? Kalau benar, kenapa masa tiada orang memerhati, air mata ini mengalir lagi. Aku terpaksa berpura2. Tak mahu sesiapa tahu betapa fragilenya aku. Aku tak nak Mak dan Ayah risaukan aku lagi. Sering kali aku mencari kekuatan dalam diri yang hanya tinggal sisa. Tiap kali itu juga aku gagal. Ah, aku bencikan diri sendiri yang terlalu lemah!

Sekarang pukul 9.20 malam. Mesej2 yang aku hantar semalam satu persatu sampai delivery report. "FAIL". Setiap kali handphone aku vibrate, setiap kali tu jugak aku berdoa ada delivery "Success". Tapi tak jugak. Sedihnya!

Ke mana kamu? Aku tau aku salah. Aku silap. Tapi, tak adakah ruang di hati itu untuk aku perbetulkan kesalahan ini? Berilah aku walau sedikit ruang, secebis sayang. Aku rayu padamu...! Tapi aku tau kau tak mendengar. Kerana... Blog ini bisu. Kaku. Hanya tangisan yang menemani hari2 ku... (T_T)


No comments: