11 May 2009

6 Langkah Mengendalikan Si Kaki Tidur

Entri yang sangat sinonim dengan diri aku sendiri. Sebab aku kaki tidur dan susah bangun pagi. Memang agak pening untuk mengendalikan orang yang kaki tidur dan susah bangun pagi ni. Justeru, di sini aku sertakan beberapa langkah yang boleh dipraktikkan untuk mengendalikan si pengulit mimpi dalam apa keadaan sekalipun. Peringatan kepada bakal roomate aku sesi 2009/2010 supaya tidak mempraktikkan langkah-langkah ini kepada aku. (ditakuti merundung malang kepada dirinya sendiri contohnya aku tersepak atau terkunci roomate di luar bilik pada keesokan malamnya)

Langkah 1
Mengadakan sedikit bohong yang agak logik.
Contoh:
"Weh, bangun. Bangun. Fahrin Ahmad telefon ko!!!" (buat dengan muka yang penuh keterujaan)
Kajian Kes:
Adik aku seorang yang susah bangun pagi. Dia hanya akan bangun jika dikejutkan oleh Ayah aku je. Sebab Ayah adalah seorang yang perlu ditakuti. Satu pagi, Ayah lambat balik dari masjid(pergi Solat Subuh). Mak dan aku telah cuba berkali-kali mengejutkan adik aku tapi dia buak 'dek' je. Lantas mak aku yang bijaksana telah mendapat satu idea,
"Hadi, Hadi, bangun! Bangun! Ada accident kat depan rumah kita ni"
(muka mak aku memang cemas gila la. Aku pun terkejut masa tu. Tapi setelah mak aku kenyit mata, baru la aku paham. Hehe)
Adik aku yang sedang berlingkar kemalasan di dalam conforter terus bangun dan berjalan ke pintu bilik sambil berkata
"Hah? Mana? Mana accident???" (dengan muka yang segar bugar)
Ceh. Boleh pun bangun!

Langkah 2
Memancing garam.
Ambik sehelai benang dalam 20cm, ikatkan pada seketul garam. Saiz mengikut saiz mulut mangsa yang ingin dikejutkan. Kemudian, letakkan garam tersebut di atas/dalam mulut mangsa. Nescaya mangsa akan bangun apabila terasa kemasinan garam tersebut. Langkah ini telah diturunkan oleh arwah atuk aku kepada aku ketika aku masih di sekolah rendah.
Kajian Kes:
Diuji ke atas arwah atuk aku sendiri. Ketika beliau tidur, aku telah memancing beliau dengan garam. (masa tu aku kecik-kecik lagi. Orang pun tak sampai hati nak marah budak kecik). Dan memang beliau bangun serta merta setelah 2,3 kali merasa garam tersebut dengan lidah. Beliau tak boleh marah dengan aku sebab beliau yang ajar cara ni kat aku.
*Kesannya akan menjadi lebih baik jika orang yang ingin dikejutkan itu tidur menganga.

Langkah 3
Bisikkan perkataan syahdu ditelinga mangsa.
Walaupun azan Subuh telah lama berkumandang, mangsa masih lagi tidur dengan nyenyak. Maka, anda dengan mulia hati, bisikkanlah perkataan paling menakutkan ditelinga mangsa.
"Marobbuka"
Dengan suara yang dipastikan pastikan ngeri dan agak menyeramkan. Sila berhati-hati. (takut mangsa melakukan lompatan secara mengejut).
Kajian Kes:
Nasihat dari seorang ustaz yang aku tak ingat nama dia dalam satu ceramah di sebuah masjid yang juga aku lupa nama dia.

Langkah 4
Tilam dan Matahari.
Kedengaran agak sinonim. Tapi langkah ini agak susah untuk dipraktikkan seorang diri dan memerlukan pertolongan ramai pihak.
Angkat tilam mangsa dan letakkan betul-betul dibawah sinar pancaran mentari pagi. Jika keadaan tidak selesa, panas dan berpeluh, pasti mangsa akan bangun.
Walaubagaimanapun, langkah ini tidak begitu digalakkan kerana jika mangsa seorang yang suka kencing malam, ditakuti anda akan basah sekali bersama mangsa dan mendapat aroma terapi secara percuma.
Langkah ini akan menjadi lebih menarik jika dilakukan ketika Hari April Bodoh.
Kajian Kes:
Aku mendapat idea ni daripada kartun di dalam majalah Ujang. Tahun berapa tak ingat. Watak-watak dalam kartun tersebut telah berkerjasama sesama mereka bagi mengangkat mangsa keluar dari dorm(bilik hostel) dan meletakkan mangsa di bawah panas mentari. Ketika hari April Bodoh. Akibatnya mangsa meroyan-royan bangun setelah mendapati diri bukan lagi tidur di dalam bilik.
Langkah ini juga memberi peluang kepada mangsa untuk menjadi glamour kerana biasanya mangsa akan menjadi tontonan umum.

Langkah 5
Tutup alat penghawa dingin/kipas.
Sama seperti langkah 4. Apabila mangsa berasa tidak selesa, mangsa akan terbangun dengan sendirinya.
Kajian Kes:
Mak aku sendiri kerap melakukan langkah ini dan terbukti berkesan kerana aku bangun serta merta apabila keadaan sekeliling terasa panas. Tidak lagi nyaman seperti malam sebelumnya.

Langkah 6(langkah paling HOT!)
Jika kesemua langkah di atas gagal setelah dipraktikkan, langkah terakhir yang juga merupakan langkah paling panas:
Ketika mangsa sedang nyenyak tidur, curahkan air panas pada badan mangsa dan bersedialah untuk di maki.

Selamat mencuba!
*Sebarang impak negatif daripada langkah-langkah di atas adalah bukan tanggungjawab tuan punya blog. Harap Maklum.

14 comments:

Fatin Farhah said...

salam..tercari2 mana shoutbox..tapi xjumpa..he3..skodeng2 japs..

Paan yang comel.. said...

Hah, at last. stelah setahun xda post baru!!
Hahahaha
Sheet! Mmg cun r tips ko, asal aku xpnah terfikir ae pasal guna garam.
haha.. Ko ni spatutnya drive somewhere pg ni terlepas bangun ke...haha

http://kenek2lahodeng.blogspot.com

cekgu said...

wah i mmg kaki tdo..
harap2 xde org practic kat i tip2 u ni..

Dee said...

akan ku cuba langkah ko no 6 tuu...
mmg tips yg paling berkesan... hahaha...
patut kne tmbh ckit, air panas yg sedang mendidih... huhu....
dont eve try diz at home..

Olive said...

Fatin Farhah: Hehe. Sile2. Skodeng bersame2 :)
Paan yang comel: Tips ni dari pengalaman2 aku je. Huhu. Aku kuar da. Penat. Balik terus tido. Ni baru bangun ni.
cekgu: tu la. I pun same. Sbb tu dah warning bakal roomate siap2. Huhu
Dee: Bgs jugak tu dee. Mesti lg ++++ hotzzz!!! Nges3.

Arcryliss Chrystallite said...

hey!!
motip??
kutuk diri sendiri ke??
opssstt!!!!
muakakakakakakak
*matila*
;p

Raihanna said...

alamak aya... nanti kalau aku tido same2 ngan ko... aq takut ko praktikan nie plak kat aq... hahhahahahhha...aq pun minah lelap gak... hahaha..sampaikan iz panggil aq mak datin yang suke tido kesiangan.sob2... guane nie..huhu~

Olive said...

Arcryliss Chrystallite: Mesti la tak weyh. Aku bkn mcm sesetgh 'org' yg entrinye menyindir diri sendiri secara x lansung. Siapakah?! Ops!
Rihanna: Baek kamo jg2 rai... Ekeke :p

Dee said...

haha... bajet enam2 langkah nie ko pernah kne kan???
ehe...

Anonymous said...

yg 2nd tu mmg sesuai untuk orang yang suka tido ternganga mulut luas nak mampus macam ko

Olive said...

Dee: tak lah.melalui pemerhatian je.hehehe
Anonymous: aku tido nganga mulut luas nak mampos pun takpe cz nafas aku tidak berbau. Lalala~

miss hirose said...

hahahaha..
klaka btul bce n3 ni
hehehehehe

Raihanna said...

aya. ko kena tag ngan aq.nanti buat ek.huhu.siap aq ade selit2 pasal zul ko. galpren no 2 iz.

SyAhiRah LaLAla said...

macam-macamla kamu adik. meet up nak? cemana nk bg number kat awak ek?