02 May 2009

Lempeng mak.

Gambar lempeng ni aku cilok dari sini

Dulu, masa aku kecik-kecik, mak aku selalu masak. Simple dan mudah. Sebab masa tu mak aku tak berapa pro lagi nak masak makanan lain. Lempeng ni kira paling kacang la. Maksudnya, sesiapa yang tak reti masak kalau tahap masak lempeng tak tahu tu memang parah gila la. Sebelum aku ke sekolah, mesti aku akan makan 1 lempeng. Masa tu kecik lagi. Dapat habiskan 1 lempeng tu memang kategori makan banyak jugak la sebab time tu aku kurus je.

Lempeng ni, kalau cicah gula best. Tapi lagi best kalau cicah dengan gulai masak lomak cili pi atau kari kambing yang telah di masak pada hari yang sebelumnya. Maksudnya gulai tu telah dipanaskan semula pada hari ingin memakan lempeng, serius lagi sedap. Boleh jugak dicicah dengan sos. Tapi aku tak suka sangat cicah sos.

Kalau hujan lebat, bangun pagi, mandi air sejuk (masa tu keluarga aku tak mampu lagi pakai water heater), dah siap-siap pakai baju, makan lempeng mak. Lepas tu minum air milo kaw (mak buat jugak). Peh, memang ada umph! Lagi best kalau malam sebelumnya ada kenduri kat rumah jiran, laun kambing kari. Pagi tu hangatkan dan cicah lempeng tu. Bertambah-tambah umphnye. Kick habis. Kalah Kiccapoo(betol ke aku eja nama air tu?). Nak dibandingkan dengan Mapley mamak, memang best lagi lempeng mak ni.

Aku tak tahu resepi asal lempeng ni dari negeri/Negara mana. Korang tahu ke? Sila share. Sekarang, orang dah pelbagaikan resepi lempeng. Aku dengar, lempeng dah ada macam-macam nama. Ada lempeng samurai, lempeng kelapa, macam-macam lagi la. Dalam bahasa orang putihnya pulak diorang panggil Malaysian Pancake. Walau apa sekali pun, lempeng di mana-mana mesti tak sama dengan lempeng mak. Aku rindu nak makan lempeng.

Tapi sekarang dah duduk jauh dari mak. Balik pun weekend je. Itu pun bukan tiap-tiap weekend. Bila jarang balik, mak pun takkan nak masak lempeng pagi-pagi azali. Simple sangat untuk orang jauh, katanya. Mesti la mak nak masak yang special sikit. Aplikasikan segala skill-skill yang ada. Nasi Goreng ke, Mee Goreng ke, paling common pon mak akan masak Mee Sup pagi-pagi. Peh, breakfast pagi tak nak heavy pulak. Biasalah. Kami sekeluarga Typical Malay. Hehe.

6 comments:

~aMira aLiaS~ said...

btul3x... cecah dgn masak lemak cili api besh!!!
berasap sey...

tapi ape kata ko try cecah dgn susu weyh...
pergh... cam baby plak.. wakakaka..
syok hbs!!!!!

Olive said...

okesh.
nnt kalo aku buat lempeng,
aku try pulak
x penah lg tu cicah dgn susu
idea yg bgs
trimas :)

Mr Zakwan Johan said...

aya....
untuk pengetahuan ko lempeng berasal dari negara uganda....dahulu kalau, terdapat seorang ibu yang rajin memasak, namun mempunyai seorang anak gadis yang amat pemalas....unta padang pasir pun xmalas macam beliau....apabila nafsu amarah si ibu telah sampai ke puncak gunung berapi Krakatoa, si ibu telah melempang anak gadisnya sambil menjerit "Ko pemalas, pegi masak cepat!!!!".....gadis itu merasa amat sedih lalu beliau pergi ke dapur sambil menagis teresak2 dan terguling2....sambil menangis gadis itu telah memasak sejenis makanan diperbuat dari tepung...si ibu merasa hairan lalu bertanya "Makanan apakah ini?"...Si gadis menjawab, "ini adalah hasil makanan akibat emak yang telah melempeng, eh, salah sebut, melempang saya tadi"....Dipercayai perkataan lempeng berasal daripada salah sebut perkataan lempang....Begitulah asal usul lempeng.....

Olive said...

Ooo... Wah papa! Thank you for sharing. Sangat menarik cerita dari mana lempeng berasal. :)

s a L o m a said...

lempeng ni lagi sedap kalau campur kelapa then makan dgn kari ikan semalam punya..PEH!!

Olive said...

btol tu saloma. Memang best dimakan dengan lauk semalam. kari kambing semalam punya pun best jugak.