Baru cuti beberapa minggu, rindu la sudah pada sahabat-sahabat aku. Farah, Fahmi, Shahrul dan rakan-rakan lain. Rasa sayu masa nak balik hari tu. Tapi mesti la tak tunjuk. Tak rock la kan. Masa nak keluar dari tol skudai tu, rasa sedih je. Tengah layan perasaan, tiba-tiba mesej Shah masuk. Dia ckp dia dah on the way balik Perak dah. Fahmi pun masa tu parents dia dah datang. Tengah pergi jemput parents dia yang kesesatan. Farah? Keluar dengan Kak Ida sebab dia balik paling lambat. 1 hb baru nak balik. Lepas tu meroyan-royan mesej aku sejiwang-jiwang alam. Memang dasar Si Farah. Muka otai, tapi dalam hati ada taman! Rindu kat mereka. Lepak-lepak kat Danga tepi pantai, makan cake atas kereta Ford Laser keluaran 1980an, gelak-gelak, mengumpat(ops!), sesat-sesat, dan macam-macam lagi la. Best. Enjoy.
Walaupun aku benci gila kat Institut Perguruan tu, bukan Institut sebenarnya yang aku benci, tapi pihak pengurusan yang macam hampeh. Tak dapat dinafikan walaupun aku tak suka mereka, di sinilah juga aku timba macam-macam pengalaman. Kenal macam-macam orang. Tahu siapa sebenarnya kawan masa senang dan kawan masa susah. Bila fikirkan semua tu, jadi sayu jugak nak tinggalkan JB. Dalam jangka masa 2 tahun lagi, macam-macam perubahan akan berlaku. JB yang sekarang mesti tak sama dengan JB 2 tahun lagi. Begitu juga aku. Nak buat macam mana. Perubahan adalah lumrah alam.
Entah bila akan sampai je IPTI lagi. Bukan sekadar melawat, tapi sebagai pelajar di sini. Mesti la lepas 2 tahun nanti. Lama. IPTI dan JB yang penuh kenangan. Orang kata, pengalaman sebagai pelajar paling best. Nak jelajah sana sini, nak cuba macam-macam. Aku ada lagi 3 tahun untuk bergelar pelajar. 3 tahun nak timba pengalaman, nak cuba pelbagai benda, nak explore segala-galanya. Lama beb! IPTI dan JB ditinggalkan, demi menyahut panggilan UPM. Semoga semua pengalaman yang ditimba menjadikan aku manusia berguna.
Post Untuk Singature Email
5 years ago
No comments:
Post a Comment