09 January 2012

S O M B O N G !



Tahun lepas, aku ada buat entri pasal aku pergi School Based Experience (SBE) atau Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Dah lah sekolah tu bosan yang AMAT, kan. Hari ni ada sesi tutorial di pagi hari (Rutin hari Isnin). Habis je tutorial, boleh pulak tutor aku Pn Azizah/Mak Jijah (suka hati aku je nak tukar nama beliau) nak jumpa aku secara personal katanya kat Jabatan. Aku dah agak, ni mesti ada pape yang tak best ni.

Tup tup. Kau tahu pasal ape? Dia dapat report dari sekolah yang CAMBEST tuh, aku ni SOMBONG, MENGASINGKAN DIRI, TAK BERGAUL, dan etc etc. Aku masa dengar tu dah panas je telinga. Dia pun nasihatlah kan bla bla bla. Ye betullah macam yang dia cakap tu kan. Aku kena mix around etc3. Aku tanyalah, yang nama naik tu aku sorang je ke in group? Mak Jijah cakap tut tut yang buat report tu pick up nama SURAYA je. Wah! Setahu aku, mana2 aku pergi, tak pernah pulak aku berjalan sorang2 macam kera sumbang. Siap menyembang dengan Cikgu Disiplin/Cikgu HEM/Cikgu English, dan ramai lagilah. Memang suka hati mak bapak kau je kan nak mereport2 pasal aku.

Tapi ni meh aku nak habaq mai sikit kat yang buat report tu. Kau sebenarnya apa masalah? Kau hadap sangat nak bersembang dengan aku, mai la berkenalan depan2. Aku tak tembak kau dengan M16 pun walaupun aku ni Lt M *buat muka kerek sat*
Kau ingat dengan seminggu tu sempatlah aku nak beramas mesra dengan korang yang tua2 bangka tuh sudahlah mulutnya yahampon! Pelbagai malas nak cerita, okeh. Sorrylah ye sebab aku memang bukan jenis orang yang suka gos gos di bilik guru. Baik aku pergi tidur kat surau/library/balik bilik. Haruslah aku tak kenal korang, tiba2 nak terhegeh2 pi salam2 laga pipi bagai. Koser, okeh!

Tolonglah kepada masyarakat di luar sana, tak payah jadi NARROW MINDED aka BERFIKIRAN SEMPIT (Saja nak translate kotlah yang si perepot tu tak faham Bahasa Inggeris). Kenal aku dulu sebelum nak judge boleh tak??? Aku rasa aku dah cukup bersembang ramah dah dengan korang. Tak taulah sombongnya tu celahan mana, kan? Aku ni tak nak lah orang cakap peramah tak bertempat. Dahlah masuk tempat orang, kenalah pandai2 bawak diri, kan. Takkanlah nak Hi Hi Bye Bye sesuka hati aku.

Aku mengadu kat Popeye. Dia boleh kata ape ko tau?
"Orang dah tegur tu terima je lah"
Peh, makin panas je aku baca. Tapi lepas tu dia sambung...
"Tapi memang keji gila orang tu sampai buat report."
Okay, kepanasan turun ke suhu bilik.

Wei, aku tak sombonglah! Kalau tak percaya meh sini sembang dengan aku. Aku tak de nak bolayan kau lah! Tanya mereka2 yang kenal aku. Aku pun sedarlah aku hidup atas bumi Allah, kita semua ni sebagai hamba kat sini. Semua apa yang aku ada, adalah pinjaman dari Allah. Mak Ayah aku ajar aku semua tu dari kecik, tau! Sombong2 dapat ape???

TAPI AKU BENGANG TAU TAK bila kena sound sebab benda yang aku tak buat! Memang mulut bau kentotlah hangpa yang buat report nih!

4 comments:

cikdidasyuhada said...

ko post mink ni kat laman web skolah tu.harus cikgu tu terkedu! hahahahahahahahhahahaa~

ezham said...

gelak dulu.. kah kah kah. Hahahahahahhahhahahahahahhahahahahahhahahahahahahahahaha,,,,

okeh okeh.. stop gelak.

sebenarnya, kes kes mcm ni memang selalu jadik. Pasalnya sistem pentadbiran dalam sektor awam ni sebenarnya banyak yang perlu diperbaiki. yang paling ketara adalah msalah yang Aya kena ni la. Sistem penilaian, terutamanya dari segi prestasi staff. Kena dpt tukang penilai jenis open minded takde mslh tapi yang selalunya yang terjadi, tukang penilai tu sangat sangat tak profesional.

Suraya Nordin said...

cikdidasyuhada: kannnn. padan muka cikgu tuh. hahahahaha *gelak jahat*
baru td aku terserempak dgn ckg disiplin skolah tu.keciknye jb nih!
abg ezham: uiyoh! panjang gelak woo kejem2! hahahaha.
tu aa...sadis sket sektor awam ni tp kehidupan di hari tua terjamin. so, bertahan je la kalo mampu... :)

Anonymous said...

Budaya cikgu mmg mcm tu..suke judge org..sepak karang baru tau..yg cikgu dok tgur hang pon sama bodo jgak..p percaya berita mai dr mana..cek la dulu..