18 January 2012

Encik Bakal Suami (T_T)

Ini entri sadis, sebab tu ada smiley (T_T)
In entri Tentang Dia, Encik Bakal Suami *Isk. Malulah nak panggil macam ni* (>_<)

Weekend hari tu kitorang dating *wink*. Dia kata dating last, last berdua-duaan, pasni tak boleh dating sampai kahwin. (T_T)

Dating yang kejap, tapi sangat sweet, sangat wink3.
Kalau aku malas nak makan, mesti Popeye dengan rajinnya suap aku makan. (Pakai tangan, okeh.) (^_^)
Kalau tengok movie, aku mesti tertidur (habit sengal), tapi Popeye tak pernah kejut walaupun dia terpaksa tengok movie sorang2.
Kalau aku keluar dengan Popeye, dia mesti bawak pergi tempat makan best2.

Malam aku sampai tu, kitorang pegi The Ship! Again! Yeah. The Ship yang banyak kenangan kesah chenta zaman muda mudi kitorang dulu. Lunch esoknya kat KLCC. Konon nak makan kat Chilis, sekali kena Q, tunggu 40minit, kitorang pun dah kebulur, last2 makan je kat foodcourt je. *sadis!* Sebelah malam, pas penat shopping barang hantaran, kitorang makan kat Hadramawt, kedai Arab kat Ain Arabia. Makan3. Memang sangat bergemok tau kalau dating 2 orang ngan Popeye. *Best!*

Kesian tau kat Popeye. Penat ikut aku pusing satu KLCC nak cari barang hantaran dari pagi sampai malam, tapi end up beli kasut je satu. Tapi aku memang suka kasut tu. Red Killer Heels. I loike! Popeye cakap, 'Matilah Abang kalau setiap kali nak shopping pun macam ni'. Muka dia memang dah toya, penat gila, okeh. *Sian Sayangku*

Popeye sangat lawak. Aku minat telekung sulam goyang. Makanya, untuk hantaran, aku nak cari telekung sulam goyang jugak. Memang susah nak cari sebab sulam goyang yang tebal tak banyak dan mahal.
Popeye: B, berapa bajet nak beli telekung sulam goyang tu?
Olive: Adelah dalam RM***
Popeye: Mahalnya. Kalau beli telekung mahal2 nanti bertambah pahala eh bila sembahyang?
Olive: *Hati berdarah2 ditores*

Hahaha. Serius, bila aku cerita kat kawan2, diorang semua pakat duk gelak guling2.
Semakin dekat hari nak kahwin ni, semakin Popeye menggedik. Kalau aku cakap tinggi2 suara sikit, mulalah nak sound, TAK BAIK, DERHAKA KAT SUAMI, TAK CIUM BAU SYURGA dan banyak lagi! Aku hari2 terbunuh je dengan statement dia. *Dush!*

Tapi Popeye sweet. Walaupun dia tak pandai buat ayat gula2 bagi hati aku cair, tapi dari cara dia, sangat boleh nampak. Semoga Allah permudahkan jodoh kami. Amin :)

p/s: Popeye belanja (kena paksa sebenarnya) aku beli buku Nicholas Sparks! Menambah koleksi. Thanks Sayang! (^_^)


1 comment:

cikdidasyuhada said...

sweet dowh popeye ko tu! hehehe.. amin~ smoga berkekalan ke akhirnya..:)