17 December 2011

Cerita Kenduri Kahwin.

Musim cuti sekolah sinonim dengan majlis perkahwinan. Cerita pasal kenduri kahwin, ada dua cerita menarik yang aku nak kongsi dengan kawan2.

Selalunya majlis kahwin diadakan selepas 7 atau 8 tahun meninggalkan zaman persekolahan. Seiring dengan masa yang berlalu, macam2 perubahanlah kita dapat tengok. Ada yang dulu badan macam jari kelingking, sekarang dah macam ibu jari. Ada yang dulu rambut pendek, sekarang dah boleh pakai sanggul. Macam-macam.

Tadi aku ke majlis kawan sekelas, Iqmal dan isterinya Dyedo. Biasalah lepas makan2, bersanding bagai tu, ada sesi lawatan dari meja ke meja. Salam2 dengan tetamu yang hadir. Aku dan kawan aku, Huda duduk kat 1 meja ni. Sebelah meja kitorang meja bekas kawan sekolah rendah Huda+Iqmal (aku tak sama sekolah rendah dengan diorang), Rozaini. Sedang pengantin bersalam-salaman tu. Tetiba isteri Iqmal pergi salam cium tangan Si Rozaini tu. Huda terkejut! Dan kemudian kitorang pun ketawa berguling2. Apekah! Mungkinkah sebab Rozaini yang duduk di sebelah ibunya itu disangka Makcik? Menangis uols!

Cerita lain. Sebab boring, sambil makan aku dan Huda pun berbual2.

Huda: Olive, kau ade dengar cerita tak Syafiq dah meninggal.
Olive: Hah??? Mane kau tahu nih???
Huda: Eh, bukan ke? Ko tak ada dengar ke? Ala dulu kan dia dah berhenti belajar tu. Syafiq yang tu lah.
Olive: Eh, ko jangan main2 Huda. Aku tak tau pun.
Huda: Eh, yeke? Entah aku pun tak pasti.
[Kemudian kitorang pun sambung makan. Adik Iqmal yang cun pun lalu depan meja satu pasangan ni.]
Huda: Olive, lelaki tu mesti puji2 adik Iqmal kan sebab dia cantik. Lepas tu dia cakap kat isteri dia. Isteri dia pun macam setuju.
Olive: Ha ah. Aku pun nampak tadi diorang macam mengumpat adik Iqmal.
[Sambil kitorang dua tengok2 kat couple tu]
Olive dalam hati: Asal macam kenal je mamat rambut panjang nih.
Olive: Weh, Huda! Yang couple kutuk2 adik Iqmal tu Syafiqlah! Bukan tadi kau cakap dia dah meninggal? Dia tak meninggal lagilah!
Huda: Ha ah lah! Syafiq! Dia hidup lagilah.
Huda+Olive: GELAK GULING2.

Adoi. Rupanya classmate yang nama Syafiq tu tak mati lagi. Mane tah Huda dapat cerita tu. Dah kahwin dah pun. Yang duduk sebelah dia tu, isteri dia. Haih. Lama tak jumpa macam2 cerita keluar. Lucu sungguh!

No comments: