24 February 2009

Salah Kain!!!

Dah lama aku tak menulis kat sini cerita hidup aku. Mungkin aku sibuk+gembira sangat dengan dunia realiti, maka aku melupakan sebentar cerita aku di ruang maya ini.

SALAH KAIN 1
Pagi-pagi azali lagi dah menghuru-harakan hidup aku bila hari ni tiba-tiba aku SALAH KAIN TUDUNG. Biasanya kalau baju aku warna purple, tudung pun mesti purple juga atau pun ikut warna bunga. Tapi malangnya, hari ni aku bangun lambat. Ada perhimpunan pagi pula pukul 7.30. Sangat suwey. Maka bila dah siap mandi, aku pun ambik je baju yang dah beriron dalam locker. Terambik yang warna ungu. Bila aku cari tudung (yang aku sangka dah siap di iron) tak da pulak! Haru. Jam dah pukul 7.27. Baru aku teringat, tudung tu ada dalam baldi. Aku tak sempat nak basuh sebab weekend hari tu aku balik rumah. Siyut. Maka aku dengan SALAH KAIN TUDUNGNYA pergi ke kelas pada hari ini. Rimas gila! Rasa macam semua tak kena. Nasib baik pukul 8.00 pagi masa dalam kelas lecturer aku talifon bagi tau yang kelas batal.

SALAH KAIN2
Aku, Tasha dan Hell-You pergi makan tengahari di sebuah kedai(aku lupa nama kedai tu) kat Kampung Melayu. Tak perasan awan membawa kandungan air yang sangat berat. Sampai di kedai makan tersebut, baru la perasan hari nak hujan. Sebenarnya, setiap kali aku basuh kain pun hari akan hujan. Memang confirm. Hari aku basuh baju je hujan turun. Mungkin suwey sebab aku basuh baju 2 kali seminggu kot. Adoiyai!

Tasha: Ala, baju aku kat luar la.
Olive : Telefon la sape2 mintak tolong angkatkan dulu sebelum hujan ni
Tasha: Aku nak telefon Lia lah.
Olive : aku nak telefon farah.

Bilik Farah di aras dua. Bilik aku di aras tiga. Hari ini aku hang baju di aras Farah sebab semua tempat aras aku penuh. Budak aras aku bukak kedai dobi hari ni. Tsk.Tsk.Tsk.

Farah: Hello.
Olive : Hello Farah, kau tidur ke?
Farah: Ha ah.
Olive : Farah, tolong weh. Angkatkan baju aku. Aku hang kat depan toilet aras kau. Hari nak hujan ni.
Farah: Kau kat mana niyh. (suara lalok2 orang baru bangun tidur)
Olive : Aku tengah lunch ni. Takut tak sempat balik. Kang basah semua lecehlah. Baju aku dari short warna biru, sampai baju kurung tu. Lepas tu ada towel sekali kat hujung sikit. Tolong,ey?
Farah: Nak letak kat mana nanti tu?
Olive : Letaklah mana-mana. Dalam bilik kau boleh gak.
Farah: Okay.

Bila aku balik, aku tengok, baju aku kebasahan. Sedih. Sampai hati Farah. Dia tidur balik kot lepas letak telefon tadi :(
Bila aku naik bilik, baju dan bra serta underware yang tak dikenali berada di atas katil. Milik siapakah KAIN ini?
Aku pun berlari-larian untuk menyelamatkan baju-baju aku yang baru separa basah.
Farah yang nampak aku sedang angkat baju...
(Farah buat muka pelik)

Farah: Baju kau aku dah letak atas katil la ya...
Olive : Farah, kau angkat baju yang depan toilet mane? Aku cakap toilet aras kau lah...
Farah: Herk? Bukan kau kata toilet aras kau ke? Abistu??? Baju sape yang aku angkat tadi weh???
Olive : Aku pun tertanya-tanya...
Farah+Olive: (LOL!!!)
Farah: Aya, sorryla... Aku tak perasan kau cakap baju kau kat aras aku tadi... Huhu
Olive : Takpe. Takpe. Aku ingat nak merajuk tadi. Kau dah salah angkat, tak jadi nak merajuklah. :p
Farah: Patutlah masa aku angkat tadi macam pelik je. Bila pulak Aya ade baju-baju macam ni. (LOL lagi) Bra dia pun macam tak sama saiz. (LOL.LOL.LOL)

Tuan Punya Baju: Aya, ada nampak baju yang hang kat depan toilet ni tak?
Olive: Ada. Ada. Dalam bilik Aya.
Tuan Punya Baju: Owh. Aya tolong angkatkan yea. Thanks tau. Akak dah risau dah kat sekolah tadi takut baju basah.
Olive: Sama-sama. (wat muka mulia)

LOL!!!!!!!!!!!

5 comments:

~ceRRy beRRy~ said...

kam0 kene tag..
hehe :)

Mr Zakwan Johan said...

Aya....
Syok wo baca blog ko....siyes....
hahaha.....


p/s: Farah tu memang kuat tdo...dalam klas pon tdo kuat..hahaha

Olive said...

CeRRY beRRy: Sy sedang berusaha menjawab tag kamo...Huhu
Mr Zakwan Johan: Thanks papa. Hehehe. Blog ko best jugak :)

ab geldofg said...

:)

cabincrew are here to kick ur ass said...

atas ni taktik abgeldofg mau meraih pembaca ka??ahahhahaha