05 February 2009

Adik Oh Adik

Lama aku simpan tajuk entri ni. Sibuk dengan test dan assignment. Sebenarnya kejadian-kejadian ni berlaku masa cuti hari CNY hari tu, tapi aku tak sempat jugak nak post sebab masa selalu mencemburui aku. (Ya tipu. Aku sibuk shopping jugak sikit2 dalam masa yang sama)
Aku baru je tengok blog Rai, Mira dan Ifa. Terima kasih sebab berjaya mengembangkan aku dengan pujian-pujian kalian. Sayang kamu semua. Muahx!



Berbalik kepada entri kita. Ini adik aku. Nama dia Abdul Hadi. Hobi dia berjimpit-jimpit di katil single aku bila aku balik cuti kat rumah. Aku pun tak faham kenapa sebab kalau aku tak da, mak aku cakap dia tak nak pun tidur dalam bilik aku tu. Hurm.

Situasi 1
Adik : Kak, malam tadi kau mengigau
Kakak : Mengigau? Tak yah la menipu, dik...
Adik : Betul la. Kau mengigau mcm ni ---- (buat gaya sambil sebut tah apa-apa)
Kakak : Betul ke macam tu?
Adik : Betul. Kau mengigau pasal Abang Zul yea... Eee... Nak kawin. Bagi tau mak.
Kakak : (dalam hati) What the fish?!

Situasi 2
Handphone aku berbunyi lagu Avril Lavigne-When you're gone.
Adik aku berlari-lari anak pergi menjawab handphone aku yang terletak di dalam bilik.

Adik : Kakkkk!!! Telefonnnn!!! (menjerit dari dalam bilik pada aku yang berada di ruang tamu)
Kakak : Okay. Okay.
Adik : Ada orang nak cakap dengan kau.
Kakak : Sape?
Adik : Abang B.
Kakak : (Speechless. Muka terkejut.)

Pot.Pet.Pot.Pet. Setelah selesai bercakap dengan Popeye...

Kakak : Kenapa Abang Zul jadi Abang B???
Adik : Yelah, hari tu aku dengar kau panggil dia B..B.. (Sebut B... B... sambil buat gaya ala-ala lemah gemalai)
Kakak : (dalam hati) What the fish?! Eh, kau tak boleh panggil B. Aku je boleh. Mulai hari ni, ko boleh panggil Abang Zul je. Tahu?
Adik : (Buat muka kerut-kerut tak paham kenapa tak boleh.)

Moral Cerita Di atas: Jangan tidur bersama Adik anda dan cakap telefon dengan boyfriend anda di hadapan mereka. Kanak-kanak mudah terpengaruh.

5 Fakta tentang Adik Hadi:
  • Lagu paling suka di mainkan di winamp aku: Cinta Kain Putih-Putra (rock kapak) & SMS-Ria Amelia (dangdut). Old school gila adik aku ni.
  • Lagu Inggeris kesukaan: Me love-Sean Kingston.
  • Tiap-tiap pagi dia akan bangun awal, play kan lagu-lagu tu kat winamp sambil main game online atau tengok Upin dan Ipin online sebab tak nak berebut laptop dengan aku. Kalau aku dah bangun dia memang tak boleh guna laptop dah.
  • Kalau aku ada kat rumah, dia mesti beli something tu dua. Contoh: Beli aiskrim 2, beli beli bangle hari kemerdekaan 2, beli apa-apa junk food 2. Sangat sweet.
  • Dia suka menangis. Mak aku panggil dia pelakon air mata. Kalau nak apa-apa, mesti nangis. Kalau dulu boleh la. Kesian. Sekarang, kami semua biar je. Hahaha.
Adik aku macam ni la. Adik kamu semua macam ni jugak ke? Ke Adik aku sorang je yang macam ni? Huhu.

13 comments:

KhairiL's said...

tp besh gk ada adek mcm ni, hidup sentiasa ceria
hehe

m'Z faRa.. said...

cute nye adik kamoo begitu..
nape adik shaye x begitu..???

Raihanna said...

aya...

aq rasa adik ko comeyl la dok..
keh2

kem slm aya...

nak wat adik ko menantu leh x..
muahahhahhaa...

inasdbest said...

hahaha..ko neh tak abes2 ngan si hadi tuh...haha...

yuyu said...

smestiny adik aku lbh mendurhaka kpd aku..dan tampe belas kasihan agakny aku ni diperlakukan..sob sob sob..

~ceRRy beRRy~ said...

alalala~~
c0meynye adik kam0 aya..hehe..
:)

Olive said...

KhairiL's:
Hehehe...Betul2. Macam2 berlaku setiap hari.
m'Z FaRa:
Trimas. Huhu
Raihanna:
Rai, nak buat adik aku jadi menantu? Aiyoyo...Tanak aku adik aku jd bujang telajak. Xpon, ko ajak Iz kawen this yr. Masih sempat aku rasa untuk anak ko kawen dgn adik aku. Hahaha
Inas:
Memang... Sape lagi yang ada kat umah tu untuk dibuli?hik2
Yuyu:
Sob2...Aku rasa Yu2 adalah seorang kakak yang baek.
~ceRRy beRRy~:
Thanks Ifa...Huhu. Anak buah kamo comel =)

Nash Taj (^_^) said...

ok la 2...adk amek brat psl kkak...even bz body...hkikat nye...dia syg kt kkak dia...xgtu adk adi...hehehe

alhaqimi said...

adik aya ikot perangai dier lorr.. haha..sweet sgt!!

~aMira aLiaS~ said...

adik aya mmg ganas... hahahahaha...
[aku tau2!!!!]

~ceRRy beRRy~ said...

hye sweetie~~
nnti dtg bL0g ku amek award yek~~
have a nice day :)

Mr Zakwan Johan said...

oo...ni la adik ko yek.....
kalau aku jumpe dia, aku tarik telinge dua2 belah....
aku xbole jumpe bdak kecik ni...
hahaha...

anyway, thanx sebab link kan blog aku...
sebagai balasan, aku pon link kan blog ko...
hahaha.....

Litt[L]E`StAr said...

aya~ anda di tag!!!