25 December 2009

Hypocrite.


You act like you are everybody's best friend while you actually bull shitting behind them.
I wish you will have never ending happiness in hell.

23 December 2009

Latihan Menembak Tahunan di Kem Syed Sirajuddin Gemas 2009

AMARAN!
Entri ini adalah entri terpanjang. Sesiapa yang tidak berminat dengan unsur2 askar disarankan agar tidak menyambung pembacaan.

Ketua Jurulatih: Mej. Mohd Johan Juan Bin Abdullah (3001471)
Pegawai Latih : Kapt. Razali Bin Md Daud (3008862)
Jurulatih :
1078796 PW 2 Abd Aziz bin Dis
1092495 Sjn Zamri bin Ahmad
1088318 Kpl A. Aziz bin A. Rahim

LATIHAN MENEMBAK TAHUNAN PERINGKAT INTERMEDIATE PALAPES UPM 2009 (Marksman Sasaranku)

Tempat: Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan
Tarikh : 17 November 2009-21 November 2009

16 November 2009
Semua Pegawai Kadet Peringkat Intermediate melapor diri di PALAPES UPM. Rowcall pada 2130H. Semua Pegawai Kadet Peringkat Intermediate akan menjadi pasukan pendahuluan ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Dalam hati aku masa tu, bersyukur. Sebab? Takkan sempat nak ada PT di malam hari untuk Latihan Menembak kali ni. (^_^)

17 November 2009
Bangun pada 0545H. Macam haram. Malam tu tidur lewat, packing (packing la sangat. Sumbat je sebenarnye.) Mata aku hampir tak boleh bukak. Dah la seminggu cuti hari-hari bangun lewat kat rumah. Tapi digagahkan jugak la bangun. Sambung sumbat-sumbat barang dalam pack, rowcall pada 0630H.

Pada 0800H, semua Intermediate bertolak menaiki bas ke Gemas. 2 buah bas dan diikuti 1 3 tan. Malang bagi aku sebab Encik RSM naik bas aku. Menangis semua sekali sebab tak dapat tidur. Kalau sorang tidur, orang yang ditugaskan untuk jaga orang tak bagi tidur tu akan dapat squad jump 100x. Kalau buat dan2 dalam bas, 100x, kalau hutang 1000x. Pengsan. Tapi akhirnya setelah sampai ke Gemencheh, Encik RSM berlembut hati bagi kita orang semua sekali tidur. Fuh. Lega gile!

Sampai di kem, hantar senjata, bahagikan bilik, bersihkan bilik dan makan malam. Tak banyak yang dilakukan pada hari first day sampai. Tapi makanan semua kami fitique sendiri. PK kena pegi lapang sasar untuk persiapan menembak pada esok hari.

18 Disember 2009
Inter merasmikan Latihan Menembak Tahunan Di Lapang Sasar Elektronik dan Galeri dengan peluru sebanyak 85 butir seorang. 5 butir pelarasan, 40 butir pada jarak 100m, 40 butir pada jarak 200m. 40 butir 100m-20 aku tertembak sasaran lain. Cuma masuk 18 je dari 20. Sengal gile. Jarak 200m lagi la tak kena lansung. Dah tenang elok2, time nak tembak je target tak nampak. Marksman haram jadah colour hijau sama dengan rumput kat belakang. Bila tenang, sekejap timbul, sekejap tenggelam. Hahaha. Lawak. Lawak.

Kami menembak sepanjang pagi. Semua sekali 4 details. Beberapa orang dari kami yang didetailkan untuk Fitique makan tengah hari menjadi ahli detail ke 4 menembak selepas makan tengah hari. Nasib kami baik. Cuaca mendung. Kurang la kesan terbakar kat muka masing-masing.

Tengah hari-Senior dan Junior sampai. Giliran Junior menembak selepas makan tengahari. Hujan rintik-rintik mulai turun. Tapi Junior tetap berbaris dengan mantapnya. Sebaik saja mereka berada di tengah lapang sasar, rintik-rintik bertukar menjadi curahan air dari langit. Basah lencun Junior semua sekali. Aku hanya menyaksikan dari tempat pemerhati. Separuh dari Intermediate clearkan tempat makan manakala separuh lagi berhujanan bersama Junior untuk fitique peluru. Tapi diorang duduk bawah khemah. Walau bagaimana pun tetap basah jugak. Junior dah macam tikus mondok. Disebabkan hujan yang tak lansung menunjukkan tanda2 nak berhenti, Junior diarahkan balik ke tempat pemerhati. Setengah jam kemudian, cuaca kembali tenang dan latihan menembak peringkat Junior diteruskan. Kesian diorang kesejukan dalam kelumpuran.

Aku balik awal hari ni. Sebab Inter yang duduk kat tempat pemerhati tu semua RSM suruh balik. Ye la kan. Duduk situ bukan ada buat ape pun. Balik tu, mandi n rest la kejap. Malam ade rowcall. Ingatkan okay je semua dan boleh tidur awal. Sangkaan aku meleset sama sekali. Masa rowcall tu Kapten Haikal mengamuk. Sebab ada Junior tertinggalkan beg dia kat Lapang Sasar. Dalam tu ada hard disk, GPS, dan macam2 lagi la. Anggaran ada dalam beribu jugak benda kat dalam tu. Maka mendapatlah kami habuan untuk latihan kali ni. Awal mula pertama mula, melutut atas tar, tangan atas tengkuk. Dah la aku bawak track suit yang paling nipis. Sebab nak ringan bag pack kononya. Memang padan muka la. Merah jugak la lutut lepas tu. Lepas melutut tukar pulak Squad jump, Front Support Knuckle, Star Jump, Sit Up, Side roll. Knuckle change, palm change. Memang macam ****. Agak lengkap jugak la kena malam tu. Ketiga-tiga peringkat sekali. Semua pun layan je. Sambil melampiaskan makian di dalam hati. Kui3.

19 Disember 2009
Hari ni hari menembak Junior (sambung yang semalam) dan Senior. Malang bagi aku yang balik awal semalam, hari ni kene pegi Lapang Sasar fitique peluru. Vavis. Aku rela join diorang duduk dalam hujan semalam dari pegi Lapang Sasar lagi hari ni. Semua inter yang lain PT berfoye2 bersama staf kat kem dan berjalan-jalan menaiki bas ke Penama. Jelous bai. Siyut betol. Tapi fitique kat Lapang Sasar tak penat pun. Duduk bawah khemah pasang peluru, kene marah sket oleh Kapten "kesayangan", borak2 dan menuang. Hehe.

Sebenarnya menembak ni kira markah. Setiap Pegawai Kadet mewakili kompeni masing-masing(kecuali Peringkat Junior). Keputusannya adalah:

Tempat Pertama : Laksamana-Merah (Kompeni aku!)
Tempat Kedua : Kastria-Hijau
Tempat Ketiga : Sakti-Biru
Tempat KeEmpat : Wira-Kuning

Pertandingan menembak antara kompeni melawan kumpulan pegawai latih+staf juga diadakan hari ini. Semua kompeni lingkup. Cuma Kompeni Kastria je yang berjaya mendapat tempat. Tempat ke3. Disebelah petang, Pegawai Kadet Peringkat Intermediate dan Senior berpeluang menembak menggunakan senjata bantuan. Intermediate berpeluang menggunakan LMG manakala senior menembak GPMG. Junior hanya menjadi penonton. Gile best bunyi GPMG. Aku antara orang yang last untuk menembak LMG. Cuak dowh. Yang terdahulu ada yang mulut berdarah la. Hentakan dia boleh tahan kuat. Aku tak tau aku tembak ape. Aku main tembak je asalkan berbunyi. Hahaha. Tak tenang pun sebab takut kene muka. Kang bengkak tak pasal je. Tak nak aku. Selesai menembak, balik dan rest. Habis untuk hari ini.

20 Disember 2009
Kesemua peringkat bersemangat hari ini. Sebab? Nak balik UPM. Yeay! Untuk hari terakhir ni, Intermediate akan menembak M203 dan Senior akan menembak Mortar. Hari ni Senior agak kurang bernasib baik sebab diorang salah bawak peluru. Peluru tu sebenarnya untuk tembakan waktu malam. Tapi nak buat macam mana. Dah terbawak. Guna je la. Pelik je pakai peluru bercahaya segala di siang hari.

Bagi Inter, sorang dapat merasa 3x menggunakan bom(pelulru M203). Cuak! Kali pertama aku tembak ok je. Kali ke 2, aku tertembak depan sangat. Kene jerit kat staf mane tah. Dia cakap
"Suraya! Ape kau tembak tu! Kau tembak b*** ke!!!"
Hahahaha. Sebenarnya aku main belasah jer tembak. Ada di antara Inter yang telah meranapkan senjata M203 tu sebab tak pam cepat2 lepas tembak. Ada jugak beberapa senjata yang rosak. Ganas2 betol kami ni. Hik2. Tapi ape2 pun, tak sabar nak habiskan sesi hari ni sebab lepas balik UPM, boleh balik rumah. Yeay!

On the way balik UPM, aku 1 bas dengan Encik Aziz, Staf Zamri(yang comei), dan Staf Aziz. Semua pakat karaoke sampai hilang suara. Petang sampai di UPM, pulang senjata.

21 Disember 2009
Hari ni pentadbiran mengikut peringkat. Cuci senjata, kemas Markas Tentera (MT) dan bersihkan kawasan sekeliling. Pada 1500H kami dibenarkan pulang untuk bercuti! Cuti Hari Raya Aidil Adha. Yeay! Balik kampung...OoO...Balik Kampung...

*Gambar akan diupload kemudian*

02 December 2009

Say No More...




Sony Ericsson Midland-RM2499.
(T_T)

29 November 2009

Quote Of The Year.

When two backstabbers collide, lets watch who will bleed more.

*Wink*

11 November 2009

Chenta Ati Saye...

Korang tau ke 9 November Hari ATM? Aku tak tau dan tak pernah ambik tau. Aku tau pun sebab Popeye kene kawad dekat Sungai Besi. Punyela heaven. Popeye in KL! Yeah! Boleh kata every day aku pi menempel kat Kem Sungai Besi tu. Minum sama-sama, keluar malam sama-sama. Sampai sanggup tak balik rumah masa gap paper. Kalau tak tu, habis paper je chaboot la. Jangan harap nampak muka aku kat UPM ni. Hehe

Ni first time aku jumpe Popeye time dia pakai uniform color biru, siap dengan drill boot. Kacak. Kacak. (Ape kes puji boyfriend sendiri). Lantak pi orang nak cakap ape. Tapi siyes la tengok beliau begitu hati ini lagi terpaut. Walaupun Popeye tak macam zaman-zaman beliau kadet dulu, tapi tehtap suke jugak. Well, sekarang dia dah ada pewot cikit. Kes3.




Baju nak gediks same jugak biru. Hak2. Tapi Popeye tak masuk kawad pun. Sebab dia demam, kene hujan a day before hari kejadian. So dia leh duduk kat aku sama-sama tengok bunga api. Hiks. Best. Best.

Tak pernah2 seumur hidup aku pegi Hari ATM. Best sebab aku memang suka tengok orang kawad+pakai uniform. Smart gile aa. Semua ada. Darat+laut+udara. Dapatla cuci mata. Nges3. Tapi aku dah kene warning awal-awal dengan Popeye. Jangan nak gatai cakap-cakap dengan lelaki lain. Plus, dia ade je kat sebelah aku every now and then. So, tak de chance la nak usha2 orang lain. Hahaha. Saye suke bila kamo jelous, Babe. Best amat. Wink* Wink*

Lagu-lagu yang band diorang mainkan pun suma lagu yang aku tahu. Tapi yang tak bestnye malam tu hujan. Kesian askar-askar tu. Berkawad la jugak dalam hujan tu. Tapi nak buat macam mana kan. Sedia berkorban katenyer. Event ni dibuat malam. Jadi, tak ramai yang datang. Katenyer untuk ATM dan family terdekat je. Macam tak berapa nak diwar2kan jugak la.

Malam tu, baru aku tahu pegawai kawad guna pistol. Selama ni aku ingat diorang guna pedang je. Ape tah nama pistol tu. Popeye ade cakap, tapi luposlah. LLP pulak kawad pakai Styer. Ringan jugak la beban kat bahu. Alangkah bagusnya kalau tauliah PALAPES nanti pun guna styer. Tak payah nak hangkut M16 yang berat amat tu ke hulu ke hilir.

Abis event tu, aku dan kawan-kawan pegi dinner kat Mapley Sungai Besi. Lepas tu, kami decide nak overnight. Popeye yang sakit-sakit tu pun nak join sekali. So, pegi ambik Popeye kat Transit Jalan Semarak before pegi movie. Selesa giler tempat Popeye stay. Siap ada aircond segals. Macam apartment la.

Dah ambik Popeye, macam biasa la berebut dua-dua tanak drive dan last2 Popeye kene drive jugak la kan. Mestila dia yang mengalah. Hahaha. Next, gi tengok late night movie kat Pavilion. Yang bestnye Valet parking tak de orang jaga. Dapat la kami parking free malam tu. Kalau tak melayang jugak RM8. Kami tengok cerita Phobia. Best. Best. Terjerit-jerit la jugak masa tengok tu. Hehe.

Lepas movie, gi Old Town White Coffee Cheras. Mane lagi nak melepak, kan? Tu je la port favourite aku dengan kawan-kawan. Lepak sana sampai pukul 6 sebab gate kolej UPM bukak after 6. Then, hantar Popeye gi transit balik sebab pagi tu dia dah nak gerak balik ke Lumut. Punyela ngantuk masa drive dari Jalan Semarak ke UPM tu. Adoiyai. Tak leh blah. Mujur la tak berlaku pape. Huhu.


The whole night sangat best. Popeye is so sweet. Masih macam dulu-dulu. Even tak sihat, willing nak keluar dengan aku dan kawan-kawan. We both was very happy. Tak sabar nak tunggu bulan depan untuk jumpa Popeye lagi. (^_^)