AMARAN!
Entri ini adalah entri terpanjang. Sesiapa yang tidak berminat dengan unsur2 askar disarankan agar tidak menyambung pembacaan.
Ketua Jurulatih: Mej. Mohd Johan Juan Bin Abdullah (3001471)
Pegawai Latih : Kapt. Razali Bin Md Daud (3008862)
Jurulatih :
1078796 PW 2 Abd Aziz bin Dis
1092495 Sjn Zamri bin Ahmad
1088318 Kpl A. Aziz bin A. Rahim
LATIHAN MENEMBAK TAHUNAN PERINGKAT INTERMEDIATE PALAPES UPM 2009 (Marksman Sasaranku)
Tempat: Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan
Tarikh : 17 November 2009-21 November 2009
16 November 2009
Semua Pegawai Kadet Peringkat Intermediate melapor diri di PALAPES UPM. Rowcall pada 2130H. Semua Pegawai Kadet Peringkat Intermediate akan menjadi pasukan pendahuluan ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Dalam hati aku masa tu, bersyukur. Sebab? Takkan sempat nak ada PT di malam hari untuk Latihan Menembak kali ni. (^_^)
17 November 2009
Bangun pada 0545H. Macam haram. Malam tu tidur lewat, packing (packing la sangat. Sumbat je sebenarnye.) Mata aku hampir tak boleh bukak. Dah la seminggu cuti hari-hari bangun lewat kat rumah. Tapi digagahkan jugak la bangun. Sambung sumbat-sumbat barang dalam pack, rowcall pada 0630H.
Pada 0800H, semua Intermediate bertolak menaiki bas ke Gemas. 2 buah bas dan diikuti 1 3 tan. Malang bagi aku sebab Encik RSM naik bas aku. Menangis semua sekali sebab tak dapat tidur. Kalau sorang tidur, orang yang ditugaskan untuk jaga orang tak bagi tidur tu akan dapat squad jump 100x. Kalau buat dan2 dalam bas, 100x, kalau hutang 1000x. Pengsan. Tapi akhirnya setelah sampai ke Gemencheh, Encik RSM berlembut hati bagi kita orang semua sekali tidur. Fuh. Lega gile!
Sampai di kem, hantar senjata, bahagikan bilik, bersihkan bilik dan makan malam. Tak banyak yang dilakukan pada hari first day sampai. Tapi makanan semua kami fitique sendiri. PK kena pegi lapang sasar untuk persiapan menembak pada esok hari.
18 Disember 2009
Inter merasmikan Latihan Menembak Tahunan Di Lapang Sasar Elektronik dan Galeri dengan peluru sebanyak 85 butir seorang. 5 butir pelarasan, 40 butir pada jarak 100m, 40 butir pada jarak 200m. 40 butir 100m-20 aku tertembak sasaran lain. Cuma masuk 18 je dari 20. Sengal gile. Jarak 200m lagi la tak kena lansung. Dah tenang elok2, time nak tembak je target tak nampak. Marksman haram jadah colour hijau sama dengan rumput kat belakang. Bila tenang, sekejap timbul, sekejap tenggelam. Hahaha. Lawak. Lawak.
Kami menembak sepanjang pagi. Semua sekali 4 details. Beberapa orang dari kami yang didetailkan untuk Fitique makan tengah hari menjadi ahli detail ke 4 menembak selepas makan tengah hari. Nasib kami baik. Cuaca mendung. Kurang la kesan terbakar kat muka masing-masing.
Tengah hari-Senior dan Junior sampai. Giliran Junior menembak selepas makan tengahari. Hujan rintik-rintik mulai turun. Tapi Junior tetap berbaris dengan mantapnya. Sebaik saja mereka berada di tengah lapang sasar, rintik-rintik bertukar menjadi curahan air dari langit. Basah lencun Junior semua sekali. Aku hanya menyaksikan dari tempat pemerhati. Separuh dari Intermediate clearkan tempat makan manakala separuh lagi berhujanan bersama Junior untuk fitique peluru. Tapi diorang duduk bawah khemah. Walau bagaimana pun tetap basah jugak. Junior dah macam tikus mondok. Disebabkan hujan yang tak lansung menunjukkan tanda2 nak berhenti, Junior diarahkan balik ke tempat pemerhati. Setengah jam kemudian, cuaca kembali tenang dan latihan menembak peringkat Junior diteruskan. Kesian diorang kesejukan dalam kelumpuran.
Aku balik awal hari ni. Sebab Inter yang duduk kat tempat pemerhati tu semua RSM suruh balik. Ye la kan. Duduk situ bukan ada buat ape pun. Balik tu, mandi n rest la kejap. Malam ade rowcall. Ingatkan okay je semua dan boleh tidur awal. Sangkaan aku meleset sama sekali. Masa rowcall tu Kapten Haikal mengamuk. Sebab ada Junior tertinggalkan beg dia kat Lapang Sasar. Dalam tu ada hard disk, GPS, dan macam2 lagi la. Anggaran ada dalam beribu jugak benda kat dalam tu. Maka mendapatlah kami habuan untuk latihan kali ni. Awal mula pertama mula, melutut atas tar, tangan atas tengkuk. Dah la aku bawak track suit yang paling nipis. Sebab nak ringan bag pack kononya. Memang padan muka la. Merah jugak la lutut lepas tu. Lepas melutut tukar pulak Squad jump, Front Support Knuckle, Star Jump, Sit Up, Side roll. Knuckle change, palm change. Memang macam ****. Agak lengkap jugak la kena malam tu. Ketiga-tiga peringkat sekali. Semua pun layan je. Sambil melampiaskan makian di dalam hati. Kui3.
19 Disember 2009
Hari ni hari menembak Junior (sambung yang semalam) dan Senior. Malang bagi aku yang balik awal semalam, hari ni kene pegi Lapang Sasar fitique peluru. Vavis. Aku rela join diorang duduk dalam hujan semalam dari pegi Lapang Sasar lagi hari ni. Semua inter yang lain PT berfoye2 bersama staf kat kem dan berjalan-jalan menaiki bas ke Penama. Jelous bai. Siyut betol. Tapi fitique kat Lapang Sasar tak penat pun. Duduk bawah khemah pasang peluru, kene marah sket oleh Kapten "kesayangan", borak2 dan menuang. Hehe.
Sebenarnya menembak ni kira markah. Setiap Pegawai Kadet mewakili kompeni masing-masing(kecuali Peringkat Junior). Keputusannya adalah:
Tempat Pertama : Laksamana-Merah (Kompeni aku!)
Tempat Kedua : Kastria-Hijau
Tempat Ketiga : Sakti-Biru
Tempat KeEmpat : Wira-Kuning
Pertandingan menembak antara kompeni melawan kumpulan pegawai latih+staf juga diadakan hari ini. Semua kompeni lingkup. Cuma Kompeni Kastria je yang berjaya mendapat tempat. Tempat ke3. Disebelah petang, Pegawai Kadet Peringkat Intermediate dan Senior berpeluang menembak menggunakan senjata bantuan. Intermediate berpeluang menggunakan LMG manakala senior menembak GPMG. Junior hanya menjadi penonton. Gile best bunyi GPMG. Aku antara orang yang last untuk menembak LMG. Cuak dowh. Yang terdahulu ada yang mulut berdarah la. Hentakan dia boleh tahan kuat. Aku tak tau aku tembak ape. Aku main tembak je asalkan berbunyi. Hahaha. Tak tenang pun sebab takut kene muka. Kang bengkak tak pasal je. Tak nak aku. Selesai menembak, balik dan rest. Habis untuk hari ini.
20 Disember 2009
Kesemua peringkat bersemangat hari ini. Sebab? Nak balik UPM. Yeay! Untuk hari terakhir ni, Intermediate akan menembak M203 dan Senior akan menembak Mortar. Hari ni Senior agak kurang bernasib baik sebab diorang salah bawak peluru. Peluru tu sebenarnya untuk tembakan waktu malam. Tapi nak buat macam mana. Dah terbawak. Guna je la. Pelik je pakai peluru bercahaya segala di siang hari.
Bagi Inter, sorang dapat merasa 3x menggunakan bom(pelulru M203). Cuak! Kali pertama aku tembak ok je. Kali ke 2, aku tertembak depan sangat. Kene jerit kat staf mane tah. Dia cakap
"Suraya! Ape kau tembak tu! Kau tembak b*** ke!!!"
Hahahaha. Sebenarnya aku main belasah jer tembak. Ada di antara Inter yang telah meranapkan senjata M203 tu sebab tak pam cepat2 lepas tembak. Ada jugak beberapa senjata yang rosak. Ganas2 betol kami ni. Hik2. Tapi ape2 pun, tak sabar nak habiskan sesi hari ni sebab lepas balik UPM, boleh balik rumah. Yeay!
On the way balik UPM, aku 1 bas dengan Encik Aziz, Staf Zamri(yang comei), dan Staf Aziz. Semua pakat karaoke sampai hilang suara. Petang sampai di UPM, pulang senjata.
21 Disember 2009
Hari ni pentadbiran mengikut peringkat. Cuci senjata, kemas Markas Tentera (MT) dan bersihkan kawasan sekeliling. Pada 1500H kami dibenarkan pulang untuk bercuti! Cuti Hari Raya Aidil Adha. Yeay! Balik kampung...OoO...Balik Kampung...
*Gambar akan diupload kemudian*
Post Untuk Singature Email
5 years ago
1 comment:
memg tak larat nk baca....huhu
Post a Comment