17 February 2012

Kau Memang HANJING!!!

Semalam ni hari LAST. FINAL EXAM FOR FINAL YEAR. Makanya, aku berasa sangat lega sebab semuanya dah habis tinggal nak praktikum je lagi 3 bulan lepas tu, HOOREY! Selesai sudahlah perjuangan 6 tahun ni. Makanya, aku, Juni, Tasha, dan kawan2 lain plan nak overnight. Kononnya macam nak celebrate la penat lelah study selama ni. (Study ke wei!). Kitorang plan nak tengok wayang, tapi dah tutup. Sebab JB memang islamic. Movie kalau hari Khamis malam Jumaat, memang tutup awal. (Malam Jumaat kan sunat....)

Disebabkan movie tutup, kitorang pun merayap2 ni Bazar Karat kat area CS tu. Aku beli baju RM5!!! FOR THE VERY FIRST TIME. *kagumkan!* Lepas merayap2 (dengan duit yang tak berapa nak ada), kitorang pun gerak ke Suara Ok! kat Danga Bay nih. Makanya kami pun melalak sampai pukul 3.30 pagi.

Balik2, sampai ke *******(nama terpaksa dirahsiakan nanti kalau ada pengintip mampuslah!), gate dah kunci. Guard dah lelap. Juni cakap, diorang memang takkan bukak punya gate sebab takut kantoi dengan warden. Makanya, kitorang pun panjatlah tembok kat tepi tu. Gigih, okeh! Dah lama tak buat kerja2 macam ni. Memang excited!

Aku pun dengan kering hatinya lalu je depan pak guard yang tidur mampus tu sambil berdoa yang dia takkan angkat kepala. Sampai turn Tasha dan Juni, sandal Tasha berbunyilah pulak! Tak boleh blah. Guard terbangun! Masa tu aku dah lepas dah 100m ke depan. Tinggal Tasha dan Juni menyorok disebalik rumpun2 bunga. *hahahahahaha. Okay kelakar sebab aku nampak diorang terhendap2 menyorok*

Aku pun teruskan perjalanan sampai ke bawah bukit. Tunggu punya tunggu, budak2 ni tak datang lagi. Dalam 3 minit kemudian, aku nampak diorang belari lari anak hayam ke arah aku. (Okay yang ni memang sumpah lawak sebab diorang lari dengan kalutnya sampai terduduk2 aku gelak). Bila diorang dah sampai kat aku, kami pun meneruskan perjalanan ke blok tet! (Rahsia lagi). Masa tu masing2 teruja gile la kan. Juni cakap lama dah tak buat kerja2 panjat memanjat macam ni. Selalu kalau lambat balik pun kitorang redahkan je pak guard tu.

Jalan punya jalan, sampai kat satu tempat yang memang orang cakap 'keras', Tasha dengar dengusan (Tashala yang cerita sebab aku ngan Juni tak dengar pun). Beberapa saat kemudian, muncul hanjing-hajing liar dari kegelapan malam. Tasha nampak je hanjing, dia pun mula lari! Aku pun nak lari ikut Tasha, tapi Juni dok jerit2, "Jangan lari weh! Jangan lari! Nanti dia kejar!" (Okay, sangat kalut gila time ni). Aku yang tengah nak lari tu stop, dan tiba2 Juni tarik aku kuat gila! Time tu, hanjing tu menyalak kat Juni beberapa kali. Juni face to face dengan hanjing tu! Dalam jarak yang sangat dekat. 2 kaki je kot! Aku kat belakang Juni time tu (memula rasa terharu la sebab ingatkan Juni macam nak protect aku kan, tapi bila reveal balik, Juni pegang aku sebab tak nak aku lari tinggalkan dia sorang2 je. Hahahahaha. Tak jadi nak terharu!). Tasha pulak, tengah syok2 lari, toleh belakang, tengok2 kitorang tak folo dia. Makanya dia stop!

Hanjing tu, aku pun tak tau kenapa. Tetiba je lepas dia menyalak kat Juni beberapa kali tu, dia blah gitu je. Geng2 dia yang lain pun ikut blah. Masa mula2 hanjing2 tu datang dekat kitorang, 3 ekor je. Lepas dia blah tu, Juni cakap ada beberapa ekor lagi kawan2 dia folo dari dalam gelap. Scary gile ah! Kalau second time tu dia kejar, memang aku cabut je. Mampu tak mampu lari tu belakang cite yang penting LARI!

Begitulah alkisahnya aku, Juni dan Tasha bersama hanjing-hanjing liar. Aku gelak sorang2 sambil tulis post ni. Kenangan terindah bersama korang :)

2 comments:

cikdidasyuhada said...

gile lawak wei!! tp best kan buat keje jahat gini? memori indah tuuuu..!

ezham said...

hahaha.. babi betul hanjing itu!