15 October 2010

The truth is finally revealed.

Aku rasa dalam diri manusia paling penting selain akal adalah hati. Akal penting. Membolehkan manusia membezakan baik dan buruk. Tak ada akal=gila. Sama macam haiwan. Tapi manusia dengan akal tanpa hati yang bersih juga pada aku sama perangai dengan haiwan.

Dalam hidup ni, kalau hati sentiasa busuk, penuh dengan hasad dengki, hidup pasti takkan kenal kebahagiaan. Kalau pun ada, tak lama mana. Contoh? Dah banyak berlaku depan mata aku. Aku tak nak pick sapa2. Ni sekadar renungan dan ingatan untuk diri aku sendiri. Sama-sama kita lihat ragam manusia disekeliling kita.

Manusia kalau hatinya baik, Allah sayang, semua orang sayang. Manakala yang sebaliknya, hidup dalam keluh kesah. Tak kisah berapa banyak duit yang ada, kalau hati tak bersih, tetap tak bahagia. Tak kisah miskin macam mana pun, hati baik, bersyukur dengan apa yang ada, kebahagiaan milik kita.

Aku benci orang bermuka-muka. Kalau zaman Jepun dulu, manusia bermuka-muka ni dihukum bunuh dah. Aku memang keras hati, memang susah nak maafkan orang. Tapi aku tau kalau sekali aku dah maafkan orang tu, aku memang anggap 0-0. Kalau orang tu tak nak fikir macam aku, nak simpan dendam kesumat semua, tu dia punya pasal. Tapi selagi aku benci, aku akan ignore orang tu. Sebab? Aku tak boleh nak bertalam-talam depan baik belakang kutuk pelbagai. Aku benci orang macam tu. Benci sangat. Sini cakap lain sana cakap lain. Aku berdoa aku takkan jadi macam tu. Kadang-kadang rasa macam nak cincang-cincang orang yang bermuka-muka ni bagi buaya makan. Mati lagi baik dari hidup mendengki orang.

1 comment:

~ceRRy beRRy~ said...

betul2...
dh penah rasa jumpa kawan bermuka-muka camni..
tp akhirnya kebenaran akn terserlah jugak...insyaAllah..