03 April 2009

April Bodoh, Kucing Dan Babi

Kucing Dan Babi

Pada suatu hari yang dipanggil hari April Bodoh, seorang kakak senior (Minah bukan nama sebenar) kat tempat aku belajar ni telah mengamuk dengan penuh dasyat. Ini adalah disebabkan dia telah di April bodohkan oleh seekor kucing jantan. Kebetulan blok yang aku diami ini adalah salah satu blok kegemaran kucing-kucing dari segenap pelusuk alam. Terdapat pelbagai jenis kucing. Ada yang berkeluarga dan tidak kurang juga yang masih bujang. Blok aku juga kelihatan seperti zoo jika dilihat dari jauh. Kejadian amukan Minah ini adalah disebabkan seekor kucing telah melampiaskan hajat di dalam biliknya. Habis berbau perfume semulajadi beb! Dalam keadaan yang penuh dengan amarah, Minah telah memaki kucing tersebut.

Minah : Kau ni Babi la. Memang Babi kau ni! (sambil membersihkan tahi kucing tersebut yang baunya tuhan sahaja yang tau)
Kucing: (terpingga-pingga)
Minah : Nyah kau dari sini, Babi!!!
Kucing: Meoww (keliru gile. Bukan ke aku kucing? Kenapa budak ni panggil aku Babi? Aku ni kucing ke Babi?) -sambil menggaru-garu kepala dan berlalu pergi.

Moral: Walau pun tak suka, jangan maki kucing kerana kucing adalah binatang kesayangan nabi.

P/S: Aku tak boleh dekat dengan kucing... Huhu! Takut!

April Bodoh

Apabila hari April Bodoh sampai, pelbagai kejadian bodoh akan turut berlaku. Pada pagi April Bodoh tersebut, aku telah pergi ke kelas dengan hati yang penuh gembira tanpa syak wasangka. Sebenarnya, aku terlupa tersebut adalah hari April Bodoh. Sedang aku tekun menelaah buku, satu mesej masuk.

Popeye: Olive, kalau post parcel kat sana, nanti terus sampai kat blok ke?
Olive : Tak lah. Sampai kat HEP (Hal Ehwal Pelajar) dulu. Nanti kena cek nama kat HEP ada parcel ke tak. Apsal?
Popeye: Ingat tak yang hari Isnin hari tu gua bg tau lu, gua keluar kejap. Sebenarnya gua pergi post parcel untuk lu. Nanti lu pergi la cek k. Kakak yang comel kat pejabat post tu cakap, kalau hantar pergi Larkin, hari ni confirm sampai punya.
Olive : Orait. Kang habis kelas ni gua pegi la cek dekat pejabat yang ada Abang handsome gila tu.
Popeye: Jauh tak HEP tu? Lu pergi naik ape?
Olive : Jauh la. Tapi gua kat kelas ni. Sebelum balik kang gua singgah la.
Popeye: Okay.

Setelah habis kelas, aku pun pergi ke HEP. Dalam HEP ada Encik Baharom. Pegawai HEP yang agak kerek gile. Dia memang anti dengan Budak TESL. Aku pun tak tau apa masalah dia. Dari batch senior-senior aku lagi dia dah macam tu. Aku pulak memang kena mintak buku parcel kat dia sebab kerani HEP tah pergi mana tah. Adoiyai! Tsk.Tsk.Tsk.

Olive : Salam Encik. Saya nak cek parcel.
Baharum: Ha, awak. Awak ni la kan yang selalu keluar pakai jeans tu. (sambil menghulurkan buku yang ada name list untuk orang yang dapat parcel)
Olive : Eh, Encik, saya mana ada jeans. Saya selalu keluar pakai track suit/slack
Baharum: Awak tak payah nak tipu la. Saya kenal dah muka awak.

Aku cepat-cepat cek nama dalam buku penerima parcel. Dua kali cek, tak de pun. Lepas tu aku pun blah sambil maki-maki dalam hati. Sengal gila weyh. Aku dah la ada sehelai je jeans. Dan jeans tu pulak jarang gila aku nak pakai. Dalam satu sem tak lebih 5 kali pun! Sebab aku memang jenis orang yang tak suka pakai jeans. Kawan-kawan aku pun pelik kenapa aku pulak yang kena sebab mereka yang selalu pakai jeans tak ditegur pulak. Mungkin Baharom nak buat April Bodoh kat aku kot. **** .

Olive : Weyh, gua dah cek. Tak de pun?
Poepe: Eyh, lu dah pergi cek ke? Hahahaha
Olive : Siyutttttt!!!

Ape la malang nasib aku. Hampes punye Popeye. Hahaha. Padan muka. Tak pasal-pasal sebab parcel palsu dia tu, aku kena bersoal jawab dengan Baharom yang aku tak hingin lansung tengok muka dia tu. Geram betol aku. Tapi pape hal pun aku dah balas dendam dah kat dia. Padan muka lu!