25 November 2012

Selamat Berpindah Ke Rumah Baru.

Dah masuk 2 bulan aku dan Mr. Popeye menjadi warga KPTOJ since 26th September 2012 (gila lambat nak update). Oh ye, KPTOJ stands for Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa. Akhirnya, penantian berakhir dan kitorang dapat rumah! YEAY!
Jom tour rumah yang baru dibersihkan (sorang2 oleh Encik Popeye sebab aku keje kat Bahau)...

Gambar ni diambil dari pintu masuk. Time ni lom pasang langsir sume tapi sekarang dah ada langsir so macam sangat terang di situ. Sampai sekarang pun rumah kitorang takde TV. Bosan2 aku ngan Mr. Popeye layan cite korea je. Jambu kan Hubby saye layan cite Korea sesame. Hiks!

Close up dari ruang tamu

Ruang tamu ke 2

Ni pulak Master Bedroom, sekali dengan toilet tapi kitorang tak guna pun toilet tu. Kena seal sebab macam usang sikit syilingnya mungkin sebab tangki tu pernah pecah. So scary.Kitorang guna toilet kat luar bilik je.

Ha guna toilet dan bilik air yang ni...

Sebelah toilet ada sinki yang cerminnya dah kena cilok. Jahat tol orang yang cilok tuh. Tinggal paku jek.

Ni Bilik Tidur 1. Bilik ni jadi bilik Hadi (Adik aku).

Ni pulak Bilik Tidur 2. Untuk kegunaan Parents kami kalau datang bertandang.

Kat sebelah dapur ada Bilik Bibik. Sekarang kitorang letak peti ais dalam ni sebab ruang dapur tu comel sangat nak letak peti ais gabak yang Mr. Popeye beli tu. Hehe...

Sebelah dapur ada ruang ampaian yang sekarang kitorang letak washing machine. Tapi selalunya aku hang baju dalam rumah je sebab kat sini lambat kering. Kalau hang baju kat tingkap lagi cepat kering. Nges3. (Sile abaikan rak2 yang telah tercabut. Semua dah simpan kat dalam stor)

Overall rumah ni memang selesa sangat. Ada 4 bilik tidur, 3 bilik air, 2 stor, 2 ruang tamu dan dapur. Fully furnish

Tetamu first kitorang adalah kawan2 Mr. Popeye-Idzmi (Momon), Syahril (Slamo) dan Hanif (Errr...Xde nama glamour). Unplanned breakfast yang simple2 je bihun, lempeng dan kari kambing. Alkisahnya bermula pagi tu masa aku dah siap keluarkan barang2 ayam semua nak buat bihun, tetiba Mr. Popeye ajak makan kat luar. Aku pun macam...apekah??? Habis sape pulak nak makan bihun tu semua jap lagi. Last2 Mr. Popeye suggest supaya ajak diorang makan kat rumah je. Aku pun on jelah. Mr. Popeye siap tolong2 kat dapur lagi buat lempeng tapi lempengnya macam ada rentung2 sikit tapi aku tengok depa makan slumber jek. Hahaha. Best3! Tapi aku tak sempat snap gambar sebab rushing2 sket pagi tu tak plan pape. Ingat nak invite kawan2 aku pulak lepas ni tapi tak tau lagi bila? Huhu.

Sekian dulu untuk review rumah baru. Tata!~

2 comments:

ayut said...

akhirnya... :)

cikdidasyuhada said...

waaaaaaaaa... bestnye dah leh dok umah sndiri. sewa ea? fully furnish sng la. x yah pk psl prabot. hehehe