02 May 2009

Impian.

Setiap manusia yang hidup pasti punya impian. Paling remeh, impian nak makan makanan kesukaan. Ada impian yg logik, dan tak kurang jugak yang tak ada logika(bak kata Agnes). Impian adalah hak setiap insan. Terpulang pada kita untuk mencipta dan membentuk impian serta merealisasikan.

Apabila impian menjadi kenyataan, kita suka. Namun, tak kurang juga impian yang terpaksa menjadi korban. Pasti kita berduka lara. Tanpa kita sedari, impian sebenarnya menggerakkan kehidupan. Seseorang yang mempunyai kehidupan yang kurang baik, pasti berimpian ingin hidup yang baik. Seseorang yang memang sedia mempunyai kehidupan yang baik, akan menginginkan kehidupan yang lebih baik.

Untuk mendapatkan sesuatu, sesuatu yang lain perlu menjadi korban. Begitulah juga halnya dalam mengejar impian. Kadangkala, kerana terlalu taksub mengejar impian, kita alpa sebenarnya banyak yang kita ketinggalan. Banyak juga yang menjadi korban serta taruhan. Walaupun onak dan duri menjadi penghalang, perjalanan tetap perlu diteruskan.

Kesibukan mengejar impian mudah-mudahan tidak menjadikan kita lupakan tuhan. Kerana tanpa keberkatan dan rahmat dariNya, sia-sialah impian yang menjadi kenyataan.

01 May 2009

Kesayuan

Baru cuti beberapa minggu, rindu la sudah pada sahabat-sahabat aku. Farah, Fahmi, Shahrul dan rakan-rakan lain. Rasa sayu masa nak balik hari tu. Tapi mesti la tak tunjuk. Tak rock la kan. Masa nak keluar dari tol skudai tu, rasa sedih je. Tengah layan perasaan, tiba-tiba mesej Shah masuk. Dia ckp dia dah on the way balik Perak dah. Fahmi pun masa tu parents dia dah datang. Tengah pergi jemput parents dia yang kesesatan. Farah? Keluar dengan Kak Ida sebab dia balik paling lambat. 1 hb baru nak balik. Lepas tu meroyan-royan mesej aku sejiwang-jiwang alam. Memang dasar Si Farah. Muka otai, tapi dalam hati ada taman! Rindu kat mereka. Lepak-lepak kat Danga tepi pantai, makan cake atas kereta Ford Laser keluaran 1980an, gelak-gelak, mengumpat(ops!), sesat-sesat, dan macam-macam lagi la. Best. Enjoy.

Walaupun aku benci gila kat Institut Perguruan tu, bukan Institut sebenarnya yang aku benci, tapi pihak pengurusan yang macam hampeh. Tak dapat dinafikan walaupun aku tak suka mereka, di sinilah juga aku timba macam-macam pengalaman. Kenal macam-macam orang. Tahu siapa sebenarnya kawan masa senang dan kawan masa susah. Bila fikirkan semua tu, jadi sayu jugak nak tinggalkan JB. Dalam jangka masa 2 tahun lagi, macam-macam perubahan akan berlaku. JB yang sekarang mesti tak sama dengan JB 2 tahun lagi. Begitu juga aku. Nak buat macam mana. Perubahan adalah lumrah alam.

Entah bila akan sampai je IPTI lagi. Bukan sekadar melawat, tapi sebagai pelajar di sini. Mesti la lepas 2 tahun nanti. Lama. IPTI dan JB yang penuh kenangan. Orang kata, pengalaman sebagai pelajar paling best. Nak jelajah sana sini, nak cuba macam-macam. Aku ada lagi 3 tahun untuk bergelar pelajar. 3 tahun nak timba pengalaman, nak cuba pelbagai benda, nak explore segala-galanya. Lama beb! IPTI dan JB ditinggalkan, demi menyahut panggilan UPM. Semoga semua pengalaman yang ditimba menjadikan aku manusia berguna.

28 April 2009

From the grown-ups over the years...

People who tease you are just immature. Do not take any notice, ignore them, then they will get bored (^_^)
If they pay more important to your looks, money and style rather than your personality, they are not worth to be friends with. They talk about you, but they have no gut to confront with you face to face. Absolutely, they are coward. Without money and gut, they just nothing. They only have "big mouth" in life to carry on. Only a loser has this kind of attitude. So, let them be. Pity them.
Hehe.

27 April 2009

Akhirnya.

Akhirnya, saat yang ditunggu2 tiba. Persoalan tentang assignment, mengejar due date, belajar last minutes, bangun pagi nak pergi kelas, tidur dalam kelas semua telah aku tinggalkan di belakang. Sebab? CUTI beb!!! CUTI! Sem ni dah habis. Tamat. The End. Tahun depan, jadi budak second year. Ow, yeah! Rasa kejap je? Tak la jugak. Aku yang belajar ni rasa setengah mati kebosanan. Overall, exams went well. Very well. Except for Trends in Language Teaching paper. Memang tahap neraka berdarah btol. Paper ni memang paper sengal ubi yang aku expect akan drag menjatuhkan pointer aku. Damn. Tsk. Tsk. Tsk.

Akhirnya, cuti datang lagi. Pergi mati dengan semua pointer apa ke jadah. Dah tak nak fikir. Nak enjoy cuti ni. Habis-habisan. Ke mana bercuti? Belum di ketahui tapi nampaknya macam bakal menjadikan Timur Tengah sebagai destinasi. Mungkin. Tak pasti. Tengok bajet 2009. For the time being aku mengadap komputer 24/7 menjadi pirate berjaya. Ow, yeah!

Akhirnya, bila cuti, seperti biasa, banyak kenduri kawen. Majlis dalam jangka masa terdekat yang dianjurkan orang-orang yang terdekat di hati aku:

Along-Buddy aku akan kawen pada Mei 2009
Aj-one of my beloved buddies akan menamatkan zaman bujang pada 6 Jun 2009.
Bang Chik-Cousin aku akan kawen pada Mei 2009 ni jugak
Wanie-Beloved cousin aku akan bertunang pada 7 Jun 2009
Angah Bal-Cousin aku akan kawen padal November 2009

Di ikuti Kak Lang Fitri (adik Angah Bal) tapi aku tak sure bila. Ada lagi seorang sahabat aku pun dengarnya dah pergi kursus kahwin? Huhu. Yang penting semua pun nak kawen dah. Dan tanya, bila turn aku? Rileks la beb. I will turn 22 this July. So, aku baru 21 tahun la kiranya. Belum 22 lagi, ok?! It is too early to think about marrige. OMG. Kawin???! Takut aku. Tanak fikir!

Akhirnya yang tak berapa nak akhir, parents Popeye balik cuti sekolah bulan 6 ni dan nak jumpe aku. Tak tau lagi macam mana. Nak jumpa ke? Tak nak? Entah... By the way, semua orang, WISH ME LUCK!

04 April 2009

Bravo B. Ed TESL Cohort 5!!!



Kenapa dengan gambar ni? Kenapa semua orang tunjuk kad matrik dengan muka baru bangun tidur? Meh aku cite. Sebagai bakal guru, di Institut Perguruan yang aku belajar ni, semua pelajar wajib pergi Pembudayaan Al-Quran dan Perhimpunan Pagi pada setiap hari Jumaat. Tapi disebabkan batch aku memang otai giler, kami beramai-ramai telah memonteng perhimpunan pagi pada Jumaat-3 April 2008.

Aku memang takkan pergi perhimpunan tu. Malahan, sepanjang semester memang tak pernah jejak kaki kat perhimpunan pun. Kadang-kadang hari Khamis lagi aku dah blah balik rumah. Jadi aku memang wajarlah kantoi tak pergi. Tapi kesian pada kawan-kawan aku yang baik, ikut peraturan, cuma tak pergi pada pagi tu je. Sebab? Hari tersebut adalah tarikh akhir penghantaran Assignment MLIE-Mak Lela (budak kelas aku yang bagi nama ni) yang menakutkan itu. Jadi, pada pagi tersebut, mereka beramai-ramai bertungkus lumus membuat suntingan terakhir sebelum assignment dihantar.

Pagi itu aku bangun pukul 6.30. Lepas Subuh, aku saja-saja edit Newsletter yang dah siap tu. Kira memang niat dari awal la tak nak pergi perhimpunan. Ada beberapa orang kawan aku yang pergi Pembudayaan Al-Quran tapi balik ke bilik selepas itu untuk membuat assignment. Memang kitorang semua suka buat assignment last minit. Hehe.

Ketika aku nak menyambung tidur dalam pukul 10 pagi, tiba-tiba pintu bilik aku diketuk oleh Zubaidah-Class Assistant. Dia memberi tahu Encik Baharom (Pegawai HEP paling kerek) nak jumpa semua yang tak datang perhimpunan. Dan dia nak jumpa dalam masa 15 minit. Wah! Harusla aku sempat nak mandi segala dalam masa 15 minit tuh. Jadi ramai yang mengambil keputusan untuk mandi ala P. Ramlee je. Kuang3. Sebelum bergerak ke HEP secara beramai-ramai, kami sempat amik gambar dulu. Sebab tu la pakai kat matrik siap. Hehehe.

Ketika berada di hadapan HEP, baru la aku tau sebenarnya 48 ORANG B. ED TESL COHORT 5 TIDAK HADIR KE PERHIMPUNAN PAGI daripada 52 orang. Memang hangin gila orang tua Baharom itu. Ramai gila, sampai penuh bilik meeting! Tak cukup kerusi. Ada yang berdiri siap! Setelah bok bek bok bek *tiru gaya Baharom bercakap*, setiap orang diberi kertas merah-surat warning dan mesti mengemukakan surat tunjuk sebab-hari tu jugak! Part yang lawaknya, ramai gila kantoi sampai surat merah yang dibawa Baharom habis, dan ada antara kawan-kawan aku dapat surat putih. Yeah! Habiskan surat merah di HEP!!!

Cuma beberapa orang diantara kami yang bernasib baik. Mereka adalah-Najat, Harith, Puru dan Tan. Dari kelas B. Ed TESL 1. B. Ed TESL 2 kantoi semua skali. Baharom ala-ala sengal, sempal dan gigal mengugut kami nak gantung/buang sebab tak datang perhimpunan tu. Dia cakap macam ni
"Kamu ingat berkhalwat saja ke yang kena buang? Tak datang perhimpunan pagi juga boleh digantung setahun dan disebabkan kamu cohort yang terakhir, boleh dibuang"
Hek eleh. Kitorang gelak je la. *dalam hati je woo!*

Menurut mereka yang terlibat, apabila di tanya, mereka mengatakan pengantoian itu merupakan cerderamata kepada IP TERCHENTA sebelum kami semua mengangkat kaki meninggalkan IP. (memang masing2 tak sabar pun nak blah dari sini!) Aku yakin dan percaya semua kawan-kawan aku berbangga dengan pencapaian kami ini. Satu lagi sejarah telah terukir oleh kami. Kita semua memang BEST! Aku sayang korang. Final just around the corner. Study Hard, Play Harder. All The Best To Us. BRAVO!!!