Setiap manusia yang hidup pasti punya impian. Paling remeh, impian nak makan makanan kesukaan. Ada impian yg logik, dan tak kurang jugak yang tak ada logika(bak kata Agnes). Impian adalah hak setiap insan. Terpulang pada kita untuk mencipta dan membentuk impian serta merealisasikan.
Apabila impian menjadi kenyataan, kita suka. Namun, tak kurang juga impian yang terpaksa menjadi korban. Pasti kita berduka lara. Tanpa kita sedari, impian sebenarnya menggerakkan kehidupan. Seseorang yang mempunyai kehidupan yang kurang baik, pasti berimpian ingin hidup yang baik. Seseorang yang memang sedia mempunyai kehidupan yang baik, akan menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Untuk mendapatkan sesuatu, sesuatu yang lain perlu menjadi korban. Begitulah juga halnya dalam mengejar impian. Kadangkala, kerana terlalu taksub mengejar impian, kita alpa sebenarnya banyak yang kita ketinggalan. Banyak juga yang menjadi korban serta taruhan. Walaupun onak dan duri menjadi penghalang, perjalanan tetap perlu diteruskan.
Kesibukan mengejar impian mudah-mudahan tidak menjadikan kita lupakan tuhan. Kerana tanpa keberkatan dan rahmat dariNya, sia-sialah impian yang menjadi kenyataan.
Banner Set Jadual 2020
4 years ago
No comments:
Post a Comment