Kenapa dengan gambar ni? Kenapa semua orang tunjuk kad matrik dengan muka baru bangun tidur? Meh aku cite. Sebagai bakal guru, di Institut Perguruan yang aku belajar ni, semua pelajar wajib pergi Pembudayaan Al-Quran dan Perhimpunan Pagi pada setiap hari Jumaat. Tapi disebabkan batch aku memang otai giler, kami beramai-ramai telah memonteng perhimpunan pagi pada Jumaat-3 April 2008.
Aku memang takkan pergi perhimpunan tu. Malahan, sepanjang semester memang tak pernah jejak kaki kat perhimpunan pun. Kadang-kadang hari Khamis lagi aku dah blah balik rumah. Jadi aku memang wajarlah kantoi tak pergi. Tapi kesian pada kawan-kawan aku yang baik, ikut peraturan, cuma tak pergi pada pagi tu je. Sebab? Hari tersebut adalah tarikh akhir penghantaran Assignment MLIE-Mak Lela (budak kelas aku yang bagi nama ni) yang menakutkan itu. Jadi, pada pagi tersebut, mereka beramai-ramai bertungkus lumus membuat suntingan terakhir sebelum assignment dihantar.
Pagi itu aku bangun pukul 6.30. Lepas Subuh, aku saja-saja edit
Newsletter yang dah siap tu. Kira memang niat dari awal la tak nak pergi perhimpunan. Ada beberapa orang kawan aku yang pergi Pembudayaan Al-Quran tapi balik ke bilik selepas itu untuk membuat assignment. Memang kitorang semua suka buat assignment last minit. Hehe.
Ketika aku nak menyambung tidur dalam pukul 10 pagi, tiba-tiba pintu bilik aku diketuk oleh Zubaidah-Class Assistant. Dia memberi tahu Encik Baharom (Pegawai HEP paling kerek) nak jumpa semua yang tak datang perhimpunan. Dan dia nak jumpa dalam masa 15 minit. Wah! Harusla aku sempat nak mandi segala dalam masa 15 minit tuh. Jadi ramai yang mengambil keputusan untuk mandi ala P. Ramlee je. Kuang3. Sebelum bergerak ke HEP secara beramai-ramai, kami sempat amik gambar dulu. Sebab tu la pakai kat matrik siap. Hehehe.
Ketika berada di hadapan HEP, baru la aku tau sebenarnya 48 ORANG B. ED TESL COHORT 5 TIDAK HADIR KE PERHIMPUNAN PAGI daripada 52 orang. Memang hangin gila orang tua Baharom itu. Ramai gila, sampai penuh bilik meeting! Tak cukup kerusi. Ada yang berdiri siap! Setelah bok bek bok bek *tiru gaya Baharom bercakap*, setiap orang diberi kertas merah-surat warning dan mesti mengemukakan surat tunjuk sebab-hari tu jugak! Part yang lawaknya, ramai gila kantoi sampai surat merah yang dibawa Baharom habis, dan ada antara kawan-kawan aku dapat surat putih. Yeah! Habiskan surat merah di HEP!!!
Cuma beberapa orang diantara kami yang bernasib baik. Mereka adalah-Najat, Harith, Puru dan Tan. Dari kelas B. Ed TESL 1. B. Ed TESL 2 kantoi semua skali. Baharom ala-ala sengal, sempal dan gigal mengugut kami nak gantung/buang sebab tak datang perhimpunan tu. Dia cakap macam ni
"Kamu ingat berkhalwat saja ke yang kena buang? Tak datang perhimpunan pagi juga boleh digantung setahun dan disebabkan kamu cohort yang terakhir, boleh dibuang"
Hek eleh. Kitorang gelak je la. *dalam hati je woo!*
Menurut mereka yang terlibat, apabila di tanya, mereka mengatakan pengantoian itu merupakan cerderamata kepada IP TERCHENTA sebelum kami semua mengangkat kaki meninggalkan IP. (memang masing2 tak sabar pun nak blah dari sini!) Aku yakin dan percaya semua kawan-kawan aku berbangga dengan pencapaian kami ini. Satu lagi sejarah telah terukir oleh kami. Kita semua memang BEST! Aku sayang korang. Final just around the corner. Study Hard, Play Harder. All The Best To Us. BRAVO!!!
12 comments:
aya mmg OTAI...
aya...
muka ko suci giler dok??
hak3x...
siyes...
mcm kanak2 baik gile2...
[ak puji ikhlas ni]
hahaha...
aya, sejarah tercipta....
PENYERAHAN BORANG DISIPLIN TERHEBAT DI IPTI SEJAK IA DITUBUHKAN.....
kite masuk dalam sejarah IPTI la...
hahahaha
adik,,jangan nakal2 sgt ye. missing you :)
hidop TESL!!!!
(baharom da mati akal nak kenekan kite kan???)
muakakakaka...
alhaqimi:Eyh, tu dulu je...skang aku da baek da...hiks :P
~aMira aLiaS~:mmg faktanye begitu mira ku syg...aku mmg baek sesuci embun pagi. hahaha!
Mr Zakwan Johan:tau xpe pa...bangga aku mengukir nama di lembaran sejarah IPTI. hahah!
SyAhiRah LaLAla:ok sis...Pomish u..miss you too..
Atieus:baharom bukan setakat mati akal, kutu dia pown mati dah...sbb tu da makin botak baharom tu. (ade kaitan ke kekdahnyer??!!! hahaha)
saya tak biasa ponteng2 ni. =P
jom buat lagi next sem? XD
Ak pegi ke?Setahu ak Baharom pggil pn ak xpegi.apatah lg perhimpunan pg jumaat.Dalam memori ak xde igtan kte kumpul rmai2 kne marah ngn baharom.
terharu i bace....
piq...ko mmg...haha....hanan paling cuak waktu ni...hahahaha
haha!!!aku pun ponteng!!!ntah apa-apa ntah!!
Natsuki: isk! tipu tu yer! hehehe
Sapiko: ko blur2 agy la time ni...hehehe
Matnez: hehehe. :D
Husna: Ha, kan...Cuna da maju!
Post a Comment