Setelah 4, 5, shopping mall di panjat, akhirnya aku jumpa kasut yang match dengan baju akad nikah. Sweet je kasut ni. Suke! Untuk kasut nikah, aku nak beli yang murah2 sebab pakai pun sekejapan untuk ambik gambar lepas akad nikah je. Tambahan pulak aku dah la akad nikah kat rumah. So cari punye cari, jumpela kastu Guess Satin ni RM150 after less 50%. Murahkan! I loike! Lepas guna nanti aku ingat nak sewakan je kat sesiapa yang berminat, tak pun jual as wedding shoes preloved. Size 7.5. Aku saje cari yang besar sebab nak letak padding so tak lenguh bila pakai lame2 :)
So, sesiapa yang berminat, lepas 7 Julai 2012 boleh email pada saya aya_troublemaker@yahoo.com. Hehehe (sempat promosi!)
Settle hal kasut akad nikah yang bertemakan pink, mencari kasut reception pulak. Susah gile, okeh nak cari kasut silver/white. Sebab wedding dress aku white and finishing dia silver, so nak cari either colour memang susah. Kalau ada pun harganya over budget. Aku budget kasut ni RM200 je. Even cari kat Singapore pun tak jumpa yang sweet+yang aku suke. Panjat mall sana sini pun, tak jumpa yang sesuai dengan budget aku. Ade yang cantik, tapi price RM300-RM400, so memang tak belilah. Banyak lagi duit nak pakai buat beli benda lain.
End up, aku malas nak pening kepala, pergi Syara Kim, tanya pasal kasut. Price diorang RM200 (sangatlah berbaloi2+kalau tak pun sama je kat isetan price pun semua almost RM200). Aku terus pilih design yang sesuai dengan kaki, tempah kat diorang je. Settle! Diorang cakap, nanti kasut akan dibuat match dengan baju aku, finishing pun same. Ni gambar kasut contoh je. Nanti dah dapat kasut tu, aku upload. Tak tahulah cantik ke tidak. Berdoa je...
2 comments:
cantiknya kasut :) menghitung hari sudah...slmt penganitn baru in advance!
thanks ayut :)
Post a Comment