15 hari lagi sebelum kami sah menjadi suami dan isteri. Banyak gila kerja buat goodies sampai tak sempat nak update blog. *lap peluh*. Hari Isnin hari tu pergi first fitting kat Syara Kim. Baju tu plain je sebab tak buat finishing lagi kan. Tapi, excited la pulak! Yelah, seumur hidup tak pernah pakai baju camni. Okay fitting wedding dress ni excited, tapi yang lebih excited adalah kerana apa yang berlaku sebelum pergi fitting kat Syara Kim tu.
Mak memang dari dulu cakap kalau aku kahwin nanti dia nak beli diamond necklace since dedolu lagi. I thought she want to buy one for her, but guess what! Dia beli untuk aku, okay. *terbang ke langit!*
Memula, aku beriya tolong pilih, bagi pendapat, sekali Mak asyik cakap, pilihlah yang Kakak suka. Aku dah pelik. Rupa-rupanya Mak nak bagi as wedding gift. *Mak, terharuuuu!!!*The price was (@_@). Aku pilih price yang biasa-biasa je tapi Ayah pulak tetiba pilih yang pada aku over sikit. Tapi dah diorang nak bagi, aku setuju saje :D Kalau aku beli sendiri memang tak mampula you all! Setahun gaji aku sebagai cikgu pun tak dapat weh! Terharu sangat-sangat! Kalau nak tengok, kenalah datang wedding. Hehehe :D
Design dia lebih kurang macam ni tapi bukan colored diamond+lagi panjang.
Sesi excited tak habis lagi bila Mr. Popeye dengan sweetnya invite untuk dinner sama2, siap pergi kolam untuk beli ikan fresh, siang, bawak gi kedai suruh orang tu masak. Memang sangatlah terharu. Masa lepas makan, Mak bukak cerita pasal wedding gift yang Ayah nak bagi pulak. Guess what??? Nak bagi kereta. Homaigod! Downpayment Ayah sponsor, kami just bayar bulanan je. Tapi weols tak mampulah kot or mungkin belum mampu. Sebab Ayah suruh kami pakai C200 and trade in Suzuki aku tu (T_T). Tapi aku rasa kami dengan dukacitanya terpaksa menolak tawaran ni sebab hidup kitorang pun tak tentu arah lagi, so tak nak tambah hutang piutang. Huhu! Tapi Mr. Popeye tak bagi jawapan pun. Dia senyum je (cam biasala kan dia tak banyak cakap)
Tapi memang banyak betul kejutan hari ni. Sangat happy! Mr. Popeye pun cakap dia tidur dengan gembira. (^_^)
1 comment:
bestnye.. =) rezeki nak kawen..
Post a Comment