Alhamdulillah!
Yes. Yes. Believe me when I said we FINALLY FOUND OUR OP. Less than 2 months baru jumpa OP. It was so scary okay! Banyak sungguh photog yang aku add di fb. Ade dekat 50 orang kot. Yang aku pm tanya price punyala banyak. Selera besar, tapi kena fikir poket jugak. Memanglah boleh je nak ambik photog mahal-mahal beribu tapi memandangkan aku dah spend duit kat tempat lain, so photog ni aku ambik yang price sederhana, tapi gambar tip top. Meh kita cerita sikit pasal pencarian OP nih.
Sebenarnya aku survey photog dari awal tahun, tapi tak pernah buat appointment dengan sesiapa pun. Just pilih tengok gambar dari fb je. Yelah, aku dan Mr. Popeye jauh. Dia pulak kalau dapat cuti, macam keajaiban dunia ke8. Lepas tu, bila kami dah berkenan kat sorang photog ni dan dah buat appointment, boleh tak photog tu tertidur masa pagi nak jumpa tu. Sadis. Dahlah Mr. Popeye tu susah cuti, jenis yang punctual gila, sanggup drive bangun awal nak pergi jumpa photog tu di Senawang. Janji pukul 9.00pagi dengan photog tu, pukul 8.50 dah tunggu kat McD Senawang. Kau mampu? Aku pun sampai pukul 9.30. Tunggu punya tunggu, bayang pun tak dak. Time tu Mr. Popeye dah hangin satu badan. Agaknya kalau budak photog tu sampai, kenyang kena maki dah. Scary, oh!
Aku pun bawak dia pergi makan. Dah isi perut kenyang-kenyang, angin dah kurang pus pus, barulah kitorang gerak pergi cari barang-barang lain. Mula-mula aku ingat nak ambil photog dari KL. Ada jugak plan nak jumpa Anyevent-Giding, Azmin Mohd, and Mr. Popeye pun ada jumpa The Photolicious. tapi kalau ambik photog yang mahal2, just pakej shoot and burn je yang sesuai dengan budget aku. Cari punya cari, Syikin, anak Uncle Tapa (kawan Ayah aku), cadangkan kami ambik Abang Suhaili, Photog dari Seremban. Aku pun buat appointment dengan dia dan masa Mr. Popeye free, kitorang pun pergi jumpa Abang tu. Beliau sangat cool, okay. Dan boleh request-request ikut suka hati jugak. I like! Lepas tengok album semua, maka, atas persetujuan bersama pada tanggal 19 Mei 2012, kami telah mempunyai OP! YEAY! *tepuk tepuk*
Pakej yang aku ambil:
Pakej RM2400.00 + RM100 (taranspot) + hotel (aku sediakan homestay) = RM2500
12x30 2 Set Storybook
16x24 1 set Goldfrem (white frame pun ada tapi dinding rumah aku kan guna tiles putih so aku pilih gold)
DVD softcopy unlimited,
Outing di Istana Seri Menanti, Seremban White House (boleh pilih mana-mana yang kita suka)
Pasal OP, nantikan review aku selepas kahwin. Both side pun ambil Abang Ali senang. Untuk side Lelaki, kitorang ambik pakej RM900 (sticky album je tak de story book). Boleh tengok pakej-pakej Abang Ali sendiri di
Blogspot Abang Ali,
Flickr Abang Ali,
Facebook Abang Ali.
Balik dari jumpa photog, aku pun ceritala kat Ayah yang photog dah jumpa. Ayah pun tanya balik, dia tak buat video sekali ke? Buat, tapi aku tak de la book video sebab Ayah pun tak cakap pape pasal video. Lepas tu, Ayah cakap dah alang-alang booklah video sekali. Pakej video RM1200 tapi Abang Ali cakap, ni video biasa-biasa je bukan creative video macam CST tu. Boleh je Bang pape pun. Janji nanti boleh tunjuk kat cucu cicit. Happy, okay! I love you la Ayah! *tepuk tepuk sambil lompat lompat* (Okay aku hover!) Hahahaha.