26 November 2010

Updated.

Ayah bawak aku pergi bank. Sign agreement. Dalam bulan Januari boleh la dapat. (Dapat ape? Itu rahsia!!!) Aku happy jugak. Sebab Ayah letak nama aku lagi kali ni. Hehe. Tapi sedih bila fikir tak dapat share kegembiraan ini dengan kamu : (

Hari ni berjalan macam biasa. Bangun tidur dengan mata bengkak. Damn. Tapi hari ni aku dah kurang nangis. Sebab? Perasaan dah semakin tenang. Aku dah boleh solat. Aku berdoa padaNya supaya temukan jodoh antara kita. Kamo dah balik sail mungkin? I guess so. Sebab semua mesej2 aku dah sampai.

Status FB kamu: r.o.b langkawi....adoii...

Lepas ni akan ke Langkawi pule. Aku mesej and call, tapi macam biasa, kamo tak layan. Cuma tadi kamo macam angkat. Tapi tak cakap ape2, lepas tu hang. Tertekan kot. (Aku memang tak positif lansung). Hari ni aku tak crack macam beberapa hari lepas. Mungkin emosi aku dah sedikit stabil. Mak ada tanya pasal kamu. Tapi dia diam je bila tengok aku tak jawab. Ekpressi muka aku pun dah cukup menggambarkan kot?

Hari ni jugak Ayah bawak aku pergi cimb bayar duit pentauliahan aku. RM1500.
Kalau dulu, aku pasti sangat kamu akan jadi partner aku masa Mess Nite nanti. (Macam aku jadi partner kamu dulu. Masa kita masih lagi BFF). Ingat tak? Sekarang? Aku tak tau jika kamu masih lagi sudi nak jadi teman aku pada malam itu nanti.
Kalau dulu aku teruja nak bayar duit buat Mess Kit. Nanti pada malam bersejarah itu, boleh amik gambar dengan kamo. Sure cantik. Kamu dengan uniform navy, aku dengan uniform army. Kita pasangan ideal. Sekarang? Aku bayar je dengan perasaan kosong.
Kalau dulu setiap kali annual camp aku tak kisah sangat sebab aku tau kamu sentiasa ada masa aku down, masa aku kena hell, masa aku tension, masa aku lapar. Tapi aku tahu annual camp kali ni pasti berbeza. Aku takkan dapat lagi makan pizza, tak da orang nak bawak aku keluar take cover pegi makan lamb chop, makan Mee Hoon best kat JJ, curik2 keluar malam pergi makan supper. Paksa aku makan banyak2 sebab aku dah sangat kurus dah hitam. Ejek2 aku askar busuk. Apa pun kamu cakap masa tu, aku tau kamu sayang aku. Tapi now? Entahlah. Aku sendiri pun tengah mengumpul kekuatan untuk mengharungi annual camp kali ni.

Tak lama lagi fasa kem akan bermula. Aku takut. Aku takut aku tak mampu nak mengharungi semua tanpa kamu disisi. Takut sangat. Memang salah aku, tak pernah menghargai kehadiran kamu selama ini. Tapi kamu tahu tak, aku sangat menyesal...

Aku tau badan aku tak cukup kuat untuk buat semua aktiviti lasak itu. Lantas, walaupun aku tak ada selera, aku paksa diri untuk menjamah nasi. Aku nak jadi kuat. Aku tak nak dipandang rendah oleh Junior2. Tapi mungkin kamu tak pernah tahu yang kamu adalah kekuatan aku selama ni (selain famili aku). Dan bila kamu pergi, kamu membawa sekali kekuatan aku pergi bersama kamu. Pulangkan!!!
Cukup untuk kali ini. Tiada apa yang menarik lagi untuk aku tulis.

p/s: Eh, kamu tau tak macam mana nak buat air mata dari berhenti mengalir? Rimaslah!

1 comment:

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus