24 November 2010

Aku dan Air Mata.

Nangis sampai tertidur, kemudian bangun, dan nangis lagi.

Aku bertanya kepada air mata,
"Bilakah kau akan berhenti dari mengalir?"
Jawab air mata kepadaku,
"Susah untuk aku berhenti kerana penyesalan ini tiada kesudahan..."
Lalu ia mengalir lagi...
Aku bertanya lagi kepada air mata itu,
"Tidak penatkah sentiasa berlari di pipiku?"
Jawab air mata itu,
"Tidak. Kerana tanpa aku kau akan kesunyian..."
Lalu air mata pun kembali berlari...


No comments: