29 November 2010

Tolonglah.

Aku tak pandai nak marah2 orang ni. Nak maki2. Bukan tak boleh, tapi aku tak suka. Aku pun tak nak mati awal sebab kena high blood pressure. Tapi tolonglah. Tolonglah jangan masuk campur hal hidup aku lagi. Aku mintak tolong sangat2. Berhenti dari menjadi penyibuk, okay! Kau dah cuba jadi kawan yang baik. Aku tau. Cuma, mungkin aku yang tak cukup baik untuk menjadi kawan kau. Dan aku sangat2 tak boleh terima cara kau. Agak kecewa jugak sebenarnya dengan kau. Aku harap kau dapat kawan yang lebih baik dari aku. Yang tak mengkhianati sesama kawan. Aku dah jumpa kawan yang macam tu. Aku bersyukur. Dia sentiasa ada masa aku susah, masa aku senang, masa aku sedih, masa aku gembira. Sentiasa support aku. Yang tak mementingkan orang lain lebih dari kawan sendiri. Kalau aku salah, dia tegur aku yang degil ni dengan cara baik. Bukan bercakap2 mengumpat tak puas hati kat belakang aku. Aku doakan kau pun akan jumpa jugak kawan yang macam tu. Aku tak boleh jadi macam tu untuk kau. Aku tak layak untuk jadi kawan kau. Sebab? Aku budak jahat dan kau budak baik sangat.
Tak payah la aku cakap entri ni untuk siapa. Kau sedar diri sudah.

28 November 2010

Pelangi Petang-Sudirman

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku...

Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini...

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi Jua...


Mengharapkan Kesempurnaan.

Ni adalah petikan usrah. Yang kawan aku, Rai, share dari Moscow sane. Saja paste kat sini. Untuk renungan diri sendiri dan kawan2.

"Kita tak boleh nak mengharapkan atau terlalu mengejar kesempurnaan. Sebab? Siapalah kita ni. Kita pun tak sesempurna mana. Apa yang kita perlu buat, terima kelemahan pasangan kita. Sebab? Seburuk2 pasangan kita, dia sebenarnya sebaik2 pasangan untuk kita. Sebab tu Allah takdirkan dia menjadi pasangan kita. Untung saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang perlu kita buat, sempurnakan diri sendiri, sebelum mengharap kesempurnaan atau cuba untuk menyempurnakan orang lain."

Itu sahaja untuk kali ini.
(Tiada lagi blog versi cerpen sebab nanti Ya kutuk.)

27 November 2010

Answer Me.

Ya cakap blog aku panjang sangat. Macam cerpen. Geram je aku dengan Ya. Ya cakap aku ni pegang M16 je boleh diharap. Tapi bila putus cinta, crack macam hape. Tajam giler kata2 itu ye. (Okay ko betul Ya).
Banyak Ya cakap... And banyak jugak kata2 semangat Ya bagi kat aku. Dan bukan Ya sorang je yang bagi kata2 semangat kat aku. Aku tau ada orang lain yang sedih jugak tengok aku macam ni. Aku cuma perlukan masa, okay? Tapi paling banyak2 'drama' Ya, yang ni paling masuk sekali dalam otak aku.

"Be strong k... Life must go on. Ada jodoh x ke mana. If you love something, set it free. If it back to you, it's yours. If not, it's never..."

Should I let you go?
Kamu betul2 nak aku pergi dari hidup kamu?
I can't decide... Sigh.

26 November 2010

Updated.

Ayah bawak aku pergi bank. Sign agreement. Dalam bulan Januari boleh la dapat. (Dapat ape? Itu rahsia!!!) Aku happy jugak. Sebab Ayah letak nama aku lagi kali ni. Hehe. Tapi sedih bila fikir tak dapat share kegembiraan ini dengan kamu : (

Hari ni berjalan macam biasa. Bangun tidur dengan mata bengkak. Damn. Tapi hari ni aku dah kurang nangis. Sebab? Perasaan dah semakin tenang. Aku dah boleh solat. Aku berdoa padaNya supaya temukan jodoh antara kita. Kamo dah balik sail mungkin? I guess so. Sebab semua mesej2 aku dah sampai.

Status FB kamu: r.o.b langkawi....adoii...

Lepas ni akan ke Langkawi pule. Aku mesej and call, tapi macam biasa, kamo tak layan. Cuma tadi kamo macam angkat. Tapi tak cakap ape2, lepas tu hang. Tertekan kot. (Aku memang tak positif lansung). Hari ni aku tak crack macam beberapa hari lepas. Mungkin emosi aku dah sedikit stabil. Mak ada tanya pasal kamu. Tapi dia diam je bila tengok aku tak jawab. Ekpressi muka aku pun dah cukup menggambarkan kot?

Hari ni jugak Ayah bawak aku pergi cimb bayar duit pentauliahan aku. RM1500.
Kalau dulu, aku pasti sangat kamu akan jadi partner aku masa Mess Nite nanti. (Macam aku jadi partner kamu dulu. Masa kita masih lagi BFF). Ingat tak? Sekarang? Aku tak tau jika kamu masih lagi sudi nak jadi teman aku pada malam itu nanti.
Kalau dulu aku teruja nak bayar duit buat Mess Kit. Nanti pada malam bersejarah itu, boleh amik gambar dengan kamo. Sure cantik. Kamu dengan uniform navy, aku dengan uniform army. Kita pasangan ideal. Sekarang? Aku bayar je dengan perasaan kosong.
Kalau dulu setiap kali annual camp aku tak kisah sangat sebab aku tau kamu sentiasa ada masa aku down, masa aku kena hell, masa aku tension, masa aku lapar. Tapi aku tahu annual camp kali ni pasti berbeza. Aku takkan dapat lagi makan pizza, tak da orang nak bawak aku keluar take cover pegi makan lamb chop, makan Mee Hoon best kat JJ, curik2 keluar malam pergi makan supper. Paksa aku makan banyak2 sebab aku dah sangat kurus dah hitam. Ejek2 aku askar busuk. Apa pun kamu cakap masa tu, aku tau kamu sayang aku. Tapi now? Entahlah. Aku sendiri pun tengah mengumpul kekuatan untuk mengharungi annual camp kali ni.

Tak lama lagi fasa kem akan bermula. Aku takut. Aku takut aku tak mampu nak mengharungi semua tanpa kamu disisi. Takut sangat. Memang salah aku, tak pernah menghargai kehadiran kamu selama ini. Tapi kamu tahu tak, aku sangat menyesal...

Aku tau badan aku tak cukup kuat untuk buat semua aktiviti lasak itu. Lantas, walaupun aku tak ada selera, aku paksa diri untuk menjamah nasi. Aku nak jadi kuat. Aku tak nak dipandang rendah oleh Junior2. Tapi mungkin kamu tak pernah tahu yang kamu adalah kekuatan aku selama ni (selain famili aku). Dan bila kamu pergi, kamu membawa sekali kekuatan aku pergi bersama kamu. Pulangkan!!!
Cukup untuk kali ini. Tiada apa yang menarik lagi untuk aku tulis.

p/s: Eh, kamu tau tak macam mana nak buat air mata dari berhenti mengalir? Rimaslah!

Laksamana-Gugurnya Bunga Cinta

Izinkan aku sayang...
Menyentuh perasaanmu...
Biar gelora cinta semalam...
Izinkan aku sayang...
Merinduimu selalu...
Biar bergetar nalurimu...

WALAU BERKALI KAU MEMBENCI...
CINTAKU TAKKAN HILANG...
HIMPUNKAN SEMUA KEMAAFAN...
DENGARKAN OH RINTIHAN...

Andainya kau pergi...
Gugurlah bunga cinta...
Terpadam mentari...
Yang menyinar...

PULANGLAH OH SAYANG...
KAU KU NANTI PENUH PASTI...
RINTIHAN KECUNDANG...
UNTUKMU OH SAYANG...


Song can tell thousand words. I know you won't talk to me. So I decided to give you this song and hope you will remember me whenever you listen to it. I love you so much.

25 November 2010

Di mana Kamu?

Seharian aku menghabiskan masa di Bangi & Shah Alam. Tapi hanya jasad aku di dalam kereta. Drive. Pegi sana, pegi sini. Fikiran? Melayang. Aku gagal menghubungi dia sejak dari semalam. Last call pukul 6.00 pagi... Aku bangun dan call tapi macam biasa tak jawab. Ah, aku takkan give up. Kata hatiku. Dari pukul 8.00 pagi sampai sekarang aku cuma bercakap dengan operator "NOMBOR YANG ANDA PANGGIL TIDAK DAPAT DI HUBUNGI". Mana kamo? Sail? Off handphone? Ke ada apa2 terjadi pada kamo? Oh, sungguh risau! Sedih la macam ni... :,(

Lunch tengah hari tadi, selepas selesai uruskan hal bibik di Bangi, Anti aku ajak pegi makan. Dia cakap nak makan area Bangi. Aku ikut je. Malas nak cakap banyak. Sampai2 kat parking kereta, air mata aku menitis lagi. Kenapa perlu pergi kedai ni???!!! Aku orang paling last turun. Buat muka cool. Tapi sebenarnya, TAK. Sepanjang lunch aku tahan air mata dari keluar. Nangis kat situ? Oh, NO! Nasi aku jamah hanya buat cukup syarat. Tempat yang aku dan dia pernah duduk masih di situ. Kaku. Di huni insan lain yang berkasihan. Oh, sabarlah hati!

Usai makan, kami ke Shah Alam. Uruskan hal ayah. Ayah happy, mak pun happy. Sebab? Hasrat Ayah akhirnya tercapai. Alhamdulillah. Aku? Happy untuk mereka. Tapi, benarkah aku gembira? Kalau benar, kenapa masa tiada orang memerhati, air mata ini mengalir lagi. Aku terpaksa berpura2. Tak mahu sesiapa tahu betapa fragilenya aku. Aku tak nak Mak dan Ayah risaukan aku lagi. Sering kali aku mencari kekuatan dalam diri yang hanya tinggal sisa. Tiap kali itu juga aku gagal. Ah, aku bencikan diri sendiri yang terlalu lemah!

Sekarang pukul 9.20 malam. Mesej2 yang aku hantar semalam satu persatu sampai delivery report. "FAIL". Setiap kali handphone aku vibrate, setiap kali tu jugak aku berdoa ada delivery "Success". Tapi tak jugak. Sedihnya!

Ke mana kamu? Aku tau aku salah. Aku silap. Tapi, tak adakah ruang di hati itu untuk aku perbetulkan kesalahan ini? Berilah aku walau sedikit ruang, secebis sayang. Aku rayu padamu...! Tapi aku tau kau tak mendengar. Kerana... Blog ini bisu. Kaku. Hanya tangisan yang menemani hari2 ku... (T_T)


24 November 2010

Aku dan Air Mata.

Nangis sampai tertidur, kemudian bangun, dan nangis lagi.

Aku bertanya kepada air mata,
"Bilakah kau akan berhenti dari mengalir?"
Jawab air mata kepadaku,
"Susah untuk aku berhenti kerana penyesalan ini tiada kesudahan..."
Lalu ia mengalir lagi...
Aku bertanya lagi kepada air mata itu,
"Tidak penatkah sentiasa berlari di pipiku?"
Jawab air mata itu,
"Tidak. Kerana tanpa aku kau akan kesunyian..."
Lalu air mata pun kembali berlari...


20 November 2010

My Amethyst Bracelet.

About a month ago, i misplaced my Amethyst Bracelet. As a Crystal collector, memang aku sangat meroyan! Today can be considered as my lucky day. I found my Amethyst Bracelet!!! Finally...
Why it is so important? It's a gift from Ayah while we were in the Amethyst shop in Korea. Sangat berharga sebab ayah yang bagi. Sayang gile, okay!

Penat aku cari. Selongkar bilik kat kolej, bilik kat rumah, tanya bibik, menyalahkan diri sendiri, merungut dan mengeluh kat mereka 2 orang itu, tanya ayah ada nampak tak, kena bebel dengan mak sebab asyik hilangkan semua benda. And today 20 NOVEMBER 2010 akhirnya aku jumpa jugak kau.

Salah siapa? Salah aku yang bengong sebab pegi letak dalam kotak tisu. Lepas tu lupa since aku STM (short term memory). Memang ngek! Tadi pagi bangun awal sebab nak study Grammar. Biasalah kalau bangun awal akan flu2. Aku pun amik tisu nak kesat hidung. Baru perasan tisu tu last pieces rupanya. Aku dah nak tension sebab tisu dah habis. Angkat nak korek2 dalam kotak mane tahu kot2 ada lagi.

Tiba2 macam ada sesuatu dalam kotak tu...Then...TARA!!!

Okay sengal gile simpan Bracelet kesayangan dalam kotak tisu lepas tu meroyan cari satu rumah! Aku rasa dia termasuk dalam kotak tu sendiri la. Sebab? Aku tak ingat lansung aku letak dalam tu. Tapi takpe lah yang penting dah jumpa. Oh, sungguh gembira, okay! Tapi rasa nak katuk2 kepala sendiri pun ada jugak. Bertekad untuk beli bekas simpan semua koleksi Crystal ini.

*Happy mode is turning on!!!*

My Life.

My life is equal to:

1. Assignments.
2. Test.
3. Quizes.
4. Notes.
5. Presentations.
6. Lesson Plan.
7. EXAMS.

My real life is equal to:

1. BFF.
2. GV.
3. Crystals.
4. Shopping.
5. Perfumes.
6. Food.
7. (aku pun tak tau nk fill in ape nnt la kalau dah tau aku tulis ye)

08 November 2010

I feel betrayed.

When you tell somebody your story and hope that person will keep it for you then the other day you know that everyone knows about it, how would you feel? Yeah. Disappointed and regret. There's no other word can describe those feeling right now but some how, lets gone be by gone. Maybe its my fault too. I thought I could trust that person when I actually not. I just have to be more careful in future. I realize that in this world, its not easy to find someone you can trust. If you find one, you are consider lucky. At this very moment, I found three. c(=

07 November 2010

My Dream Phone


Blackberry Bold 9780

This is my dream phone. Why I choose blackberry? The first thing is I desperately need a new phone cause I already broke my late Sony Ericsson (T_T) . Besides, it almost 2years++ and I never change my phone. Kind of achievement I can say. I'm really tired with touch screen phone so I need phone with key pad. I don't really mind whether its qwerty or the normal one as long as it has keypad. So that is why I choose Blackberry over iphone. The other reason? BB Bold 9780 camera is 5.1 mp which is higher resolution than my late Sony. I'm waiting for BB Bold and hoping that it will be launched in Malaysia.

Once BB Bold 9780 is out I'll quickly go and buy it cause one of my friend said that the company only release 20 million of this product. (and everyone knows he's lying except for me!) (-.-)

I pray that my wish will come true and I can hold BB Bold 9780 one day.

(^_^)



06 November 2010

Lagu best tapi movie macam *****

Bila Cinta-LBS OST.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
di setiap doaku
Bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
yang ku dapat hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan...
Dalam harapan...

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan...


*Saya sangat suka lagu ini.*