21 December 2010

Cadet's Life.

Dah lama aku tak menulis blog. Sekarang aku tengah training ROTU. Macam siot, okay. Markah test aku teruk gile. Aku tak boleh focus, semua pun tak da mood nak buat and finally aku layan je pegi mampos la result ape pun aku redo je. Benci betol la! Benci! Benci! Benci!!!

Tak tau la ape nak jadi dengan result ROTU aku nanti. Argh!!! Neraka berdarah betol la! Aku rasa fed up gile, rasa nak keluar baris je tapi sebab fikir aku dah senior, aku bertahan jugak. Kalau tak, rasanya dah lama aku blah. Memang tak da mood nak teruskan annual camp kali ni. Suck mentally n physically. Damn ah.

Dan lagi satu yang tertekan, new 787 is coming. VERY SOON! Tapi aku tak boleh nak test drvie pun sebab aku stuck kat sini. Damn lagi. And Christmas is coming soon! Mango sales tapi aku tak boleh pergi shopping. Damn lagi. TENSION, okay. Tu belum lagi masuk benda neraka berdarah yang jadi kat sini. Argh! Cuti yang penuh dengan benda yang membencikan.

07 December 2010

Good-bye

I truly love you
But what's happening right now can't get me through
It's really hard for me to get off with you
But I know this might be good for me and you
I love you but I have to

I want to set you free
Wishing you will be happy
I realized that you are no longer pleased with me
With halfhearted I let it be

Even-though it hurts, I have to say good-bye
It hurt so much I could die
But don't worry I am no longer cry
Don't ask cause I don't know why

I am always here for you
Maybe not as your close friend but whatever titles you want to
Its really hard for me to live without you
But I know someday you will MISS ME TOO...

06 December 2010

Mango oh Mango.


Ref: 31000584

Mango trench coat is awesome! The black one is available at all Mango's store (I have checked!!!). I want to have one. But so many things to fulfill in my wish list. Plus, the coat cost MYR545. I wish I have tons of money so I can buy anything I want. Damn you! Why you are sitting there looking so stunning. OMG! I have to prevent myself from going to Mango's shop. Oh please! Don't let me go there. Otherwise... Don't! Don't! For the sake of my money and my future! (exaggerate). Well, I don't have any plan to go to oversea for the time being but you know, I just feel like buying. Oh, my! Oh, my! Its so adorable! You are agree with me, don't you? No. No. No. You don't have a choice. You have to agree!

04 December 2010

Bila harga minyak naik...

Harga barang naik...
Harga getah naik...
Harga kelapa sawit naik...
Gaji tak naik...
Bonus tak naik...
Elaun tak naik...
KEMARAHAN rakyat naik...

!@#$%^&*(_l_)*&^%$#@#$%^&*
(Makian dan keluhan rakyat)

Aku dah sampai Brunei, aku dah sampai Arab Saudi, rata2 negara pengeluar minyak, minyak diorang murah gila. Brunei ada sampai tahap 50sen 1liter. Negara kita, negara pengeluar minyak tapi minyak kita cekik darah. Aku rasa harga minyak kat UK pun tak mahal macam kat minyak Malaysia. (sila jagan convert) Malaysia negara pengeluar minyak tapi minyak mahal macam haram. Aku sebagai rakyat rasa ditindas oleh POLITIK SAMPAH negara ini. RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Macam ni cara rakyat di dahulukan? Palehots kau. Apakan daya aku cuma insan kerdil yang hanya boleh bersuara di blog kaku ini.

Tapi, aku cool je.
Rezeki Allah yang bagi bukan pemimpin.
Peace.

03 December 2010

Wishlist Of 2011

1. Blackberry Bold 9780
2. L'Eau D'Issey Eau De Parfum Refillable Spray 75ml
3. Hillary Duff EDP - With Love
4. Mango Jeans
5. Levis Curve ID - Bold Curve Straight Blue
6. ilap
7. Crystal Bracelet
8. Tinted GV - Ecotint
9. Upgrade GV audio-system

02 December 2010

Kepada sesiapa yang baik hati.


Boleh hadiahkan aku buku ni tak?

DAH BELI...THANKS AYAH!!!

Mak Saya.

Cerita 1.

Saya kat depan lappy sambil surfing internet. Tiba2 handphone berbunyi.
*kring* *kring*
(gile old skul bunyi handphone)

Mak: Kak, tengah buat apa?
Saya: Tak de buat apa baring2 je ni. Kenapa?
Mak: Meh la datang kat sini.
Saya: Mak kat mane skarang?
Mak: Ada kat depan TV ni ha.

Cerita 2.

Saya sedang siap2 untuk keluar. Mak call handphone saya.
*kring* *kring*
(bunyi handphone yang typical)

Mak: Kak, kat mane tu?
Saya: Kat dalam bilik ni.
Mak: Dah siap ke belum?
Saya: Ha, akak tengah siap la ni.
Mak: Cepatlah. Mak dah tunggu ni.
Saya: Mak tunggu kat mane ni???
Mak: Kat depan ni ha. (ruang tamu)

(T_T)

01 December 2010

Suicide Notes.

I was thinking bout it. Not thinking bout doing it (Astaghfirullah) but i do read about it recently. Do you ever think, they are about to kill themselves, then the suicide notes are just 2 words-Good Bye. What a waste! If I want to die, I will at least write pages. For the very least, a book maybe? Come on. That will be you very last word. Could you at least write more? Other than two words Good Bye? We only have one life to live. Well, at least if you write more, you might realize how precious our life is. There are so many things to do rather than die for nothing. Are you seriously want to???

*I do not know why I wrote this crap but suddenly word suicide notes pop up in my mind. LOL*

29 November 2010

Tolonglah.

Aku tak pandai nak marah2 orang ni. Nak maki2. Bukan tak boleh, tapi aku tak suka. Aku pun tak nak mati awal sebab kena high blood pressure. Tapi tolonglah. Tolonglah jangan masuk campur hal hidup aku lagi. Aku mintak tolong sangat2. Berhenti dari menjadi penyibuk, okay! Kau dah cuba jadi kawan yang baik. Aku tau. Cuma, mungkin aku yang tak cukup baik untuk menjadi kawan kau. Dan aku sangat2 tak boleh terima cara kau. Agak kecewa jugak sebenarnya dengan kau. Aku harap kau dapat kawan yang lebih baik dari aku. Yang tak mengkhianati sesama kawan. Aku dah jumpa kawan yang macam tu. Aku bersyukur. Dia sentiasa ada masa aku susah, masa aku senang, masa aku sedih, masa aku gembira. Sentiasa support aku. Yang tak mementingkan orang lain lebih dari kawan sendiri. Kalau aku salah, dia tegur aku yang degil ni dengan cara baik. Bukan bercakap2 mengumpat tak puas hati kat belakang aku. Aku doakan kau pun akan jumpa jugak kawan yang macam tu. Aku tak boleh jadi macam tu untuk kau. Aku tak layak untuk jadi kawan kau. Sebab? Aku budak jahat dan kau budak baik sangat.
Tak payah la aku cakap entri ni untuk siapa. Kau sedar diri sudah.

28 November 2010

Pelangi Petang-Sudirman

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku...

Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini...

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi Jua...


Mengharapkan Kesempurnaan.

Ni adalah petikan usrah. Yang kawan aku, Rai, share dari Moscow sane. Saja paste kat sini. Untuk renungan diri sendiri dan kawan2.

"Kita tak boleh nak mengharapkan atau terlalu mengejar kesempurnaan. Sebab? Siapalah kita ni. Kita pun tak sesempurna mana. Apa yang kita perlu buat, terima kelemahan pasangan kita. Sebab? Seburuk2 pasangan kita, dia sebenarnya sebaik2 pasangan untuk kita. Sebab tu Allah takdirkan dia menjadi pasangan kita. Untung saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang perlu kita buat, sempurnakan diri sendiri, sebelum mengharap kesempurnaan atau cuba untuk menyempurnakan orang lain."

Itu sahaja untuk kali ini.
(Tiada lagi blog versi cerpen sebab nanti Ya kutuk.)

27 November 2010

Answer Me.

Ya cakap blog aku panjang sangat. Macam cerpen. Geram je aku dengan Ya. Ya cakap aku ni pegang M16 je boleh diharap. Tapi bila putus cinta, crack macam hape. Tajam giler kata2 itu ye. (Okay ko betul Ya).
Banyak Ya cakap... And banyak jugak kata2 semangat Ya bagi kat aku. Dan bukan Ya sorang je yang bagi kata2 semangat kat aku. Aku tau ada orang lain yang sedih jugak tengok aku macam ni. Aku cuma perlukan masa, okay? Tapi paling banyak2 'drama' Ya, yang ni paling masuk sekali dalam otak aku.

"Be strong k... Life must go on. Ada jodoh x ke mana. If you love something, set it free. If it back to you, it's yours. If not, it's never..."

Should I let you go?
Kamu betul2 nak aku pergi dari hidup kamu?
I can't decide... Sigh.

26 November 2010

Updated.

Ayah bawak aku pergi bank. Sign agreement. Dalam bulan Januari boleh la dapat. (Dapat ape? Itu rahsia!!!) Aku happy jugak. Sebab Ayah letak nama aku lagi kali ni. Hehe. Tapi sedih bila fikir tak dapat share kegembiraan ini dengan kamu : (

Hari ni berjalan macam biasa. Bangun tidur dengan mata bengkak. Damn. Tapi hari ni aku dah kurang nangis. Sebab? Perasaan dah semakin tenang. Aku dah boleh solat. Aku berdoa padaNya supaya temukan jodoh antara kita. Kamo dah balik sail mungkin? I guess so. Sebab semua mesej2 aku dah sampai.

Status FB kamu: r.o.b langkawi....adoii...

Lepas ni akan ke Langkawi pule. Aku mesej and call, tapi macam biasa, kamo tak layan. Cuma tadi kamo macam angkat. Tapi tak cakap ape2, lepas tu hang. Tertekan kot. (Aku memang tak positif lansung). Hari ni aku tak crack macam beberapa hari lepas. Mungkin emosi aku dah sedikit stabil. Mak ada tanya pasal kamu. Tapi dia diam je bila tengok aku tak jawab. Ekpressi muka aku pun dah cukup menggambarkan kot?

Hari ni jugak Ayah bawak aku pergi cimb bayar duit pentauliahan aku. RM1500.
Kalau dulu, aku pasti sangat kamu akan jadi partner aku masa Mess Nite nanti. (Macam aku jadi partner kamu dulu. Masa kita masih lagi BFF). Ingat tak? Sekarang? Aku tak tau jika kamu masih lagi sudi nak jadi teman aku pada malam itu nanti.
Kalau dulu aku teruja nak bayar duit buat Mess Kit. Nanti pada malam bersejarah itu, boleh amik gambar dengan kamo. Sure cantik. Kamu dengan uniform navy, aku dengan uniform army. Kita pasangan ideal. Sekarang? Aku bayar je dengan perasaan kosong.
Kalau dulu setiap kali annual camp aku tak kisah sangat sebab aku tau kamu sentiasa ada masa aku down, masa aku kena hell, masa aku tension, masa aku lapar. Tapi aku tahu annual camp kali ni pasti berbeza. Aku takkan dapat lagi makan pizza, tak da orang nak bawak aku keluar take cover pegi makan lamb chop, makan Mee Hoon best kat JJ, curik2 keluar malam pergi makan supper. Paksa aku makan banyak2 sebab aku dah sangat kurus dah hitam. Ejek2 aku askar busuk. Apa pun kamu cakap masa tu, aku tau kamu sayang aku. Tapi now? Entahlah. Aku sendiri pun tengah mengumpul kekuatan untuk mengharungi annual camp kali ni.

Tak lama lagi fasa kem akan bermula. Aku takut. Aku takut aku tak mampu nak mengharungi semua tanpa kamu disisi. Takut sangat. Memang salah aku, tak pernah menghargai kehadiran kamu selama ini. Tapi kamu tahu tak, aku sangat menyesal...

Aku tau badan aku tak cukup kuat untuk buat semua aktiviti lasak itu. Lantas, walaupun aku tak ada selera, aku paksa diri untuk menjamah nasi. Aku nak jadi kuat. Aku tak nak dipandang rendah oleh Junior2. Tapi mungkin kamu tak pernah tahu yang kamu adalah kekuatan aku selama ni (selain famili aku). Dan bila kamu pergi, kamu membawa sekali kekuatan aku pergi bersama kamu. Pulangkan!!!
Cukup untuk kali ini. Tiada apa yang menarik lagi untuk aku tulis.

p/s: Eh, kamu tau tak macam mana nak buat air mata dari berhenti mengalir? Rimaslah!

Laksamana-Gugurnya Bunga Cinta

Izinkan aku sayang...
Menyentuh perasaanmu...
Biar gelora cinta semalam...
Izinkan aku sayang...
Merinduimu selalu...
Biar bergetar nalurimu...

WALAU BERKALI KAU MEMBENCI...
CINTAKU TAKKAN HILANG...
HIMPUNKAN SEMUA KEMAAFAN...
DENGARKAN OH RINTIHAN...

Andainya kau pergi...
Gugurlah bunga cinta...
Terpadam mentari...
Yang menyinar...

PULANGLAH OH SAYANG...
KAU KU NANTI PENUH PASTI...
RINTIHAN KECUNDANG...
UNTUKMU OH SAYANG...


Song can tell thousand words. I know you won't talk to me. So I decided to give you this song and hope you will remember me whenever you listen to it. I love you so much.

25 November 2010

Di mana Kamu?

Seharian aku menghabiskan masa di Bangi & Shah Alam. Tapi hanya jasad aku di dalam kereta. Drive. Pegi sana, pegi sini. Fikiran? Melayang. Aku gagal menghubungi dia sejak dari semalam. Last call pukul 6.00 pagi... Aku bangun dan call tapi macam biasa tak jawab. Ah, aku takkan give up. Kata hatiku. Dari pukul 8.00 pagi sampai sekarang aku cuma bercakap dengan operator "NOMBOR YANG ANDA PANGGIL TIDAK DAPAT DI HUBUNGI". Mana kamo? Sail? Off handphone? Ke ada apa2 terjadi pada kamo? Oh, sungguh risau! Sedih la macam ni... :,(

Lunch tengah hari tadi, selepas selesai uruskan hal bibik di Bangi, Anti aku ajak pegi makan. Dia cakap nak makan area Bangi. Aku ikut je. Malas nak cakap banyak. Sampai2 kat parking kereta, air mata aku menitis lagi. Kenapa perlu pergi kedai ni???!!! Aku orang paling last turun. Buat muka cool. Tapi sebenarnya, TAK. Sepanjang lunch aku tahan air mata dari keluar. Nangis kat situ? Oh, NO! Nasi aku jamah hanya buat cukup syarat. Tempat yang aku dan dia pernah duduk masih di situ. Kaku. Di huni insan lain yang berkasihan. Oh, sabarlah hati!

Usai makan, kami ke Shah Alam. Uruskan hal ayah. Ayah happy, mak pun happy. Sebab? Hasrat Ayah akhirnya tercapai. Alhamdulillah. Aku? Happy untuk mereka. Tapi, benarkah aku gembira? Kalau benar, kenapa masa tiada orang memerhati, air mata ini mengalir lagi. Aku terpaksa berpura2. Tak mahu sesiapa tahu betapa fragilenya aku. Aku tak nak Mak dan Ayah risaukan aku lagi. Sering kali aku mencari kekuatan dalam diri yang hanya tinggal sisa. Tiap kali itu juga aku gagal. Ah, aku bencikan diri sendiri yang terlalu lemah!

Sekarang pukul 9.20 malam. Mesej2 yang aku hantar semalam satu persatu sampai delivery report. "FAIL". Setiap kali handphone aku vibrate, setiap kali tu jugak aku berdoa ada delivery "Success". Tapi tak jugak. Sedihnya!

Ke mana kamu? Aku tau aku salah. Aku silap. Tapi, tak adakah ruang di hati itu untuk aku perbetulkan kesalahan ini? Berilah aku walau sedikit ruang, secebis sayang. Aku rayu padamu...! Tapi aku tau kau tak mendengar. Kerana... Blog ini bisu. Kaku. Hanya tangisan yang menemani hari2 ku... (T_T)


24 November 2010

Aku dan Air Mata.

Nangis sampai tertidur, kemudian bangun, dan nangis lagi.

Aku bertanya kepada air mata,
"Bilakah kau akan berhenti dari mengalir?"
Jawab air mata kepadaku,
"Susah untuk aku berhenti kerana penyesalan ini tiada kesudahan..."
Lalu ia mengalir lagi...
Aku bertanya lagi kepada air mata itu,
"Tidak penatkah sentiasa berlari di pipiku?"
Jawab air mata itu,
"Tidak. Kerana tanpa aku kau akan kesunyian..."
Lalu air mata pun kembali berlari...


20 November 2010

My Amethyst Bracelet.

About a month ago, i misplaced my Amethyst Bracelet. As a Crystal collector, memang aku sangat meroyan! Today can be considered as my lucky day. I found my Amethyst Bracelet!!! Finally...
Why it is so important? It's a gift from Ayah while we were in the Amethyst shop in Korea. Sangat berharga sebab ayah yang bagi. Sayang gile, okay!

Penat aku cari. Selongkar bilik kat kolej, bilik kat rumah, tanya bibik, menyalahkan diri sendiri, merungut dan mengeluh kat mereka 2 orang itu, tanya ayah ada nampak tak, kena bebel dengan mak sebab asyik hilangkan semua benda. And today 20 NOVEMBER 2010 akhirnya aku jumpa jugak kau.

Salah siapa? Salah aku yang bengong sebab pegi letak dalam kotak tisu. Lepas tu lupa since aku STM (short term memory). Memang ngek! Tadi pagi bangun awal sebab nak study Grammar. Biasalah kalau bangun awal akan flu2. Aku pun amik tisu nak kesat hidung. Baru perasan tisu tu last pieces rupanya. Aku dah nak tension sebab tisu dah habis. Angkat nak korek2 dalam kotak mane tahu kot2 ada lagi.

Tiba2 macam ada sesuatu dalam kotak tu...Then...TARA!!!

Okay sengal gile simpan Bracelet kesayangan dalam kotak tisu lepas tu meroyan cari satu rumah! Aku rasa dia termasuk dalam kotak tu sendiri la. Sebab? Aku tak ingat lansung aku letak dalam tu. Tapi takpe lah yang penting dah jumpa. Oh, sungguh gembira, okay! Tapi rasa nak katuk2 kepala sendiri pun ada jugak. Bertekad untuk beli bekas simpan semua koleksi Crystal ini.

*Happy mode is turning on!!!*

My Life.

My life is equal to:

1. Assignments.
2. Test.
3. Quizes.
4. Notes.
5. Presentations.
6. Lesson Plan.
7. EXAMS.

My real life is equal to:

1. BFF.
2. GV.
3. Crystals.
4. Shopping.
5. Perfumes.
6. Food.
7. (aku pun tak tau nk fill in ape nnt la kalau dah tau aku tulis ye)

08 November 2010

I feel betrayed.

When you tell somebody your story and hope that person will keep it for you then the other day you know that everyone knows about it, how would you feel? Yeah. Disappointed and regret. There's no other word can describe those feeling right now but some how, lets gone be by gone. Maybe its my fault too. I thought I could trust that person when I actually not. I just have to be more careful in future. I realize that in this world, its not easy to find someone you can trust. If you find one, you are consider lucky. At this very moment, I found three. c(=

07 November 2010

My Dream Phone


Blackberry Bold 9780

This is my dream phone. Why I choose blackberry? The first thing is I desperately need a new phone cause I already broke my late Sony Ericsson (T_T) . Besides, it almost 2years++ and I never change my phone. Kind of achievement I can say. I'm really tired with touch screen phone so I need phone with key pad. I don't really mind whether its qwerty or the normal one as long as it has keypad. So that is why I choose Blackberry over iphone. The other reason? BB Bold 9780 camera is 5.1 mp which is higher resolution than my late Sony. I'm waiting for BB Bold and hoping that it will be launched in Malaysia.

Once BB Bold 9780 is out I'll quickly go and buy it cause one of my friend said that the company only release 20 million of this product. (and everyone knows he's lying except for me!) (-.-)

I pray that my wish will come true and I can hold BB Bold 9780 one day.

(^_^)



06 November 2010

Lagu best tapi movie macam *****

Bila Cinta-LBS OST.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
di setiap doaku
Bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
yang ku dapat hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan...
Dalam harapan...

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan...


*Saya sangat suka lagu ini.*

29 October 2010

Thank God.

Thank god he's coming back to me.
Thank god we got Bibik for home.
Thank god I've finished painting backdrop for theater.
Thank god my car is almost done.
Thank god I have parents like mine.
Thank god I have understanding BFFs.
Thank god for everything.

Feel like I am the happiest person on Earth.
*wink*

24 October 2010

One Precious Morning.

I woke up early this morning and went to breakfast with my BFF. Then we decided to go to park which has lake, lepaking while seeing others jogging. There's a lot of Indon and Bangla work there. We felt like we were not in Malaysia anymore. It was raining and cold but we had a lot of fun. I don't think we could find a place like this in JB. Will miss this morning lemon2.
Am I fall in love with Kuala Lumpur?

*Wink*

20 October 2010

Get Well Soon, Mak.

I called Ayah this morning cause I already miss him and Mak. Ayah pick up the phone and sound so busy. I wonder and ask ayah what happen. He said that he is cooking. WHAT A MIRACLE. Its not Ayah not a good father but he is a man who act like a man and rarely help Mak to prepare our meal. Then Mak talk to me. She said she has been caught by fever. Pity you, Mak. I pray that she will get well soon.

I can imagine my home's condition when Mak is sick. How I wish I can be there to take care of Mak. I want to go back! I miss you Mak!

*Homesick*
(T_T)

19 October 2010

Living in Daze.

When you are a sure person, then suddenly you hit by a pang and that make you feel like you don't sure about everything, its hard to take. Lately seems I am bit lost in life. Actually it's very simple. Things get complicated when you said they are. I can't take things as simple as they are when others around me not. (-.-)

I miss Ya my BFF so much. She will definitely understand my situation right now. But she is not here. She's busy doing her thesis, assignments and test. How I wish she was here. I miss her.

Tons of assignment but I don't feel like doing it. The best way to forget this miserable thought is sleeping but when I wake up, it is the first thing I will think about. Deep inside me, I admit its sometimes torturing. I want to run away from life but definitely can't.

I'm sleepy, sleepy, sleepy, not in a good mood and totally miserable. Why? Why? Why all of those things happen to me? I looking forward to go holiday with my family and forget all of this for a while. Besides Ya, only my parents will understand me. I miss them all.

15 October 2010

The truth is finally revealed.

Aku rasa dalam diri manusia paling penting selain akal adalah hati. Akal penting. Membolehkan manusia membezakan baik dan buruk. Tak ada akal=gila. Sama macam haiwan. Tapi manusia dengan akal tanpa hati yang bersih juga pada aku sama perangai dengan haiwan.

Dalam hidup ni, kalau hati sentiasa busuk, penuh dengan hasad dengki, hidup pasti takkan kenal kebahagiaan. Kalau pun ada, tak lama mana. Contoh? Dah banyak berlaku depan mata aku. Aku tak nak pick sapa2. Ni sekadar renungan dan ingatan untuk diri aku sendiri. Sama-sama kita lihat ragam manusia disekeliling kita.

Manusia kalau hatinya baik, Allah sayang, semua orang sayang. Manakala yang sebaliknya, hidup dalam keluh kesah. Tak kisah berapa banyak duit yang ada, kalau hati tak bersih, tetap tak bahagia. Tak kisah miskin macam mana pun, hati baik, bersyukur dengan apa yang ada, kebahagiaan milik kita.

Aku benci orang bermuka-muka. Kalau zaman Jepun dulu, manusia bermuka-muka ni dihukum bunuh dah. Aku memang keras hati, memang susah nak maafkan orang. Tapi aku tau kalau sekali aku dah maafkan orang tu, aku memang anggap 0-0. Kalau orang tu tak nak fikir macam aku, nak simpan dendam kesumat semua, tu dia punya pasal. Tapi selagi aku benci, aku akan ignore orang tu. Sebab? Aku tak boleh nak bertalam-talam depan baik belakang kutuk pelbagai. Aku benci orang macam tu. Benci sangat. Sini cakap lain sana cakap lain. Aku berdoa aku takkan jadi macam tu. Kadang-kadang rasa macam nak cincang-cincang orang yang bermuka-muka ni bagi buaya makan. Mati lagi baik dari hidup mendengki orang.

Confuse.

In life, I always know what to choose, and be sure of it. I am not choosing any if i'm not sure that is what I want. Why I do that? Because I hate thinking. I hate to be confused by my own mind. Luckily I have my mom and besties around me. Although they are not helping me choosing anything but the opinion do help me A LOT. Thank god. Feel better right now.

What is this entry all about? The answer is S.E.C.R.E.T.S

*Wink*

20 August 2010

HAPPY 3rd Anniversary Baby!

Dd8 This Love Song To BB...

Korean Drama You Are Beautiful Version (piano)

Fly me to the moon
Let me sing among those stars
Let me see what spring is like
On jupiter and mars
In other word, hold my hand...
In other words, Darling kiss me...
Fill my heart with song
Let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true...
In other words, I LOVE YOU...

How fast time flies. Now we are moving to our 4th year in relationship. Many things, good and bad, lough and cry, happy and sad, we share together. As the time goes by, I admit no one can understand me more than you. Nobody is going to replace you in my heart. Thank you so much for being my friend, best-friend, boyfriend, and most important of all, my future husband.
*WINK*

09 August 2010

Cindai Asmara-Slam

Kasihmu...
Tak pernah terpisah
Walau di hati
Tak reda resah
Antara kau dan aku
Banyak jurangnya
Walaupun kitaSaling merindu

Ku tahu...
Hatimu sengsara
Menyintaiku penuh bebanan
Namun ku jua begitu
Berulang duka

Takkan bergoyah kasih dan sayang
Yang telah kita sulam bersama
Di musim cinta
Rendakan cindai asmaramu
Hanya untukku
Di mahligai seribu rindu
Kita bertemu

Takkan tergoyah kasih dan sayang
Yang telah kita sulam bersama
Di musim cinta
Rendakan cindai asmaramu
Hanya untukku
Di mahligai seribu rindu
Kita bertemu

Ku tahu...
Hatimu sengsara
Menyintaiku penuh bebanan
Namun ku jua begitu
Berulang duka

Namun ku jua begitu
Berulang duka

05 August 2010

Puitis.

Cinta yang indah ditemani rindu yang tak sudah.

-XOXO-

30 July 2010

Chenta Hati Saya, Popeye

Saya rindu awak sangat2. Saya sangat harap awak kerja kat sekitar KL ni je. Tapi awak jauh. Sail lagi. Walaupun baru jumpa awak beberapa minggu lepas, saya dah rindu. Saya suka spend masa dengan awak, lebih dari segalanya. Kalaulah awak tahu betapa gembiranya saya hari tu. Masa pergi tengok Uda & Dara, terasa macam kita pulak hero & heroinnya. Saya ingat lagi Uda & Dara teater pertama yang awak tengok. Awak minat tengok teater jugak. Bestnya! Lain kali nak pergi tengok teater dengan awak lagi. Walaupun muka awak ganaz, tapi awak layan je apa saya nak.

Yang paling best, walaupun awak tak suka nyanyi, awak bawak saya pergi karaoke jugak. Saya dah banyak pergi dengan kawan2, tapi, karaoke dengan awak, tak sama. Saya happy gila. Nyanyi untuk awak. Awak nyanyi untuk saya, best gila okay! Waktu makan pun best. Walaupun duit berterbangan macam burung di angkasa sebab kita dua gila makan kambing, tapi memang puas hati. Walaupun tak sempat nak makan kat Victoria Station, tapi kita happy. Saya sentiasa berdoa yang awaklah jodoh yang ditakdirkan untuk saya. Cinta datang dan pergi dalam hidup ini, tapi, saya harap cinta kita akan sentiasa kekal di sini.

Awak, saya sayang awak selamanya.

23 July 2010

BFF.

Weekend minggu ni dan minggu depan akan dipenuhi dengan masa bersama BFF. Yeay! Minggu ni dengan Mira. Kami nak balik rumah aku, pergi dusun ayah makan durian sampai kembung, main masak2 kat rumah, sembang sampai pagi, dan etc, etc. Bestnye! Tak sabar!!! Esok aku nak amik Mira kat Shah Alam. Dia sanggup ponteng kelas sebab nak spend weekend dengan aku. Em? Terharu. Rindu nak melepak dengan Ya. (Ya, kau mesti bangga aku tulis macam ni kan) c(=

Minggu depan? PULAU PANGKOR!!! Dengan Mira (BFF lagi 1) dan Wanie. Bercanda di pantai yang indah dengan akak polis dan bakal polis iteww. Kalau nasib baik boleh naik kapal Navy kat Lumut. Dan yang bestnye mungkin dapat jumpe Baby juge. Yeay! Nak memancing lagi. Nak karok lagi.

Harap semua plan berjalan lancar. Amin!

12 June 2010

Gaduh di blog sebab lelaki?

Since aku buat macam tak da kerja tapi kerja melambak saja tak nak buat kan, aku saja lah melayari blog2 yang ada di alam maya ni. Macam2 blog aku jumpa. Tapi dalam banyak2 blog, aku paling tak boleh bla blog yang bergaduh pasal lelaki? Oh puh-leeez. Banyak2 topik kau boleh nak bengang2 kat blog pasal berebut lelaki? Sungguh lame ok. Kesian betul.

Aku tau blog kau is yours. Totally. I'm just an outsider. Tapi tolonglah sedar, kalau lelaki tu yang pergi cari perempuan lain, sangat tak worth it kau nak mengamuk macam gile meroyan kat blog, okay. Lelaki macam tu patut kau bakul sampahkan aje, cari lelaki yang lagi worth it untuk kau sayang2. Dan kalau perempuan tu yang kacau boyfriend kau, tapi boyfriend kau tak nak kat dia, dan dia memang pipi tak mancung hidung macam serombong, mengendeng boyfriend kau, silelah berhenti dari menulis yang bukan2 di blog dan mula berfikir. Yakin la dengan kelebihan yang ada pada diri kau. Kalau dia tak pilih kau, dia yang rugi. Bukan kau. Paling mudah kau angkut je boyfriend kau tu jumpa perempuan psiko tu depan2 biar dia malu sendiri. Kalau still tak diam kacau boyfriend kau jugak, belasahkan aje. Padan muka kan. Hati pun puas.

Bergaduh berlawan kata di blog, aku lagi hebat, dia sayang aku, kau bitch, whore, whatever. Useless gile. Sedarlah kau sedang membuat lelaki tu rasa "hell, yeah. I'm hot!". Tak perlu, okay. Secara tak lansung korang membuat ego lelaki itu bertambah2 tinggi melangit. Macam mana sayang sekali pun, berfikirlah dengan waras. Dan the best 2 blogs drama yang aku baca, PEREMPUAN, bergaduh sebab seorang lelaki and in the end, lelaki tu sebenarnya pilih orang lain. Bukan kau atau dia. Yang both tak tahu tapi korang 2 duk gaduh pasal lelaki tu. Abang, B, Sayang, lu gua minah pe jadah semua.

Tolonglah. Walaupun aku sukakan drama, tapi aku benci gila drama macam ni buat kaum perempuan nampak weak. Memanglah sometimes ada benda kita depends kat lelaki jugak, tapi jangan la terlalu buta dengan cinta. Kalau dia memang nak kau, no matter Miss World kejar dia pun, he will finally choose you.

Sekian, entri emosi ini tamat di sini.

04 June 2010

UK-FRANCE trip

15th May 2010-26th May 2010

UK is the best country ever. Other than the drunk smelly people on the street, the scenery and other things are really taking my breath away. The street is clean. We can barely see rubbish even for the little cigarette butt. The food looked delicious. Unfortunately, I can't eat them all. Sigh. We have to be careful since it was hard to find halal food in most of the city except for London. Sometimes we have to be careful with the fish and chips too. I only miss Malaysia during the meal time. Hehe. London is a very busy city. Roughly, the tube system in Melbourne is more systematic compared to London i think. Maybe they have too many route and we the outsiders tend to get confuse. However, I think 10 days are not long enough to study this metropolitan country.

Not to forget, we went to Paris for a precious one day trip. Paris is really heaven for shopaholic. Seriously. A lot of expensive and well know brand can be found here. You just name it! Due to lack of money problem, I only buy 2 shirts for myself. Hehe. Before I went there, I thought Paris was a romantic city. Paris the city of love. Unfortunately, the visit changes my mind. I don't think its romantic enough. Its smelly, people. I feel uncomfortable walking along the street. So, I change my plan to go to Rome, Italy for my honeymoon. If only go holiday after 10 years of marriage can still be called honeymoon. -just incase by the time I get married, my money still not enough to go to honeymoon in Rome straight away. Haha.

I don't understand why people being proud when they have opportunity to visit all these countries. Yes. They are beautiful. They catch our eye. But still, they are lacking here and there though. Have we ever think why people around the world come to visit these famous country? Instead of being proud for nothing, we can go there, and take the good example from them and apply it in Malaysia. I am impress on the way they preserve their heritage. They protect their history, culture and environment to ensure their the future generation can experience what their ancestor had gave to them. For some of the city, they are not allowing foreigners to live in their residential areas in order to protect the inheritance of that place.

Over all, this trip really makes my eyes wide open. Malaysia should follow the good example of them. If I have the second chance to go to Paris and London, I'll prepare more money for shopping! Enjoy the pictures.


Me and Christine Lee at Oxford University area

Anya Hindmarch at Bicester Village

Rest Area On The Way To Liverpool

This is the place where The Beatles came with my favourite song
"I want to hold your hands"

Liverpool

Shakespeare's Globe, London

We love Shakespeare

Kicking Fonyi outside the hotel

At the Commonwealth Secretariat as representative from UPM

Buckingham Palace

Eiffel Tower-Paris

Arc de Triomphe

Jumping At Port of Dover

The Beautiful Tower Bridge

Ehem. Brunei Airline CC

That is all from me
*Wink*

09 May 2010

Let's Pack!!!


IMPORTANT
-PASPORT
-MONEY
-Credit Card *optional

CLOTHES
-Blazer
-Long John
-Baju Batik/formal/baju kurung
-Telekung
-Formal Shoes
-Jeans/Pants
-Shirts
-Socks
-Undergarment
-Jacket/Sweater/Cardigan
-Gloves
-Scarf/shawl


FOOD
-Megi
-Beras (1/2 kg)
-Biscuit
-Milo/nescafe/nestum 3 in 1

OTHERS
-Matric card *optional
-Souvenirs
-CAMERA
-Water bottle
-Universal adapter (just incase)
-Tuppaware
-Payung
-Lotion
-Charger
-Luggage (make sure your luggage has a lock!)

I think that is all. Bring your biggest luggage for shopping! Hahaha
*pls add to d list anything i've missed out
okay.done.
THE list is done~
Happy packing, peeps!

London Bridge is falling down,
Falling down, Falling down.
London Bridge is falling down,
My fair lady.
Lalala~
(^__^) wink*

30 April 2010

Jom Pergi Melancong.

Alhamdulillah. Semua bayaran untuk trip ke London dah abis di bayar. Sponsored by PaMa jugeks. Ade la pi mintak kat government. Tapi hampagas. Pasni aku mengundi parti pembangkang je la. (mentang2 dah daftar sebagai pengundi). Tak gune pown pangkah government. Mujurla ada sikit sponsor dari kawan2 ayah. So kurang la sikit guna PaMa (-.-)

Kalau tak ada aral yang melintang, 15 May ni bertolaklah aku ke bumi penjajah tu. Excited jugak. Maklumlah selama ni duk mengidam nak pergi Paris. Sekali ada rezeki gi London. Tak dapat gi Paris pun, dapat angin2 Paris udah le. Dah bersyukur bebeno le teman ni. Mungkin kalau ada rezeki, travel agent tu akan arrangekan trip ke Paris. Tapi tak sure lagi. Aku cube berlagak cool, tapi gagal sebab memanglah sangat teruja.

Mungkin ni perasaan orang first time nak gi sane kot(ke aku je???). Nak amik pic banyak333. Nak jalan puas2. Orang kata buku2 kat sana murah. Matila. Aku dan buku. Memang dah tau la ke mana duit2 ku akan melayang. Huhu! Tak sabar rasanya nak jejakkan kaki di Warwick dan Brunel University. Ada rezeki nanti, boleh la aku sambung belajar di sana. Amin.

Nanti aku akan update lagi pasal trip tu. Nak buat journal untuk perjalanan 10 hari tu. Buat masa ni, aku tengah duk rumah counting days. Before pegi, 10 hb nanti ada MICELT conference kat Melaka. Tak la terasa lama sangat nak tunggu 15 hb. Huhu!

Aku sangat berterima kasih kat Mak dan Ayah sebab willing nak sponsor aku g UK ni. Mungkin sebab mase diorang pergi dulu, aku tinggal Malaysia sorang2, makenye ini nak make up balik la kot. Hehehe. Tapi still tak sama gak jalan dengan kawan2 n jalan dengan parents. Dengan parents best woo. Tak yah fikir ape. Makan je ape nak. Kalau dengan kawan2, kene bajet sendiri la duit.

Pape pun, aku bersyukur punya Mak dan Ayah yang sangat3 memahami. Sebagai balasan, aku nak dapat pointer best2. Buat diorang happy. (^_^)

26 April 2010

I Miss You, Blog.

When I stop writing my blog, that means either I am busy or I am fulfilling my real life with so much of fun. I am not a good writer though. From the 30% of my writing marks, I just got 27 while others are mostly 30/30. My blog is simply about my thought, my life, my experience and my love story. Other than that, I don't know. For me, good writer can always put their feet in other's shoes, feel empathy towards others and (i don't know what other criteria). For whatever reason, writing will never suit me. Why I have to put my life in someone else shoes when I already feel very comfortable with mine? So, I guess writing and I, we are not meant to be.

Why I write here now? At this time? It's simply because I have so much free time. Just let me write whatever I want, okay.

(I am starving)

So that's it. I need food. Bye!

18 April 2010

APRIL is the craziest month of the year.

Never-ending assignment, no such thing calls study week, every day with sleepless night. I do not know if there is anything worst that this. Some of my course mate are losing their track. And make others suffer because of her mistakes is very unfair. I just want to put an end to all of this. But I am happy. I am going to UK next month. Yeah!


My friend and I went to watch movie (after our 1st paper) entitled When In Room. I think Rome is the most romantic city I have ever seen. Say no more, our honeymoon location needs some changes. (^_^)

09 March 2010

Bad Day

Pagi-pagi lepas class Reading aku perasan kereta aku ada stretch kat atas tayar sikit. WTH! Bad mood! Sape la bodoh sangat tak reti bawak kereta sampai tergesel kereta aku. Arghh! Dah call Suzuki Centre, kos maybe dalam RM350. Siyut! Abis duit elaun PALAPES aku cat kereta. Tak lama lagi nak kena service 30k pulak. Waduh. Waduh. Gawat ni! Gawat!

23 January 2010

Aku suka lagu ni...

Biar pun lagu ni dah lama glamour, aku baru nak paste kat sini...

Matahariku by Agnes Monica

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau


Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi


Dengarkanlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu


Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi


Dengarkanlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku ohh...


Dengarkanlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu

18 January 2010

Childhood Memory 1

Sekarang ni musim buah. Macam2 buah ada. Durian, langsat, rambutan, dan tak ketinggalan manggis. Bercakap pasal manggis, tadi aku baru je makan beberapa buah. Sedang aku menikmati manggis, teringat pada kenangan zaman muda mudi. Zaman tak akhil baligh, zaman aku menjadi budak kampung.

Dulu, masa zaman aku kat kampung, jarak antara rumah ke rumah sangat jauh. Bukan macam sekarang ni. Kentut pun boleh dengar. Yang best duduk kat kampung, semua jiran keliling saudara mara. Aku yang ketika itu merupakan anak tunggal, sering kali sunyi. Tak de kawan. Maka aku berkawan dengan Pak Cik aku dan MakCik2 aku yang tinggal di rumah berdekatan. Tapi selalunya aku jarang ikut MakCik2 aku ni. Sebab? Diorang tak redah sungai, tak redah paya, tak gi memancing, tak main selut (walaupun sungai tempat aku takde selut, tetap nak mention jugeks!)

Aku lagi suka join Pak Cik aku dan kawan2nya. Disebabkan aku satu2nya anak saudara beliau ketika itu (yang lain duduk kat KL dsb), maka dia pun layankan aje la aku. Bawak aku pegi ke mana saja. Ajar aku main basikal, ajar aku bawak motor, macam2 lagi la.

Berbalik kembali kepada cerita manggis. Masa tu aku rasa aku dalam darjah 2,3 macam tu. Pak Cik aku tu dah darjah 5. Waktu tu musim manggis. Kat depan rumah aku (200m dari rumah) ada 2 pokok manggis yang sedang berbuah dengan sangat banyaknya. Satu hari, lepas balik dari skolah, Pak Cik aku ajak aku pegi panjat pokok manggis tu. Aku yang sememangnya gila dengan manggis, tanpa berlegah lagi terus menyelinap keluar dari rumah. (Curfew rumah aku:keluar rumah pada waktu tengahari adalah dilarang sama sekali)

Sebaik saja tiba di bawah pokok, kami tanpa berlengah lagi memanjat ke atas. Dari 1 dahan ke 1 dahan. Buah tu kami jolok pakai galah (yang hujung dia letak botol minyak masak tu) sebab buah manggis selalu kat hujung2 pokok. Dapat je, makan. Dapat lagi, makan lagi. Sedang aku enak menikmati buah manggis, tiba2 Pak Cik aku bertanya:

Pak Cik: Kau da makan berape banyak???
Olive:Tah. Tak kira pun. Tapi banyak lah. Kenape?
Pak Cik: Kau telan biji dia sekali ke?
Olive: Ha ah. Kenape? Atih (panggilan untuk Pak Cik aku) tak telan ke?
Pak Cik: Semua kau telan?
Olive: Ha a la. Ape Atih sibuk tanye2 orang ni. Makan je lah.
Pak Cik: Abis la kau... Kau tau tak, aku belajar kat sekolah nanti biji manggis yang kau makan tu boleh tumbuh jadi pokok manggis dalam perut kau. Nanti perut kau besar ade pokok. Buncit macam perut Pak Usin(salah seorang penduduk kampung aku) tu.
Olive: Hah? (gaye terkujat gilos). Kenape Atih tak bagi tau tadi???
Pak Cik: Padan muka. Sape suruh kau makan. (Gelak dengan intonasi keji+jahat)
Olive: Abis tu macam mane ni? Kene muntah balik ke? Nanti jap lagi tumbuh mcm mane? (suara cuak gile, muka da nak nangis.)
Pak Cik: Aiyok2. Aku tak tahu. Nanti kejap lagi mesti tumbuh. Abis la. (Sambil buat muke macam aku ada dalam masalah yang maha besar).

Aku pun dengan sangat cemas segera turun dari pokok. Sambil menangis2 berlari balik ke rumah. Sampai di rumah, bila aku mengadu kat Wan (masih menangis lagi), Wan hanya ketawa. Dia cakap Pak Cik aku tu tipu je. Mana boleh tumbuh pokok manggis dalam perut. Kalau macam tu habis la semua orang yang makan manggis perut buncit. Siyut betol Pak Cik aku tu. Sedap2 je dia tipu. Tengahari tu jugak aku kena bebel dengan mak sebab curik2 secure keluar rumah.

Dah belasan tahun berlalu. Tapi aku masih ingat kenangan tu tiap kali aku makan manggis. Sampai sekarang manggis masih lagi menjadi antara buah2an kegemaran aku.

14 January 2010

Keluh Kesah.

Kenapa?
Elaun tak masuk lagi beb. Duit hanya cukup2 untuk perbelanjaan harian. Bosan betul. Nak pergi jalan2 pun tak best sebab duit extra tak de. Tapi setakat nak makan, minyak kereta, memang okay la. Kawan2 aku pun sama. Dah nama pun coursemate. Sorang tak masuk elaun yang lain2 pun mendagu je la. Minggu ni aku kena balik rumah. Request dari mak mintak tolong hantar dia g kenduri. Kawin sape tah~like~I~care...Pegi je sudah walaupun sebenarnya malas gilerh. Leceh la pergi kawin2 ni. Tapi tak pergi nanti aku kawin takde orang nak datang pulak. Haru gile kang. Adeyh.

Time2 macam ni la laptop aku skrin nak tercabut, touch pad kiok, tempat start dah makin masuk ke dalam(susah nak digapai tangan pulak dah), DVD player tak boleh guna dan yang paling haru, tengah2 taip tiba2 keluar api. Hahaha. Serious condition laptop ni worst dan macam sangat desperatekan laptop baru. Adoi. Aku takut tengah buat assignment terOff pulak laptop ni. Memang haru. Tapi tak pe la... Consider la sebab dah 4 tahun pakai. Dah banyak sangat benda yang aku lalui dengan laptop ni. Pahit manis bersama. Kena mandi dengan air, kena mandi dengan sabun, jatuh dari pegangan tak tau dah berapa kali. Sayang woo sebenarnya nak tukar laptop lain. Semua elok lagi cuma tu lah... Yang certain part berapi2 tu aku tak tahu kenapa. Sampai roomate aku pun complaint ada bau hangit. Yea. Menang scary gile duh.

Hari ni penat sangat. Mungkin sebab otot badan aku sakit2. Duduk dalam kelas pun serba tak kena. Tak de mood nak study pulak. Adoi. Nak jalan pun lain macam je rasanya. Mujur kelas hari ni sampai pukul 2 je. Boleh aku tidur sampai petang. Lepas tu baru gerak balik rumah. Huhu!~

06 January 2010

Lelaki Puitis Bila Bercinta?

Gambar sekadar hiasan.

Selalu kita tengok dan baca kat mana2, sajak lelaki. Ada lelaki yg amatur dan tak kurang jugak yang profesional. Shakespeare, contohnya, lelaki yang professional dalam bidang sajak2 atau pun poetry ni. Walau pun sajak2 beliau susah nak faham, tapi bila dah faham memang sangat indah maksudnya. Contoh : Sonnet 18.

Tapi dalam kehidupan sebenar, maksud aku, orang2 yang terdekat dengan aku, jarang ada lelaki puitis. Boyfriend aku? Puitis? OMG. Jauh panggang dari api. Kan once aku ade cerita aku bagi dia sajak, dia ingat lirik lagu aku amik di mana2 pada hal penat aku tulis sendiri. Sob3.

Dan sekarang aku jumpa seorang lelaki ni, senior aku. Sangatla puitis dan tak malu nak tampilkan diri. Berani bagi tau semua orang yang dia seorang yang puitis dan sukakan sajak. Sajak2 yang beliau hasilkan, karyanya lebih menjurus kepada cinta, sayang, dan gadis kesayangannya. Aku impress sebab ada lelaki macam ni.

Aku tak buat kajian apa2, tapi betul ke lelaki ni bila bercinta jadi makin puitis? Bukan lelaki je la. Aku rasa perempuan pun sama. Cuma bezanya underground or expose je. Bagi aku orang yang tulis sajak untuk seseorang, sangat sweet. Sebab? Ilham tu datang dari rasa cinta dan sayang yang terdapat dari dalam diri mereka.

Lelaki bercinta akan jadi puitis, so aku tertanya2, Shakespeare bercinta dengan siape ek?

03 January 2010

Tiada Tajuk.

Hati...
Masih pada kamu
Masih ingat kamu
Masih rindu kamu

Sayang...
Pada kamu seorang
Sayang bukan kepalang
Tidur pun tak senang

Kamu...
Tak tahu ke mana
Sangsi berkelana
Hidup serba tak kena

Tapi...
Hati merajuk rasa
Sayang masih di dada
Kamu dalam tanda tanya???