01 July 2012

Welcoming July-Month of Happiness (^_^)

Okay, I'm freaking excited to be bride in 4 more days!
Okay. Stop talking about excitement.

Actually I'm writing this entry because...
I miss my girlfriends so much
I miss the gossip session we had
I miss the big laugh we shared
I miss the moments we got scolded by the warden
I miss stayed up until morning finishing our work together
I miss being dirty pervert :P
I miss all those memories
Never thought I'm so going to miss all those things like this.
I am not so close with you guys but somehow I think this semester did bring us together.

Miss you Juni-Lia-Tasha :)

29 June 2012

Next Week.

Tak sempat nak update blog sekarang! Online pun sangatlah jarangnya! Banyak yang akan menanti aku minggu depan. Nak final fitting baju, nak pakai inai, nak kemas rumah, banyaknya kerja! Tapi event paling penting, minggu depan aku akan jadi bini orang. Macam-macam perasaan ada. Nak cakap tukar status dari Cik kepada Puan, aku dah lama jadi Puan sejak tauliah ROTU dulu (ceh poyo jek)...

Okay serius. Aku rasa takut nak mampus sebenarnya. Tambahan pulak Mr. Popeye cakap kalau aku dah kahwin nanti, bila duduk KL sesame dengan dia, aku kena cari kerja. Peh, cuak gila rasanya. Ye la kan, sejak dulu-dulu memang aku tak pernah ada pengalaman kerja. Pergi sekolah pun untuk praktikal 3 bulan. Tu je la pun aku rasa macam bekerja sikit.

Rasa macam HOMAIGOD! Aku akan hidup dengan lelaki ni seumur hidup. (Wah2 kau sekarang baru nak fikir masa bercinta dulu tak hengat!) Kan! Tapi bila fikir balik, macam mana Mr. Popeye, aku jadi tenang je. Aku yakin dengan pilihan aku dan aku rasa dia calon paling sesuai untuk jaga aku. Rasa takut dan cuak jadah semua tu hilang dengan sendirinya. Semoga Allah merahmati rumah tangga yang bakal kami bina. InsyaAllah. (^_^)

21 June 2012

Entri Excited!

15 hari lagi sebelum kami sah menjadi suami dan isteri. Banyak gila kerja buat goodies sampai tak sempat nak update blog. *lap peluh*. Hari Isnin hari tu pergi first fitting kat Syara Kim. Baju tu plain je sebab tak buat finishing lagi kan. Tapi, excited la pulak! Yelah, seumur hidup tak pernah pakai baju camni. Okay fitting wedding dress ni excited, tapi yang lebih excited adalah kerana apa yang berlaku sebelum pergi fitting kat Syara Kim tu.

Mak memang dari dulu cakap kalau aku kahwin nanti dia nak beli diamond necklace since dedolu lagi. I thought she want to buy one for her, but guess what! Dia beli untuk aku, okay. *terbang ke langit!*
Memula, aku beriya tolong pilih, bagi pendapat, sekali Mak asyik cakap, pilihlah yang Kakak suka. Aku dah pelik. Rupa-rupanya Mak nak bagi as wedding gift. *Mak, terharuuuu!!!*The price was (@_@). Aku pilih price yang biasa-biasa je tapi Ayah pulak tetiba pilih yang pada aku over sikit. Tapi dah diorang nak bagi, aku setuju saje :D Kalau aku beli sendiri memang tak mampula you all! Setahun gaji aku sebagai cikgu pun tak dapat weh! Terharu sangat-sangat! Kalau nak tengok, kenalah datang wedding. Hehehe :D

Design dia lebih kurang macam ni tapi bukan colored diamond+lagi panjang.

Sesi excited tak habis lagi bila Mr. Popeye dengan sweetnya invite untuk dinner sama2, siap pergi kolam untuk beli ikan fresh, siang, bawak gi kedai suruh orang tu masak. Memang sangatlah terharu. Masa lepas makan, Mak bukak cerita pasal wedding gift yang Ayah nak bagi pulak. Guess what??? Nak bagi kereta. Homaigod! Downpayment Ayah sponsor, kami just bayar bulanan je. Tapi weols tak mampulah kot or mungkin belum mampu. Sebab Ayah suruh kami pakai C200 and trade in Suzuki aku tu (T_T). Tapi aku rasa kami dengan dukacitanya terpaksa menolak tawaran ni sebab hidup kitorang pun tak tentu arah lagi, so tak nak tambah hutang piutang. Huhu! Tapi Mr. Popeye tak bagi jawapan pun. Dia senyum je (cam biasala kan dia tak banyak cakap)

Tapi memang banyak betul kejutan hari ni. Sangat happy! Mr. Popeye pun cakap dia tidur dengan gembira. (^_^)

17 June 2012

Mesej Untuk Bridesmates.

Assalamualaikum. WBT.

Dear my beloved brides-mates. (suke hati aku je lantik korang). hahahaha. Seperti yang kalian semua tahu kad aku dah bg kad kat korang, yang jauh aku dah pos. So, aku akan berkahwin pada 7 Julai 2012 (yahoo!) Hahahaha. Jadi, sebarang pertanyaan leh kemukakan kat sini. Dan selamat berkenalan la k 
So aku nak brief pasal majlis sikit. Penginapan disediakan-Tidur beramai2 dalam bilik pengantin. Muahahaha.

Khamis-Kenduri Doa selamat+majlis bacaan yasin. 
(Pakaian bebas-Nak melaram pakai jubah pun boleh! :D)
Masa hari ni nak siapkan goodies sebab kek untuk masuk dlm goodies tu baru dapat hari ni. Orang kek tu tak bg awal2 sbb tkt nnt bau de xbest+expired. Mintak tlg kat kwn2 masukkan eh 

Jumaat
8.00am make up (aku pun x sure masa tp lebey krg la)
10.00am-Bertunang (Sejam je uols ala2 Siti :P)
11.00am-Akad Nikah
Pakaian: Pape baju warna Dark Choc Kalau xde coklat cair ke buleh jugak janji coklat. Kalau xde leh pinjam baju aku kalau nak. Kalau xde jugak pakaila baju pape janji cun. Hehehe. Masa akad nikah tu kalau leh aku nak korang duduk kiri n kanan aku k. Susun bagi seimbang 
Masa akad nikah ni nak mintak tolong kat korg sambut hantaran dari pihak lelaki bawak masuk. Pastu angkat hantaran dlm bilik aku letak kat luar sekali dengan hantaran lelaki. Lepas tu nak mintak tolong jangan kasi orang amik bunga telur masa malam ni sebab bunga tu untuk esok pagi. Make sure korang amik bunga telur tu sorg 1 untuk diri korang sendiri jugak tau hari Sabtu tu. (kenang kenangan :D)
12.00pm-Makan (lepas akad nikah je makan)
12.00pm-2.00pm - Free time. Mase ni kita boleh posing habis habisan sebab lelaki sume pegi semayang jemaat. (eh! Cameraman aku laki ah! kalau de pegi semayang jumaat, pakai digicam aku sudeh!)
2.00pm-5.00pm-Tukar2 baju amik pic.
8.00pm-taktau- Tukar2 baju, amik pic. (masa ni korang boleh asah bakat menyanyi esp. Lia 
Ade karaoke disediakan. Jangan malu2. Abis aku amik pic nnt konpem join korg. Hehehe.

Sabtu
10.00am-make up
1.30pm-Sanding (Mira Ixora pengapit atas pelamin)
Pakaian: Kalau tuan rumah, pakai Maroon-Gold. Aku rasa korang pakai merah hitam lawa jgk! Sebab xmola same lak ngan Sedara mara aku. Tapi kalo korang nak sama, boleh jek.
Masa hari Sabtu ni aku nak mintak tolong, arrange souvenir+meja hadiah. Sebab ramai orang kan. Aku takut nanti souvenir tak bagi sama rata. Aku buat 3 sovenir. 1 untuk NAVY (gelas), 1 utk VIP+pengantin lelaki+kawan2 seperjuangan (yang ni masih dalam proses, xtau lagi nak beli ape),1 untuk para tetamu (boxes goodies gold yang aku buat tu),

Okay tu je aku rasa setakat ni. Ha lagi satu nak bagitau, mende ni kalo korgleh cuti la kalau xleh xpe. Dtg je hari Sabtu. Buleh jek... Kalau ada pape idea atau komen sile kemukakan. Kalau ade pape masalah terus je call or msg or wasap or bbm aku k. Aku mintak maaf sgt2 tak dapat sponsor baju korang sume. Aku memang nak bagi tapi poket tak mengizinkan.  Tapi kalo korang nak tudung bawal corak tu InsyaAllah anytime je(kecuali Liam), selagi stok maseh ade. Hehehe 
Pastu kat rumah aku, buatlah macam rumah sendiri k. Kalau aku lupe suruh korang makan, makan je ape yg ade. Diorg tak masak kat rumah pengantin. Masak kat homestay (Selang 1 rumah dari rumah aku tu korg sume tau dah kan). So kalau food xde kat rumah, gi mkn kat sane k. Aku pesan awal2 ni xmo korang kelaparan nnt.

Okay aku nak kenalkan korang sebab ada antara korang dah kenal, ada yang tertanya2, sape ni?

Mira Ixora-Member aku kat matrik n aku rasa semua dah kenal dia sebab dia selalu diheret ke mana sahaja. Hahaha.
Aishah Hadi-Buddy aku masa PALAPES UPM. Susah senang kena hell bersama. Keh3.
Farah Noorfarhana(Praktikum Mate)+Lia Dufresne Lias(Mumet yang slalu aku kacau*gelak jahat* merangkap boyfriend)+Ta Sha (ex-roomate)+Norjunilaila (classmate paling close) -Mereka ni semua budak TESL sesama ngan aku kat Maktab+UPM
Wanie Ruzli+Amira Alias-Diorang aku kenal sebab diorang kawan kepada kawan2 Padil. 
Izyana Azis+Fatih Ahya-Schoolmate kat MOZAC. 

Aku rasa tu je kot. Selamat Berkenalan. Jangan risau, semua yang jadi kawan aku semua satu kepala ngan aku. Korang sure boleh join. 

Marilah kita sama2 menjayakan majlis wedding aku. *Yeay!*
Panjangnya mesej! Korang jangan tertido pulak baca! K la bye! 

16 June 2012

Official Photograper (OP) is chosen.

Alhamdulillah!
Yes. Yes. Believe me when I said we FINALLY FOUND OUR OP. Less than 2 months baru jumpa OP. It was so scary okay! Banyak sungguh photog yang aku add di fb. Ade dekat 50 orang kot. Yang aku pm tanya price punyala banyak. Selera besar, tapi kena fikir poket jugak. Memanglah boleh je nak ambik photog mahal-mahal beribu tapi memandangkan aku dah spend duit kat tempat lain, so photog ni aku ambik yang price sederhana, tapi gambar tip top. Meh kita cerita sikit pasal pencarian OP nih.

Sebenarnya aku survey photog dari awal tahun, tapi tak pernah buat appointment dengan sesiapa pun. Just pilih tengok gambar dari fb je. Yelah, aku dan Mr. Popeye jauh. Dia pulak kalau dapat cuti, macam keajaiban dunia ke8. Lepas tu, bila kami dah berkenan kat sorang photog ni dan dah buat appointment, boleh tak photog tu tertidur masa pagi nak jumpa tu. Sadis. Dahlah Mr. Popeye tu susah cuti, jenis yang punctual gila, sanggup drive bangun awal nak pergi jumpa photog tu di Senawang. Janji pukul 9.00pagi dengan photog tu, pukul 8.50 dah tunggu kat McD Senawang. Kau mampu? Aku pun sampai pukul 9.30. Tunggu punya tunggu, bayang pun tak dak. Time tu Mr. Popeye dah hangin satu badan. Agaknya kalau budak photog tu sampai, kenyang kena maki dah. Scary, oh!

Aku pun bawak dia pergi makan. Dah isi perut kenyang-kenyang, angin dah kurang pus pus, barulah kitorang gerak pergi cari barang-barang lain. Mula-mula aku ingat nak ambil photog dari KL. Ada jugak plan nak jumpa Anyevent-Giding, Azmin Mohd, and Mr. Popeye pun ada jumpa The Photolicious. tapi kalau ambik photog yang mahal2, just pakej shoot and burn je yang sesuai dengan budget aku. Cari punya cari, Syikin, anak Uncle Tapa (kawan Ayah aku), cadangkan kami ambik Abang Suhaili, Photog dari Seremban. Aku pun buat appointment dengan dia dan masa Mr. Popeye free, kitorang pun pergi jumpa Abang tu. Beliau sangat cool, okay. Dan boleh request-request ikut suka hati jugak. I like! Lepas tengok album semua, maka, atas persetujuan bersama pada tanggal 19 Mei 2012, kami telah mempunyai OP! YEAY! *tepuk tepuk*

Pakej yang aku ambil:
Pakej RM2400.00 + RM100 (taranspot) + hotel (aku sediakan homestay) = RM2500
12x30 2 Set Storybook
16x24 1 set Goldfrem (white frame pun ada tapi dinding rumah aku kan guna tiles putih so aku pilih gold)
DVD softcopy unlimited,
Outing di Istana Seri Menanti, Seremban White House (boleh pilih mana-mana yang
kita suka)

Pasal OP, nantikan review aku selepas kahwin. Both side pun ambil Abang Ali senang. Untuk side Lelaki, kitorang ambik pakej RM900 (sticky album je tak de story book). Boleh tengok pakej-pakej Abang Ali sendiri di Blogspot Abang Ali, Flickr Abang Ali, Facebook Abang Ali.

Balik dari jumpa photog, aku pun ceritala kat Ayah yang photog dah jumpa. Ayah pun tanya balik, dia tak buat video sekali ke? Buat, tapi aku tak de la book video sebab Ayah pun tak cakap pape pasal video. Lepas tu, Ayah cakap dah alang-alang booklah video sekali. Pakej video RM1200 tapi Abang Ali cakap, ni video biasa-biasa je bukan creative video macam CST tu. Boleh je Bang pape pun. Janji nanti boleh tunjuk kat cucu cicit. Happy, okay!  I love you la Ayah! *tepuk tepuk sambil lompat lompat* (Okay aku hover!) Hahahaha.