03 May 2013

Parents Mertuaku!

*Intro cerita korang sila bayangkan lagu trompet dari Orkestra Kasim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku*

Sejak pindah ke KPTOJ ni, PIL aku tak pernah lagi datang. Maka, tanggal 29 April 2013 Adik Ipar aku  mesej...
Lina: Slam Kak. Ary rbu ney mak gan ayah blik mlake. nak m'undi. kene tinggal.
Olive: Ahahaha. Bye3. Spe amik mak n ayh kat airport?
Lina: Kureng...x bley pakai tol la. hurm untah sya pon x tau.
Olive: Nnt akak suh abg call mak n ayh
Lina: Mak gan ayah balik rabu ney...smpai mgkn 7 mlm...pastoe mak gan ayh tdo kat rumah abg dlm 3 ry cm toe. baru blk jasin. hehe.

Aku pun bila baca Mak ngan Ayah tido kat rumah Abang dalam 3 hari...macam...'Herk'. Tercekik japs.  Hahahaha. Bukan sebab tak suka tapi sure2 la gelabah bewok especially tang masak memasak. (Okay, lap peluh jap). Bukan aku tak reti memasak tapi tau jela MIL kan sifu so macam aku ni kira tahap amatur je weh. MIL aku power okay! Semua benda dia reti masak. Dari kuih muih sampailah ke laksa gulai semua. Adik Ipar aku pun pandai jugak. Aku? (-.-)

Untuk menyelamatkan keadaan, aku pun ajak Mak aku ke KL sekali. Yaw! Pandaila kan cari taktik nak selamatkan diri. But my mom was like "Eh, ape pulak Mak mertua ko yang nak datang aku pulak ko suruh masak. Masaklah sendiri!" And she refused to go to KL with me. Sobs. Tapi cakap je camtu. Masa aku nak gi KLIA amik PIL tu, dia beriya masak asam pedas dan macam2 lagilah. So, aku balik rumah just panaskan lauk dan goreng sayur saja. (Bestkan Mak aku. Sayang Mak ketat2!)

Okay cut all the lame stories, nak jadi cerita... the next day MIL tak bagi aku masak sebab dia nak masak bihun goreng je petang tu sebab kawan dia nak datang. (Fuh, lega!) Kalau tak, Hubby dah pesan jangan masak memandai2. Buat2 macam nak belajar je dari Mak sebab kang kalo tak sedap buat malu je. Cis. So hari tu aku bawak PIL lunch kat Saba Restaurant kat Jalan Jelatek tu je. Sodap! Hehehe.

Petang2 sikit MIL ajak aku gi pasar. Memula aku macam tak mo bawak gi pasar sebab pasar tu licin dan dia pun baru lepas operation. Tapi sebab dia nak cari barang2, aku pun bawak je la. Pastu sampai kat pasar, dia cakap nak buat pengat! Errrr... Aku memang tak suka pengat. Pastu dia pun tanya... "Su suka pengat tak? Buat pengat keladi macam sedap ni." Sambil tunjuk ke arah keladi. Aku dah weng... Takkan nak jawab aku tak suka pengat apetah lagi keladi. Pastu, dia tanya lagi "Keladi ni keras tak ek?" Memandangkan aku macam blur2 tak tau nak jawab, dia pun tanya kat orang kedai tu keladi tu empuk tak. Errr... Aku memang serius tak tau lansung cemana nak masak keladi. Tapi aku pernahla dengar yang keladi ni gatal. Tapi serius keladi tu macam aku tak pernah tengok (or aku tengok tapi tak concern lansung!). Masa kecik2 dulu Mak adela masak gulai keladi tapi ambik tepi parit depan umah kampung tu je. Keladi pasar ni, tidaklah beta ketahui empuk ke idak.

Pastu jalan2 lagi dalam pasar, MIL nak cari gula melaka+sagu untuk di buat pengat. OKAY, AKU TAK PERNAH TENGOK SAGU AND SO WHAT! Sagu yang dah jadi kuih tu aku tau le. Tapi aku follow je sebab semua MIL yang cari dan tanya kat orang kedai tu. Bila dah dapat gula Melaka tu, tetiba jumpa pulak 1 mende ni dia macam berbungkus dalam daun pisang kering. MIL aku cakap "Eh, gula kabungla. Rugi dah beli gula melaka tu". Tapi at last dia cakap "Eh, bukan gula kabung ni". And I was like... APEKAH ITU GULA KABUNG!!! Aku whatsapp Hubby. Dan Hubby dengan sungguh jahat cakap "Hahahahahahaha. Berkabungla B sensorang kat paso tu. Tanak bagi tahu." So bad! Tak sempat google, aku teruskan perjalanan. Lepas tu dah siap semua and ktorang pun balik. MIL pun ajar cemana nak masak sagu dengan elok since aku memang blur tak tau nak masak pengat yang simple tu.

Now bila aku google rupa gula kabung tu macam gula Melaka tapi tak taulah apa beza dia. Lantaklah. Nanti2 je aku tanya Mak aku. Mak aku sure tau punya tu. Hehehe. Best 3 hari duduk dengan PIL sebab diorang funny+suka buat lawak. FIL aku jahat suke usik2 MIL aku. Sweet je diorang. Sekian cerita tanpa gambar sebab tak amik pic. Pemalas.

p/s: Semoga MIL sembuh+recover cepat dari sakit yang dihadapinya. Amin.
Next entri I'll update about KL Book Fair.

2 comments:

Mummy MM said...

Hahaha.. Samalah tak pandai masak.. Incik Boss saya lagi terer masak dari saya.. Hihi..

Suraya Nordin said...

huhu,nebessss ok diorg dtg.hehehehe