Tajuk entri yang lame. Okay memang bosan. Aku baca kat facebook orang tulis status
"First Ramadhan bersama suami".
"Hari raya pertama bergelar isteri".
Tetiba aku nak sentap. Dalam hati aku, "Eh! Ni pun first puasa aku dengan Popeyelah!" Baru perasan. Boleh??? Hahahaha. Dan baru nak perasan jugak, tahun ni raya dengan HUSBAND. Tapi aku sungguh tak excited. Kenapa? Sebab tak sure Encik Popeye dapat cuti ke tak. Kalau Tan Sri(TS) baik hati, maka dapatlah beraya bersama-sama. Kalau TS nak beraya bersama Flag beliau, makanya selamatlah Encik Popeye beraya di Masjid Negara.
Tapi masa first puasa hari tu, TS bagi Flag dia cuti. Baik jugak hati beliau itu. Thank you TS (Dalam hati je la aku cakap kan... Hehehe) Happy dapat puasa dan berbuka dengan Encik Popeye! Dia suka bawak aku gi berbuka kat buffet best2. Kenyang gila! Sampai ada 1 masa tu, kami kenyang sangat, aku ajar Encik Popeye cara aku selalu buat dengan member-member bila makan sampai nak pecah perut. Iaitu dengan jalan dengan berbongkok dan sedikit menunduk. Okay sila imagine, dua orang couple jalan menunduk on the way ke kereta. Anda mampu? Kami mampu, okay! Pedulikan orang yang usha pelik itu! Hahahaha.
Dah kahwin ni, kalau aku majuk pun, tak leh lama lah. Macam kesian pulak. Dan dia pun asyik BBM jek pujuk2. Pelik kan? Dulu masa couple kalau aku merajuk dia biarkan je (Ye beliau itu sungguh kejam). Tapi best pulak macam ni. Hahahaha *Gedik!*
Hurm. Persiapan hari raya? Non hado! Baju raya aku pakai baju hantaran tu je sebab tak pernah pakai lagi. Tudung, dah beli awal-awal tudung Aidi Juma. Kuih raya, seminggu sebelum raya kot baru aku nak start buat. Makanya kerja aku kat rumah cuma melepak sambil belajar masak sikit-sikit. Mungkin minggu ni aku ke KL lagi sebab Encik Popeye asyik bagi hint je cakap dia bosan duduk rumah sorang-sorang. Datangla KL. Adoi. Malas sungguh la aku nak drive time puasa ni. Tapi duduk je kat rumah hati teringat orang kat KL tu je. Dilema orang dah kawin betul la aku ni.
Banner Set Jadual 2020
4 years ago
2 comments:
hihi..jarak jauh..ap blh bt.dlm dilema saje la jawab ye.semoga terus bahagia k! :)
thanks k. ayut pun same... semoga hepi selalu n slamat hari raye! :)
Post a Comment