16 July 2012

Cerita Malam 13 Julai.

Ha! Korang jangan fikir bukan2, okay! Hahaha! Ni cerita pasal malam birthday aku. Tahun2 yang lepas, Jam2355 mesti dah ada orang call. Ada yang kadang-kadang lebih awal daripada tu. Orang tu tak pernah lupa nak call. Tapi tahun ni, orang tu buat2 tak tahu je. Dia duduk atas katil, sambil main game! (T_T). Aku pun dah macam malas nak layan, terus berpura-pura tidur. (Konon2lah!). Tepat Jam0000, ade orang wish kat telinga "Happy Birthday Sayang". Okay, terbang! Selalu wish kat telinga jugak, kan. Tapi through handphone. Hehehe! "Sorry tak de hadiah untuk B tahun ni" (Sambil dia buat muka bersalah).

Sebenarnya, aku tak perlukan hadiah pun masa birthday aku. Sebab, memiliki dia sebagai seorang suami pun merupakan hadiah yang cukup besar dan berharga. Syukur, Alhamdulillah :)


No comments: