06 May 2011

Puncak Broga Kami Tawan!

Gambar akan di upload kemudian sebab aku hanya menumpang camera Shazwan+Fahmi Khan+Najat+Jud+Papa. Aku bawak air dan badan je. Ha ha ha!
Setelah untuk kesekian kalinya merancang perjalanan ke Broga, akhirnya kami dapat merealisasikan impian menawan puncak Broga! Seramai 18orang TESLian Cohort 5 telah menawan Broga! Tidak dilupakan, Iklil kawan Wan Mohd Najat yang turut join sekali. Sangat seronok! Cuaca yang baik melicinkan lagi perjalanan kami mendaki. Alhamdulillah. Dari Broga Car Park ke Broga Peak kami berjalan kaki sejauh 1.7km. Penat, lelah bersama kami harungi. Kami berjaya sampai ke 1st Check Point dalam Masa 30minit.
5 Januari 2011
4.30 a.m berkumpul di Petronas K10. Tapi kami Melayu semua, Tan tan tut sorang je cina, so janji pun macam orang Melayu, 4.40 baru gerak dari UPM. Disebabkan kehilangan Smart Tag yang tertinggal dalam kereta Ayah, aku tercicir dan sesat tapi berjaya menjumpai jalan yang benar. Kesian kawan2 kena tunggu aku. Adalah jugak dalam 30minit. Banyak cabaran nak panjat Broga. Dalam perjalanan mendaki ke atas, salah seorang dari kami hampir give up. Penat beb...! Tapi aku bangga dengan yang lain2. Sebab diorang keep on bagi support, tunggu sampai member cool down, chill, then sambung jalan. *terharu kan?! Saye suke sangat! :)*
Sampai di 1st Check point pukul 6.30. Diorang siap2 dan solat Subuh berjemaah.

Di 1st check point, ada di antara kami yang stay kat situ manakala half lagi meneruskan pendakian ke puncak. *Peh, gaya macam cerita daki gunung seh!*
Perjalanan ke puncak dikatakan lebih mencabar. Tapi, aku rasa biasa2 je. Cuma lebih curam dari perjalanan sebelum ini. Perjalanan turun aku rasa lebih mencabar sebab tersalah langkah, menggelungsur la ke bawah. Tapi member2 aku rilek je lari2 naik ke puncak. Kebetulan, junior2 ROTU pun naik Broga pada hari yang sama. Ada yang 'Assalamualaikum, Puan' siap kat atas puncak tu. *Kagum!*

Lepas turun dari Broga, kami mandi manda di Sungai Tekala. Pergh! Terbaik wa cakap lu. Biar pun air dia tak dalam, tapi dah peluh2, dapat berendam dalam air yang sejuk memang sangat best. Lepas mandi manda baru rasa letih tu datang. Rasa nak tidur je sebab semalaman tak tidur. Exicted nak pergi Broga punya pasal. Walaupun letih, tehtaplah jugak kena drive balik UPM. Rasa tak sabar2 nak sampai. Terbayang2 bantal memanggil.

On the way balik, aku menyaksikan accident depan mata. Motor lelaki tu jam. Tiba2 terjatuh di jalan terus terseret muka, tangan, dan kaki beliau. Kesian gila! Kawan2 aku tolong angkat lelaki tu, hantar ke klinik. Nasib beliau baik lori di hadapan sekali sempat menekan brek.

Thanks kawan2. Aku happy sangat. Meaningful moment created before I left UPM. You guys are so rawk! Aku sangat terharu dengan semangat kerjasama korang yang sanggup tunggu member, tak tinggal member. Hope ada lagi aktiviti camni pada masa akan datang. Love you all!

Enjoy the pictures!

I AM THE WRITER!
Harith, Me and Fahmi Khan (My Deskmate!)
The Beauty of Broga Hill's Sunrise
Me and Iklil (Najat's Friend)
Everbody's Jumping!
Those Who Manage to Hike until Broga's Highest Peak.
Our Cameraman-Wan Mohd Najat

Another Cameraman-Mohd Shazwan

No comments: