30 Mei 2011
Mak and Ayah datang jemput aku kat Kolej, terus pergi Shah Alam untuk attend wedding anak kawan baik Ayah, Pak Cik Abu Zarin. Food dia, superb wa cakap lu! Semua masak sendiri tapi memang enak. Aku makan, makan dan makan dengan tak tahu malunye. Ha Ha Ha!
Cari hotel nak check in, malangnya semua FULL HOUSE. Yang ada, hanyalah Suite kat Concorde. Nak tak nak, kami terpaksa tidur situ. Hadi (My little Brother) happy gile and Ayah pulak macam pasrah gile. Ha Ha Ha!
Concorde Shah Alam
Memang best tidur kat sini. Sangat selesa. Hadi tak melepaskan peluang untuk berendam habis-habisan kat swimming pool. Aku duduk tepi je la kene teman budak kecik tu mandi (-.-) sambil cuci mata tengok orang pakai swimming trunk (o_0).
Internet connection pun laju. Nak download Gossip Girl sekejap je.
Tapi yang tak bestnya, Hadi bawak lappy tapi tak bawak charger. So, pinjamlah charger aku. Then, dia lupa nak pack, TERTINGGAL!!!
1 Mei 2011
Happy Labour Day!
The next day, lepas makan kenduri, kitorang gerak pergi Cameron. Masa check out tu, aku tak perasan lagi lappy aku tak ada charger. Dah check in dekat Herritage Hotel baru la sedar charger tertinggal. Terus call Concorde then lusanya baru la Concorde call balik cakap diorang dah cari tapi tak jumpa. Bila aku tanya, ada orang lain check in kat bilik tu ke lepas kitorang check out? Diorang kata tak ada. Pelik! Charger aku ada kaki pandai berjalan sendiri mencari MBA aku kat UPM nih. ~Sobbing~
Heritage Hotel Cameron
Terpaksa melupakan kisah sedih charger tak de teruskan hidup dengan berpoya2 di Cameron sehari, makan stawberi dengan banyaknya! Nyam3! Lepas tu beli jangung kat pasar malam Brincang. Tapi yang tak bestnya, orang ramai gile, oh! Sebab cuti sekolah kan. Pergh. Padat! Next time kalau nak pergi lagi, mesti pergi time weekdays. Tapi tehtaplah jugak enjoy tak ingat sampai tertinggal Bath Lily aku. Adoiyai! Pelupa sangatlah sekarang ni. Masalah betul.
2 Mei 2011
Pagi2 Isnin Mak dah bok bek bok bek suruh aku bangun, call Popeye, bagi tau dia Mak and Ayah nak gi Lumut nak jumpa dia. Dang! Aku rasa macam... 'kenapa perlu kejut aku pukul 6.30 semata sebab suruh call dia???!'. Dengan itu aku pun menyambung tidur nanti2 je aku call. KehKehKeh.
Lepas check out, Ms Driver a.ka. diri aku sendiri drivelah ke Lumut. Perjalanan mengambil masa entah berapa jam sebab jem segala. *Memang tabah gile*
Sampai Lumut Encik Popeye belanja lunch yang best! Walaupun bukan kat kedai yang aku selalu pergi tapi janji perut full so macam berbaloi jugakla penat2 drive jauh2, kan. Then lepas makan Encik Popeye bawak Hadi pergi naik kapal dalam base Lumut tu siap round2 base sekali. *Ampes dah la tak angkut aku sekali! Tak aci tol!*
Aku pulak dengan Mak shopping ikan bilis, ikan masin, ikan segala macam ikan sampai aku pun tak tahu nama ikan tu.
Dah abes pusing2, kitorang pun nak gerak balik. Yang bestnye, time ni dapat tengok Encik Popeye dengan muka beliau macam touching2 sikit. Sebab terharu kot Mak and Ayah datang jumpe dia. Rasa macam sweet pulak time salam2 tu. *Tapi aku tak salam la Encik Popeye tu. Haram weh!*
Sekian laporan Holiday Labour Day pada kali ini. *wink!*