16 February 2011

Cuti Maulidur Rasul Yang Best.


...3 Budak Senget...

Isnin (Malam)
Afet a.k.a Fatin Ahya ajak aku dinner sama2. Lama oh tak jumpa dia. Sangat rindu. Sampai2 je kat bawah Kosass...

Afet: Olive, kau tak de kelas kan esok?
Olive: Ha a tak de nape? Ko nak ajak aku pegi mane2 ke?
Afet: Jom pegi Melaka?
Olive: Boleh2. Nak pergi pukul berapa?
Afet: Sekarang. Aku nak makan ikan bakar.
Olive: Ha? Ko gile.

Okay. Afet gile, aku pun sama gile. Maka, aku naik bilik kejap pack barang and Afet dengan sehelai sepinggang gerak pergi Melaka. Sebab? Nak jumpe Mang a.k.a Izyana. Lame gile dah tak hang out bertiga. Last sekali masa wedding cousin aku anak Uncle Dena. Oh, sungguh gilak. Sampai Melaka pukul11. Mang macam nak pengsan je tengok aku and Fet datang. Macam nak nangis pun ada jugak. Tapi best. Ye. Aku rindu korang sangat. Nasib kami baik Mak Mang bagi kitorang keluar malam2 makan seafood. Aku lapar gile woi sebab janjinya dengan Afet keluar makan kan last2 sampai ke Melaka. Panjang sungguh langkah. Lol.

Benda paling best? Mang dah gemok! Ouh, Mang! Teruje gilak, okay! Best gilak bahan dia. Mang demok! Mang demok! Mang demok! Lalala~


Aku makan tak fikir ape dah. Supper dah ni bukan dinner lagi. Sedap gile oh! Murah pulak tu RM40 je (Like). Kedai dia somewhere in Alai (Abg Mang yang hantar kitorang sampai kat kedai ni).

Esoknya kitorang Melepak kat Banda Hilir. Cari baju untuk TESL Nite aku. Cakap je tak excited pasal attire hunting kan. Padahal. Padahal. Penipu betol! lol! Dah beli dah (Happy! *Wink*Wink*)


Lepas tu pergi melepak kat Secret. Ingat lepas melepak dah nak gerak balik sebab Afet nak jumpe Ah Fett's Sayang kat Melaka Mall tapi enjin kereta tak hidup pulak. Sebab? Ah Fett masih berada dalam kegelapan so siang2 pun dia nak pasang lampu. Aku pun tak tahu kenapa? Lepas tu dia dah gelabah biawak nasib baik ada Abang Macho (Afet la yang cakap) a.k.a Ah Fett's Sayang tolong jumpkan kereta itu. Lepas dah settle Ah Fett's Sayang itu belanja pulak kitorang sume Starbucks. Ouh, memang best. Saya suka lelaki bekerjaya! Lalala~

...Kesayangan...

...Mang demok! Mang demok! Mang demok!...

Happy giler dapat jumpa budak 2 orang ni. Kawan2 aku yang gile, tapi best. Even masing2 busy macam nak mati tapi friendship never end kan. Rindu gile kat korang. Serious. Best even dapat lepak sehari je. Thanks Afet bawak aku pergi sana. To Ah Fett's sayang, aku tak amik gambar kau sebab nanti jadi kontroversi so biarlah nama kau dirahsiakan sampai Afet sendiri reveal siapa kau. Btw, pasal Starbucks tu, terima kasih daun keladi lain kali belanja lagi! Ops! To Afet, thanks bawak aku gi Melaka and buat aku happy. To Mang, Mang demok! Mang demok! Mang demok. lol!

No comments: