Hari raya kali ni memang menggembirakan (atas sebab2 yang dirahsiakan hanya diketahui oleh beberapa orang penting sahaja). Tapi kali ni bukan nak cerita pasal kegembiraan tu. Nak cerita pasal Nenek. Orang Negeri Sembilan panggil Nenek=Wan/Uwan.
Masa petang Hari Raya Pertama, Mak Cik aku datang beraya. Bawak Wan aku sekali. Wan sebelah Ayah. Aku tak rapat dengan Wan. Sebab dari kecik, aku cuma akan pegi rumah dia setahun sekali je iaitu time raya. Kalau lebih dari sekali tu mungkin sebab kenduri atau majlis berbuka puasa. Lagi pun, dulu Wan macam tak suka dengan Mak aku. Pendek kata, aku dengan Wan tak rapat lansung. Apatah lagi sejak akhir-akhir ni, Wan macam dah kene penyakit Dementia/Alzheimer. Wan kerap memarahi mereka2 disekeliling beliau dengan perkataan-perkataan yang menggores hati. Sungguh menakutkan. Jadi, setiap kali aku jumpa Wan di mana-mana, aku akan salam, ciom tangan, lepas tu duduk jauh-jauh. Memang semua Cucus Wan takut dengan sikap Wan. (-_-)
Nak dijadikan cerita, masa Wan datang dengan Mak Cik aku di petang Hari Raya Pertama, Wan lansung tak nak balik. Wan cakap Wan nak duduk sini. Sini bermaksud rumah aku! OMG. Aku dah pandang mak dengan pandangan "APEKAH?". Wan datang tanpa sebarang preparation pun. Tapi Mak aku okay je. Bermulalah kehidupan Wan di rumah kami.
Wan duduk sini, dia asyik memburuk-burukkan anak-anak dan cucus yang dia tak suka. Tadah telinga saje weyh. Bibik baru pulak belum datang lagi. Jadi segala kerja rumah kenalah aku dan Mak yang buat. Penat siot. Jaga Wan lagi. Kesian aku tengok Mak. Kalau aku dah balik UPM nanti, macam mana Mak nak menghadapi Wan sorang-sorang?
Hari ni Wan tak sempat ke bilik air. Dia TERbuang air di hadapan pintu bilik air. Habis sapu kaki semua. Mak bersihkan. Petang pulak, Wan TERbuang air besar pulak depan pintu bilik. Ayah bersihkan. Mak dah macam nak menangis sebab Mak penat. Mujurlah ada Ayah. Besar betul dugaan menjaga Wan. Mujurlah dia tak marahkan kami. Dia asyik mengomel marahkan anak-anak yang lain. Sigh.
Anak Wan ramai. Semua sekali 12 orang. Meninggal 4 orang, tinggal 8 orang. Perempuan 5 Orang. Lelaki 3 orang termasuk Ayah. Tapi keadaan Wan masa datang kat rumah aku, sigh. Tak tau la nak cakap. Diorang cakap, Wan tak nak diorang mandikan. Tak nak diorang basuhkan baju Wan. Aku pun tak paham. Tapi kat sini dia nak je Mak basuhkan baju. Ayah mandikan tiap-tiap pagi. Mungkin betul kata orang dulu-dulu, "Mak seorang boleh jaga 12 orang anak, tapi 12 orang anak belum tentu boleh jaga seorang Mak".
Wan cakap, kalau kami sekeluarga tak nak dah jaga Wan, kami boleh hantar dia ke rumah orang tua. Wan macam sangat kecik hati dengan anak-anak Wan yang lain. Entahlah. Aku pun tak tahu apa yang berlaku di antara mereka dan Wan.
Aku harap jugak Bibik baru segera sampai. Kesian Mak dan Ayah. Diorang bukan kuat sangat. Sepatutnya, orang yang lebih muda patut jaga Wan. Bukan Mak dan Ayah aku yang dah tua. Tapi Wan tak nak. Tak tahu lah Wan nak duduk mana kalau kami semua tak jaga Wan. Kesian nasib Wan. Aku harap Mak dan Ayah lebih tabah dan sabar menghadapi Wan.
Banner Set Jadual 2020
4 years ago
4 comments:
aku pernah mengalami benda cam ko..cumer...nenek yang aku sayang...jadi aku jaga die macam mak aku sendiri sebab memang die macam mak aku sendiri..tp klu datang yang sorg g...memang aku wat bodo je la...lantak la..huhuhu
org2 tua mmg bnyk peel nye smpi ank2 pun da naik geram. tp tu sume bukan alasan. tggjwb ank2 untuk jg mak ayah dorg. sian wan. hope u n family dpt jg wan. xperlulah hntr kerumah org2 tua. xsanggup D nak tgk..ok? take care. sampaikan salam bt wan. :)
Jalak Lenteng: Aku bace cite yang ko ckp tu...Huhu
Da'daffodil D: Memang kami akan jaga Wan pun. Mak n Ayah takkan sanggup nak hantar Wan g rumah orang tua. Take care too :)
I just lost my grand ma 3 weeks ago,
Post a Comment