02 January 2009

Cikgu Saya 1993-2004

1993 (Taman Bimbingn Kanak-Kanak-TBK)

Cikgu Sariah Sitam

Cikgu Sariah ni kawan mak aku. Jiran Mak Lang aku. Dia memang sangat baik. Sampai sekarang pun aku masih sering jumpa dia. Sebab anak dia beli rumah sebelah rumah aku. Kenangan waktu sekolah tadika aku yang paling tak best bersama cikgu ni-dia selalu ketuk tangan aku masa aku menulis. Sakit! Sebab aku dulu kidal. Mak aku pesan kat dia suruh ketuk tangan aku kalau aku menulis pakai tangan kiri. Disebabkan dia, aku menulis pakai tangan kanan sampai hari ni. Sebab tu la tulisan aku dari dulu sampai sekarang memang buruk gila. Bukan salah aku la kiranya kan?

1994-1999(S.K.S.U)

Cikgu Norshahlizina Zam

Punyalah susah nak ingat nama dia. Sekali ingat, confirm tak lupa. Aku panggil dia cikgu Lin. Cikgu English dan guru kelas aku masa Darjah 1. Garang ya amat! Tapi cun gila. English aku memang power time ni sebab aku rajin gila belajar. Takut seyh! Masa aku duduk hospital sebulan disebabkan pembedahan kaki(sebab ape aku tak perlu nyatakan di sini. Yang penting aku budak baik) dia datang melawat aku dengan husband dia. Bawak majalah Si Kecil(masa zaman aku majalah ni glamour gila), dan ada 2 lagi majalah aku tak ingat nama dia. Terubat jugak lah rasa bosan aku dengan kehadiran majalah-majalah tu. Tapi masa hujung tahun 1995, dia pindah. Ikut husband dia. Sedih jugak. Perpindahan dia menyebabkan English aku merosot sikit (jadi malas semula)

Ustazah Azimah

Ustazah ni ajar kelas aku Agama masa darjah 4&5. Dia juga ibu angkat aku. Macam mentor la. Masa tu dia baru ada anak sorg. Nama dia Fais. Baby lagi time tu. Aku panggil dia umi. Dia bagi aku hadiah frame gambar wish good luck untuk UPSR. Aku simpan lagi sampai sekarang frame tu. Pesan Umi-Suruh aku jadi anak yang baik =)

Cikgu Hamden B. Haji Harbi

Yeah. Ur rawk! Dia ni paling best dan aku paling baik dengan dia. Dia cikgu baru. Baru masuk masa aku darjah 3 dan terus jadi guru kelas aku. Darjah 4 dia ada ajar kelas aku jugak. Sampaila darjah 5 dan 6. Bila darjah 6, dia jadi cikgu tusyen aku dengan kawan2. Yang tak boleh blah pasal dia, dia panggil aku Siti. Tak sesuai betol. Tapi malangnya aku menghancurkan harapan dia dengan result 4A1B. Apakan daya.

2000-2002(S.M.K.B.K)
Cikgu Siti Zaharah

Dia ni cikgu yang paling aku tak suka. Emosi dia selalu tak stabil. Takkan sebulan 30 hari period kot? Lepas tu ada perfume semula jadi pula yang di bawa ke mana2(sape sama kelas dengan aku dulu mesti dia faham). Dia mengajar aku matematik masa Form2. Dah lah apa yang dia ajar pun aku tak paham(bukan aku sorang yang tak faham.1 kelas beb), aku salin lambat boleh pulak dia main debik2 belakang. Memang dia buat aku hangin. Dari pertengahan tahun sampai hujung tahun aku tak penah jejak kaki kat kelas dia lagi lepas peristiwa debik mendebik tu. Datang ambik ujian je(belagak poyo la konon). Tiap kali kelas dia aku ponteng pergi lepak makmal komputer main game. Nasib baik math aku maintain A dalam ujian tu even aku tak masuk kelas almost setahun. Giggle.

Cikgu Siti Salmiah

Cikgu paling bergaya. Aku pernah mention pasal dia sebelum ni. Kalau hari tu dia pakai warna merah, dari atas sampai bawah warna merah. Sampai sekarang aku tak pernah jumpa cikgu macam dia. Tak tau la lepas ni. Dia mengajar aku Sains masa Form3. Satu kelas bersyukur bila dia ambik alih kelas dari cikgu Sains masa form2. Kalau dia tak ambik alih, aku tak tahu la macam mana result PMR kami. Cara dia mengajar memang superb. Sangat faham.

Cikgu Normah

Cikgu Sains form2. Aku tak bolah blah dengan dia. Sebab dia ni jenis yang kurang kemas sikit(cara dia pakai tudung tak berapa betul). Suara dia pun tak berapa aku nak dengar(sebab aku suka duduk table belakang sekali dalam lab). Tanpa aku sedar(buat2 tak sedar sebenarnya), disebabkan faktor itu aku selalu tidur dalam kelas dan tak berapa berkenan nak pergi kelas dia (tapi kelas dia aku tak ponteng sebab aku respect dia). Tapi dia baik. Caring pulak tu. Cuma masalahnya aku. Tapi walaupun dia macam tu, aku tetap berterima kasih dengan dia. Kalau dia tak mengajar aku Sains form2, mesti susah nak dapat A dalam PMR.

2003-2004 (MOZAC)

Cikgu Ahmad Ngadi

Kalau ada silent readers yang membaca ni budak MOZAC, mereka mesti memahami. Cikgu Kimia aku masa Form4. Ramai student panggil dia Amat Nganga. Kira Nickname dia la. Satu kelas tak suka dia(memang kami sepakat). Semua orang malas pergi kelas dia. Satu hari, semua pelajar 4Sigma ponteng Kimia. Padahal lab kat bawah kelas kami(kira boleh nampak kalau dia masuk ke lab tu dari kelas). Bila tengok dia dah masuk, semua kawan2 aku yang duduk tepi tingkap, tutup tingkap. Buat2 tak nampak dia masuk lab. Ada yang tido(aku la tu), ada yang bersembang2 macam tak ada apa2 terjadi. Ya. Kami slumber yaya. Dia sangat hangin masa tu dan terus jerit dengan lantangnya (sampai kelas 4Alpha pon boleh dengar kot). "4Sigma!!! Turun sekarangg!!!" Panggilan pertama kami buat2 tak dengan. "4Sigmaaa!!!"(dalam ati aku-macam tarzan seyh). Sampai panggilan ke3 yang semakin lama semakin kuat, kami beramai2 terpaksa la jugak turun(dengan pernuh kemalasan di dada sebab takut kalau tak turun nanti GPK HEM pulak naik). Semua yang tutup tingkap tadi bukak balik tingkap tersebut. Sampai2 lab kena debik dengan dia. Muka dia merah menahan marah. Tapi aku belit sikit. Maka tak kena. = p

Cikgu Normazitah

Guru kelas+Cikgu Matematik+Cikgu Matematik Tambahan. Aku memang bodoh math. Aku pun tak tau kenapa kalau apa2 yang berkait dengan nombor otak aku memang slow. Kenapa aku tak boleh lupakan dia ni? Sebab dia la aku dapat gelaran "ratu tidur". Aku duduk depan sekali. Memang betul2 depan cikgu. Tapi bila cikgu masuk, mata aku dengan sendirinya akan tertutup(semua subjek bukan math semata-mata). Memang dasyat. Kadang2 aku tidur sampai waktu kelas habis. Maka aku rasa aku memang deserve gelaran tu kot? Entah?

Cikgu Rachel

Cikgu india pertama yang mengajar aku. Sebelum ni tak pernah ada cikgu India yang ajar aku. Bukan racist, tapi dulu aku sekolah kampung. Mana ada ramai cikgu India. Dia ajar aku Biologi. Aku tak boleh lupakan dia sebab di setiap ayat dia mesti ada "nii...". Contoh supaya kamu semua lebih faham "ni kenapa dengan kamu semua ni..."/ "ni Suraya(kadang2 dia sebut Suraye. Suke hati dia) ni tidur saje ni..."/"ni kenapa kamu semua susah sgt nak faham ni..."(suara dia aku tak tahu nak tulis macam mana tapi memang aku ingat sampai sekarang). Lagi satu sebab aku tak boleh lupakan dia, dia pernah marah Popeye. Bayangkan Popeye yang pendiam itu dimarahi. Bayangkan. Bayangkan. Cepat! Cepat! (kalau Popeye baca post ni matila~)

K.M.N.S 2006-2007 (K.M.N.S)

Pn. Salwa Anita

Dia English teacher aku. Kelas dia, memang lawak gila. Cun. Slumber. Sempoi. Memang lecturer paling best. Rapat gila dengan aku sampai sekarang(rasa rindu sekejap pada dia). Lepas meletup-letup kepala belajar subjek Sains, kelas dia adalah tempat merehatkan otak. Dia juga seorang gossip girl. Mempunyai 2 cahaya mata (setakat ini) dan masih kelihatan seperti belum berkahwin. Aku pun tak tahu macam mana dia buat untuk kelihatan macam tu sebab menurut dia-tak ada petua cuma ceria selalu. Walaupun buat lawak, dalam lawak dia ada mesej2 berunsur nasihat. Yang tu paling aku suka. Bravo Teacher!

Mr Subki

Dia tak mengajar aku pun. Sebab dia cikgu fizik. Tapi kami baik sebab selalu main Squasy bersama-sama. Dia rajin bersukan dan obses pasal kecantikan diri. Pakai Clinique. Dia juga mangsa gossip2 liar di matrik(kesian~). Dia rasa dirinya sangat cantik dan sexy(adeyh~). Tapi dia tak kedekut. Selalu bawak aku dan Dian(partner squash aku) pergi pasar malam, breakfast, makan mee kat kedai mamak yang best. Yang tak best pasal dia, dia panggil aku "perempuan gila". Masa dia datang beraya kat rumah aku dengan Cikgu Faizal(bestfriend dia) dan junior2 aku beberapa tahun lepas, siap cerita kat junior aku lagi dia panggil aku macam tu. Cis. Jatuh saham aku.

I.P.T.I (2007-2009)

Encik Baharom Bin Sulman

Kalau budak maktab aku baca blog ni. Sila komen dengan sangat banyak tentang perasaan kamu semua terhadap beliau. Ya. Beliau sangat membencikan. Dulu ketua warden. Sekarang aku tak tau jawatan dia tapi dah masuk HEP. TESLian panggil dia Encik B(aku pun tak tahu sapa mulakan. Tapi sumpah geli. Macam manja2 pulak! Tak kuasa I). Selain tak suka TESLian, mencari kesalahan TESLian dan mengutuk TESLian di perhimpunan, aku tak tahu apa lagi kerja dia. Dia tak mengajar aku apa2 pun(mungkin sebab subjek English dia sendiri pun berterabur kot). Yang penting, dia anti TESL. Suka berkeliaran di maktab dengan Waja JJTnya(sekarang dah pakai CRV. Gempak la tu konon). Kroni dia adalah Ketua Jabatan Bahasa sekarang yang menggantikan Ms Loh (nama perempuan buta fesyen[kata kawan2 aku] ni aku tak tahu dan tak ambil tahu). Semester 1 ni hidup aku tenang sebab Baharum tak cari pasal dengan aku. Cuma Semester 2 ni macam bakal berjumpa dengan dia yang aku "rindui" itu sebab kad keluar masuk aku dan Buddy(Tasha) dia ambil(mungkinkah dia juga rindu pada kami? Yawww!!!). Kami lupa nak ambil di gate. Giggle.

Walau apa sekali kenangan aku bersama cikgu-cikgu aku(buruk dan baik)-Encik B terkecuali. Dia bukan cikgu aku! Aku berterima kasih sebab tanpa mereka siapalah aku. Aku tak pernah menjangka aku bakal menjadi pendidik seperti mereka suatu hari nanti. Sampai sekarang aku masih belum suka menjadi seorang CIKGU dan tak suka SEKOLAH. Aku perlukan masa untuk addapt semua ini. Tapi aku suka apa yang aku belajar sekarang (subjek English sahaja bukan subjek pendidikan). Kepada semua, hormati guru. Kalau nak escape/menuang kelas, pastikan A dalam tangan.

*Wink*

3 comments:

Anonymous said...

well,it's so exciting reading ur blog..esp that B things! haha! what can i say here is he's such a trouble to us!! why do he hate TESL so much?? i heard d rumours dat his son apply tesl tp x dpt..tu yg dendam smpai skang! haha..but then, xtau la kan..well, about the natural perfume kekdahnye~ yuckkss!!! perlu la nak letak sekali bnde tu? haha..xphm aku!

its better wif d new skin of ur blog..write more so dat i can comment! huhu~

Suraya Nordin said...

Hahaha... Well...well...Buddy, sekarang "B things" x kacau kite lagi. Wah! Best betol.
Natural perfume...Tettt. Cukup sampai di situ. Hehehe

Anonymous said...

bajet kau tu troublemaker sangatlah..poyo je lebih