25 November 2012

Selamat Berpindah Ke Rumah Baru.

Dah masuk 2 bulan aku dan Mr. Popeye menjadi warga KPTOJ since 26th September 2012 (gila lambat nak update). Oh ye, KPTOJ stands for Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa. Akhirnya, penantian berakhir dan kitorang dapat rumah! YEAY!
Jom tour rumah yang baru dibersihkan (sorang2 oleh Encik Popeye sebab aku keje kat Bahau)...

Gambar ni diambil dari pintu masuk. Time ni lom pasang langsir sume tapi sekarang dah ada langsir so macam sangat terang di situ. Sampai sekarang pun rumah kitorang takde TV. Bosan2 aku ngan Mr. Popeye layan cite korea je. Jambu kan Hubby saye layan cite Korea sesame. Hiks!

Close up dari ruang tamu

Ruang tamu ke 2

Ni pulak Master Bedroom, sekali dengan toilet tapi kitorang tak guna pun toilet tu. Kena seal sebab macam usang sikit syilingnya mungkin sebab tangki tu pernah pecah. So scary.Kitorang guna toilet kat luar bilik je.

Ha guna toilet dan bilik air yang ni...

Sebelah toilet ada sinki yang cerminnya dah kena cilok. Jahat tol orang yang cilok tuh. Tinggal paku jek.

Ni Bilik Tidur 1. Bilik ni jadi bilik Hadi (Adik aku).

Ni pulak Bilik Tidur 2. Untuk kegunaan Parents kami kalau datang bertandang.

Kat sebelah dapur ada Bilik Bibik. Sekarang kitorang letak peti ais dalam ni sebab ruang dapur tu comel sangat nak letak peti ais gabak yang Mr. Popeye beli tu. Hehe...

Sebelah dapur ada ruang ampaian yang sekarang kitorang letak washing machine. Tapi selalunya aku hang baju dalam rumah je sebab kat sini lambat kering. Kalau hang baju kat tingkap lagi cepat kering. Nges3. (Sile abaikan rak2 yang telah tercabut. Semua dah simpan kat dalam stor)

Overall rumah ni memang selesa sangat. Ada 4 bilik tidur, 3 bilik air, 2 stor, 2 ruang tamu dan dapur. Fully furnish

Tetamu first kitorang adalah kawan2 Mr. Popeye-Idzmi (Momon), Syahril (Slamo) dan Hanif (Errr...Xde nama glamour). Unplanned breakfast yang simple2 je bihun, lempeng dan kari kambing. Alkisahnya bermula pagi tu masa aku dah siap keluarkan barang2 ayam semua nak buat bihun, tetiba Mr. Popeye ajak makan kat luar. Aku pun macam...apekah??? Habis sape pulak nak makan bihun tu semua jap lagi. Last2 Mr. Popeye suggest supaya ajak diorang makan kat rumah je. Aku pun on jelah. Mr. Popeye siap tolong2 kat dapur lagi buat lempeng tapi lempengnya macam ada rentung2 sikit tapi aku tengok depa makan slumber jek. Hahaha. Best3! Tapi aku tak sempat snap gambar sebab rushing2 sket pagi tu tak plan pape. Ingat nak invite kawan2 aku pulak lepas ni tapi tak tau lagi bila? Huhu.

Sekian dulu untuk review rumah baru. Tata!~

19 October 2012

So Little Time!!!

So many things to write, but so little time I have. ~Sobbing~
Mungkin aku akan buat entri pukal lagi. Hehehe

24 September 2012

Kerana aku Isteri...

Aku ingin jadi yang memahami
Aku ingin jadi yang melengkapi
Aku ingin jadi yang mengerti
Aku ingin jadi yang sentiasa berada disisi
Aku ingin jadi yang tidak membebani
Aku ingin jadi yang dirindui
Aku ingin jadi yang disayangi
Aku ingin jadi yang dicintai
Aku ingin jadi yang dikasihi
Aku ingin jadi pemaisuri hati
KERANA AKU ISTERI...


p/s: Rindu kat Hubby dapat pahala tau walaupun dia tak tahu. Jom kawan2 kita rindu husband kita banyak2. Boleh kumpul pahala banyak2. Rindunye :'(

22 September 2012

Tears.

Tears is cheek's best friend
Whenever cheek is happy
It forget about tears
Although tears is missing cheek so much
Tears don't dare to ruin cheek's happiness.

But no matter what
When cheek feels sad
Tears will come to accompany cheek
Tears will easily forgive and forget what cheek have done
Tears will be cheek's best friend again

Me; It is not easy to understand
You can ask you can stare
You can help by giving hand
But you definitely will not be there

Heart is trembling
I guess the patience are just not enough
Its forbid Me from smiling
Because life is so tough.


21 September 2012

Cerita Spaghetti Pertama Kali Masak.

Ada 1 hari tu, Hubby gi rumah kawan dia nama Khairul Anuar. Wife dia (Yana) hidangkan spaghetti kat diorang. Punyala balik tu Hubby+kawan2 dia beriya2 cakap spaghetti tu sedap. Aku ni memang tak pandai masak western food apetah lagi spaghetti sebab orang dalam rumah aku memang tak makan makanan camni. Sebab Hubby suka sangat spaghetti tu, makanya, aku pun mesejla Yana untuk mintak resepi. Tak lama lepas tu dia pun reply. Memang lengkap resepi yang dibagi. Siap dengan jenama barang yang dia guna pun dia kasi tau  *thumbs up*.

Ada 1 weekend lepas dapat resepi, aku dan Hubby takde pape plan hari tu. Maka kami pun decide nak buat spaghetti sama2 *excited!*. Hubby pun bawakla aku pegi Carrefour Wangsa Maju cari barang. Kalau ikut instruction, Yana tu prefer Sos Kimball. Aku ngan Hubby pegila kat rak sos kimball.

Aku: Bang, betul ke sos ni? Ke ada sos lain? (sambil pegang cili sos kimballnye botol)
Hubby: Entah. Abang pun tak tahu.
Aku: Takpela B tanya Tasha (kawan aku yang selalu masak spaghetti)
Hubby: Aaa. Tanye2.

Aku pun BBM Tasha:
Aku: Cha, nak masak spaghetti ni ade specific sos or pakai sos biasa ni je?
Cha: Specific. Aku pakai prego.
Aku:Alamak!

Nasib baik aku tak terambik sos cili kimball tu. Lepas dapat BBM tu kitorang pun carila Sos Spaghetti dan jumpela Kimball punye. Rupa2nya kat rak yang sama ada jual semua barang2 untuk masak pasta ni. Siap tomato puri dalam tin, spaghetti, dan macaroni.

Dah dapat sos, pening pulak nak beli pasta ape? Sebab brand yang Yana mention tu tak de kat pasar raya tu. Kitorang pun call Mak Hubby sebab Hubby cakap Mak dia pandai gak buat. Tapi brand yang Mak Hubby cakap pun non hado. Makanya, kami belasahkan ajelah ambik je Pasta Angel Hair. Yang daging pulak, instead of guna daging cincang, Hubby nak guna daging burger dan nanti dia nak hancurkan sendiri (Husband aku kan kratif)

Sampai rumah, kami gotong royong masak. (Eceh. Padahal masak spaghetti je pun) Lepas Hubby tolong2 siapkan bahan2 untuk kuah, Hubby pun masak spaghetti tu dalam air mendidih. Nak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu punya tunggu, spaghetti Hubby tak kembang2.

Hubby: B, Abang rasa spaghetti ni dah overcook, tapi nape tak besar2 pun.
Aku: Huh? Nape eh? Tapi dah lembek.
Hubby: Ntahlah?
Aku: Memang size de cenggini kot?
Hubby: Mungkinlah...
Aku: Dahlah tu. Angkat2.

Rupe2nye spaghetti ni ade macam2 jenis ek? (Baru google) Kalau jenis halus tu memang tunggu sampai berjanggut pun memang takkan jadi besar kan? Lepas tu kitorang sama2 ketawa sambil makan spaghetti lembek. Tapi kuahnya memang sodap! Habis jugak lembek2 pun. Siap buat bekal pegi memancing lagi. Sebenarnya Ttkdela lembik sangat. Overcook sikit je (sib baik Hubby ku alert). Hahaha. Sorry takde gambar sebab baru teringat citer ni bila baca entri spaghetti kat blog lain. Lawak tol.