26 June 2009

Halwa Telinga.

Dalam keadaan separa sihat, selsema, badan sakit-sakit, nasib baik ada lagu ni. Dapat mengubati sedikit sebanyak sengsara aku. Doakan aku sihat sebelum daftar masuk ke UPM. Aku tak nak memulakan semester baru dengan kedaaan separa sihat ini yang berkemungkinan besar akan menyebabkan keinginan untuk belajar menjadi 0.

Mengintai Langit by Coco

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ...
Padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...


Sila klik SINI untuk download lagu ni.

19 June 2009

Dalam Hati Ada Taman 5

Gelang dan brooch

Cantik tak? Cantik kan? Ape ni? Souvenir dari jauh. Nun dari Negeri Di bawah Bayu datangnya.
Special thanks to
Mak Popeye. Cuti sekolah hari tu keluarga Popeye balik kampung di Melaka. Ini adalah ole-ole dari Sabah yang dibelikan oleh Mak Popeye. Terima kasih lagi sekali. Baiknya hati Mak Popeye.
Wink* Wink* Wink* (^_^)

17 June 2009

Hanjing Tersepit.

Memang dasar Hanjing yang suka menyalak. Tapi beraninya menyalak belakang-belakang je. Depan-depan? Diam. Penakut. Haram jadah betol. Lagi bagus hanjing. Sekurang-kurangnya hanjing depan orang pun menyalak jugak. Tak berpura-pura. Tapi mungkin dia ni spesis BABI agaknye. Kot.

Sorry if I have been too harsh here but certain people deserve that.

03 June 2009

Dahulu & Sekarang

Dahulu
Masa aku kecik-kecik, bangun pagi-pagi, berkabung dulu sebelum mandi. Sejuk memang tak usah cakap. Masa tu mandi air perigi. Nak mandi ala-ala P. Ramlee, takut kene hambat dengan Mak pulak. Lepas bertafakur 2,3 minit dalam bilik air (tak boleh lama-lama nanti kene marah lagi), terpaksalah mandi jugak.

Sekarang
Mandi pakai water heater. Budak bandar kalau balik kampung, tanya kat Mama mereka:
"Mummy2, kenapa dalam bathroom grandma ada kolam? She didn't use bathtub?"
Perigi pun tak kenal dah. Sebab zaman sekarang susah gila nak jumpa perigi. Kalau ada pun, air dah tak jernih macam dulu. Semua dah di ganti dengan air paip.

Dahulu
Aku dengan kawan-kawan boleh pergi memancing. Sungai cuma 300m dari rumah. Banyak ikan pulak tu. Tapi air sungai tu dah tak jernih la. Cuma boleh memancing je. Nak mandi takut. Dalam kot!

Sekarang
Banyak sungai yang dah kering. Sebab? Pemanasan Global. Kalau ada pun, sungai yang tercemar. Penuh sampah sarap dan sisa pembuangan. Budak-budak tak dapat memancing kat sungai lagi. Ikan pun dah tak ada. Tinggal anak-anak ikan je. Katakanlah anda memancing di Sungai Klang, dapat ikan, sanggup makan ke? Nak buat ikan bakar tak?

Dahulu
Balik sekolah, aku tidur. Bila petang-petang sikit, pergi main dengan anak jiran. Kadang-kadang pergi mintak tebu kat ladang cina. Musim buah-buahan panjat manggis, ambil rambutan, kemudian, makan tepi tali air dengan kawan-kawan. Bercerita tentang hal dunia kanak-kanak sambil tengok anak-anak ikan berenang. Kalau musim buah getah, masuk kebun orang. Cari buah getah. Main lawan buah getah.

Sekarang
Sekolah sampai petang. Setiap hari pula tu. Kadang-kadang dah nak masuk Maghrib baru aku nampak budak-budak sekolah dilepaskan pulang. Bila mereka nak beriadah? Bersukan? Jangankan nak makan buah-buahan tepi tali air, buah-buahan pun tak sempat nak makan agaknya. Malam lepas makan nasi, tidur. Kepenatan. Berbual bersama rakan hanya ketika di sekolah dan hujung minggu saja.

Dahulu
Kampung meriah. Kiri kanan ada jiran tetangga. Ada rakan sebaya yang boleh diajak bermain bersama. Suasana kondusif. Tenang, banyak pokok, terasa lebih dekat dengan alam semulajadi.

Sekarang
Kampung yang dahulu meriah kini sunyi sepi. Orang muda lebih suka duduk di bandar. Kemudahan lebih banyak di bandar, kata mereka. Yang tinggal di kampung hanyalah atuk dan nenek. Lebih menyedihkan lagi, banyak rumah-rumah desa yang tidak berpenghuni setelah warga tua yang tinggal di situ pergi menyahut panggilan Illahi. Semak-samun serta lalang menghiasi rumah yang dulu indah. Kampung hanya kan kembali meriah ketika lebaran menjelma.

Dahulu
Tak balik rumah dari pagi sampai petang pun Mak Ayah tak risau sangat. Sebab jiran di sekeliling rumah terdiri daripada saudara mara sendiri. Hubungan akrab antara jiran dan saling mengenali. Pernah la jugak aku kena hambat dengan rotan. Tapi bukan sebab kerisauan. Cuma sebab tak ikut curfew yang mewajibkan pulang sebelum masuk waktu Maghrib.

Sekarang
Anak-anak nak bermain lebih 500m dari rumah pun perlu diawasi bibik. Sebab? Terlalu banyak kes-kes kehilangan kanak-kanak. Jiran tetangga pula terdiri dari Bangla dan entah siapa-siapa. Lebih malang lagi, tak kenal pun siapa jiran sebelah rumah.

Dahulu
Main galah panjang, main guli, main senapang kayu. Tak ada PSP, tak ada PS3, komputer jauh sekali. Tapi kawasan rumah luas. Boleh main teng teng di tanah, main baling selipar, main polis and thief(Polis sentri)

Sekarang
Masa lapang main PSP, PS3, main Counter Strike, Dota. Galah panjang? Ape tu? Kalau nak main pun, tak ada kawasan. Nak main dekat depan rumah? Jangn mencari bala. Memang menggadai nyawa dengan kereta yang lalu lalang.

Zaman makin berubah. Dan kita perlu seiring dengan perubahan yang berlaku. Aku akur dengan peredaran zaman. Cuma, pengalaman yang aku pernah rasa dulu, mungkin takkan dapat dirasai oleh kanak-kanak zaman sekarang. Apatah lagi anak cucu kita nanti.

Justeru, sayangi Bumi kita. Peace.

11 May 2009

6 Langkah Mengendalikan Si Kaki Tidur

Entri yang sangat sinonim dengan diri aku sendiri. Sebab aku kaki tidur dan susah bangun pagi. Memang agak pening untuk mengendalikan orang yang kaki tidur dan susah bangun pagi ni. Justeru, di sini aku sertakan beberapa langkah yang boleh dipraktikkan untuk mengendalikan si pengulit mimpi dalam apa keadaan sekalipun. Peringatan kepada bakal roomate aku sesi 2009/2010 supaya tidak mempraktikkan langkah-langkah ini kepada aku. (ditakuti merundung malang kepada dirinya sendiri contohnya aku tersepak atau terkunci roomate di luar bilik pada keesokan malamnya)

Langkah 1
Mengadakan sedikit bohong yang agak logik.
Contoh:
"Weh, bangun. Bangun. Fahrin Ahmad telefon ko!!!" (buat dengan muka yang penuh keterujaan)
Kajian Kes:
Adik aku seorang yang susah bangun pagi. Dia hanya akan bangun jika dikejutkan oleh Ayah aku je. Sebab Ayah adalah seorang yang perlu ditakuti. Satu pagi, Ayah lambat balik dari masjid(pergi Solat Subuh). Mak dan aku telah cuba berkali-kali mengejutkan adik aku tapi dia buak 'dek' je. Lantas mak aku yang bijaksana telah mendapat satu idea,
"Hadi, Hadi, bangun! Bangun! Ada accident kat depan rumah kita ni"
(muka mak aku memang cemas gila la. Aku pun terkejut masa tu. Tapi setelah mak aku kenyit mata, baru la aku paham. Hehe)
Adik aku yang sedang berlingkar kemalasan di dalam conforter terus bangun dan berjalan ke pintu bilik sambil berkata
"Hah? Mana? Mana accident???" (dengan muka yang segar bugar)
Ceh. Boleh pun bangun!

Langkah 2
Memancing garam.
Ambik sehelai benang dalam 20cm, ikatkan pada seketul garam. Saiz mengikut saiz mulut mangsa yang ingin dikejutkan. Kemudian, letakkan garam tersebut di atas/dalam mulut mangsa. Nescaya mangsa akan bangun apabila terasa kemasinan garam tersebut. Langkah ini telah diturunkan oleh arwah atuk aku kepada aku ketika aku masih di sekolah rendah.
Kajian Kes:
Diuji ke atas arwah atuk aku sendiri. Ketika beliau tidur, aku telah memancing beliau dengan garam. (masa tu aku kecik-kecik lagi. Orang pun tak sampai hati nak marah budak kecik). Dan memang beliau bangun serta merta setelah 2,3 kali merasa garam tersebut dengan lidah. Beliau tak boleh marah dengan aku sebab beliau yang ajar cara ni kat aku.
*Kesannya akan menjadi lebih baik jika orang yang ingin dikejutkan itu tidur menganga.

Langkah 3
Bisikkan perkataan syahdu ditelinga mangsa.
Walaupun azan Subuh telah lama berkumandang, mangsa masih lagi tidur dengan nyenyak. Maka, anda dengan mulia hati, bisikkanlah perkataan paling menakutkan ditelinga mangsa.
"Marobbuka"
Dengan suara yang dipastikan pastikan ngeri dan agak menyeramkan. Sila berhati-hati. (takut mangsa melakukan lompatan secara mengejut).
Kajian Kes:
Nasihat dari seorang ustaz yang aku tak ingat nama dia dalam satu ceramah di sebuah masjid yang juga aku lupa nama dia.

Langkah 4
Tilam dan Matahari.
Kedengaran agak sinonim. Tapi langkah ini agak susah untuk dipraktikkan seorang diri dan memerlukan pertolongan ramai pihak.
Angkat tilam mangsa dan letakkan betul-betul dibawah sinar pancaran mentari pagi. Jika keadaan tidak selesa, panas dan berpeluh, pasti mangsa akan bangun.
Walaubagaimanapun, langkah ini tidak begitu digalakkan kerana jika mangsa seorang yang suka kencing malam, ditakuti anda akan basah sekali bersama mangsa dan mendapat aroma terapi secara percuma.
Langkah ini akan menjadi lebih menarik jika dilakukan ketika Hari April Bodoh.
Kajian Kes:
Aku mendapat idea ni daripada kartun di dalam majalah Ujang. Tahun berapa tak ingat. Watak-watak dalam kartun tersebut telah berkerjasama sesama mereka bagi mengangkat mangsa keluar dari dorm(bilik hostel) dan meletakkan mangsa di bawah panas mentari. Ketika hari April Bodoh. Akibatnya mangsa meroyan-royan bangun setelah mendapati diri bukan lagi tidur di dalam bilik.
Langkah ini juga memberi peluang kepada mangsa untuk menjadi glamour kerana biasanya mangsa akan menjadi tontonan umum.

Langkah 5
Tutup alat penghawa dingin/kipas.
Sama seperti langkah 4. Apabila mangsa berasa tidak selesa, mangsa akan terbangun dengan sendirinya.
Kajian Kes:
Mak aku sendiri kerap melakukan langkah ini dan terbukti berkesan kerana aku bangun serta merta apabila keadaan sekeliling terasa panas. Tidak lagi nyaman seperti malam sebelumnya.

Langkah 6(langkah paling HOT!)
Jika kesemua langkah di atas gagal setelah dipraktikkan, langkah terakhir yang juga merupakan langkah paling panas:
Ketika mangsa sedang nyenyak tidur, curahkan air panas pada badan mangsa dan bersedialah untuk di maki.

Selamat mencuba!
*Sebarang impak negatif daripada langkah-langkah di atas adalah bukan tanggungjawab tuan punya blog. Harap Maklum.