17 June 2012

Mesej Untuk Bridesmates.

Assalamualaikum. WBT.

Dear my beloved brides-mates. (suke hati aku je lantik korang). hahahaha. Seperti yang kalian semua tahu kad aku dah bg kad kat korang, yang jauh aku dah pos. So, aku akan berkahwin pada 7 Julai 2012 (yahoo!) Hahahaha. Jadi, sebarang pertanyaan leh kemukakan kat sini. Dan selamat berkenalan la k 
So aku nak brief pasal majlis sikit. Penginapan disediakan-Tidur beramai2 dalam bilik pengantin. Muahahaha.

Khamis-Kenduri Doa selamat+majlis bacaan yasin. 
(Pakaian bebas-Nak melaram pakai jubah pun boleh! :D)
Masa hari ni nak siapkan goodies sebab kek untuk masuk dlm goodies tu baru dapat hari ni. Orang kek tu tak bg awal2 sbb tkt nnt bau de xbest+expired. Mintak tlg kat kwn2 masukkan eh 

Jumaat
8.00am make up (aku pun x sure masa tp lebey krg la)
10.00am-Bertunang (Sejam je uols ala2 Siti :P)
11.00am-Akad Nikah
Pakaian: Pape baju warna Dark Choc Kalau xde coklat cair ke buleh jugak janji coklat. Kalau xde leh pinjam baju aku kalau nak. Kalau xde jugak pakaila baju pape janji cun. Hehehe. Masa akad nikah tu kalau leh aku nak korang duduk kiri n kanan aku k. Susun bagi seimbang 
Masa akad nikah ni nak mintak tolong kat korg sambut hantaran dari pihak lelaki bawak masuk. Pastu angkat hantaran dlm bilik aku letak kat luar sekali dengan hantaran lelaki. Lepas tu nak mintak tolong jangan kasi orang amik bunga telur masa malam ni sebab bunga tu untuk esok pagi. Make sure korang amik bunga telur tu sorg 1 untuk diri korang sendiri jugak tau hari Sabtu tu. (kenang kenangan :D)
12.00pm-Makan (lepas akad nikah je makan)
12.00pm-2.00pm - Free time. Mase ni kita boleh posing habis habisan sebab lelaki sume pegi semayang jemaat. (eh! Cameraman aku laki ah! kalau de pegi semayang jumaat, pakai digicam aku sudeh!)
2.00pm-5.00pm-Tukar2 baju amik pic.
8.00pm-taktau- Tukar2 baju, amik pic. (masa ni korang boleh asah bakat menyanyi esp. Lia 
Ade karaoke disediakan. Jangan malu2. Abis aku amik pic nnt konpem join korg. Hehehe.

Sabtu
10.00am-make up
1.30pm-Sanding (Mira Ixora pengapit atas pelamin)
Pakaian: Kalau tuan rumah, pakai Maroon-Gold. Aku rasa korang pakai merah hitam lawa jgk! Sebab xmola same lak ngan Sedara mara aku. Tapi kalo korang nak sama, boleh jek.
Masa hari Sabtu ni aku nak mintak tolong, arrange souvenir+meja hadiah. Sebab ramai orang kan. Aku takut nanti souvenir tak bagi sama rata. Aku buat 3 sovenir. 1 untuk NAVY (gelas), 1 utk VIP+pengantin lelaki+kawan2 seperjuangan (yang ni masih dalam proses, xtau lagi nak beli ape),1 untuk para tetamu (boxes goodies gold yang aku buat tu),

Okay tu je aku rasa setakat ni. Ha lagi satu nak bagitau, mende ni kalo korgleh cuti la kalau xleh xpe. Dtg je hari Sabtu. Buleh jek... Kalau ada pape idea atau komen sile kemukakan. Kalau ade pape masalah terus je call or msg or wasap or bbm aku k. Aku mintak maaf sgt2 tak dapat sponsor baju korang sume. Aku memang nak bagi tapi poket tak mengizinkan.  Tapi kalo korang nak tudung bawal corak tu InsyaAllah anytime je(kecuali Liam), selagi stok maseh ade. Hehehe 
Pastu kat rumah aku, buatlah macam rumah sendiri k. Kalau aku lupe suruh korang makan, makan je ape yg ade. Diorg tak masak kat rumah pengantin. Masak kat homestay (Selang 1 rumah dari rumah aku tu korg sume tau dah kan). So kalau food xde kat rumah, gi mkn kat sane k. Aku pesan awal2 ni xmo korang kelaparan nnt.

Okay aku nak kenalkan korang sebab ada antara korang dah kenal, ada yang tertanya2, sape ni?

Mira Ixora-Member aku kat matrik n aku rasa semua dah kenal dia sebab dia selalu diheret ke mana sahaja. Hahaha.
Aishah Hadi-Buddy aku masa PALAPES UPM. Susah senang kena hell bersama. Keh3.
Farah Noorfarhana(Praktikum Mate)+Lia Dufresne Lias(Mumet yang slalu aku kacau*gelak jahat* merangkap boyfriend)+Ta Sha (ex-roomate)+Norjunilaila (classmate paling close) -Mereka ni semua budak TESL sesama ngan aku kat Maktab+UPM
Wanie Ruzli+Amira Alias-Diorang aku kenal sebab diorang kawan kepada kawan2 Padil. 
Izyana Azis+Fatih Ahya-Schoolmate kat MOZAC. 

Aku rasa tu je kot. Selamat Berkenalan. Jangan risau, semua yang jadi kawan aku semua satu kepala ngan aku. Korang sure boleh join. 

Marilah kita sama2 menjayakan majlis wedding aku. *Yeay!*
Panjangnya mesej! Korang jangan tertido pulak baca! K la bye! 

16 June 2012

Official Photograper (OP) is chosen.

Alhamdulillah!
Yes. Yes. Believe me when I said we FINALLY FOUND OUR OP. Less than 2 months baru jumpa OP. It was so scary okay! Banyak sungguh photog yang aku add di fb. Ade dekat 50 orang kot. Yang aku pm tanya price punyala banyak. Selera besar, tapi kena fikir poket jugak. Memanglah boleh je nak ambik photog mahal-mahal beribu tapi memandangkan aku dah spend duit kat tempat lain, so photog ni aku ambik yang price sederhana, tapi gambar tip top. Meh kita cerita sikit pasal pencarian OP nih.

Sebenarnya aku survey photog dari awal tahun, tapi tak pernah buat appointment dengan sesiapa pun. Just pilih tengok gambar dari fb je. Yelah, aku dan Mr. Popeye jauh. Dia pulak kalau dapat cuti, macam keajaiban dunia ke8. Lepas tu, bila kami dah berkenan kat sorang photog ni dan dah buat appointment, boleh tak photog tu tertidur masa pagi nak jumpa tu. Sadis. Dahlah Mr. Popeye tu susah cuti, jenis yang punctual gila, sanggup drive bangun awal nak pergi jumpa photog tu di Senawang. Janji pukul 9.00pagi dengan photog tu, pukul 8.50 dah tunggu kat McD Senawang. Kau mampu? Aku pun sampai pukul 9.30. Tunggu punya tunggu, bayang pun tak dak. Time tu Mr. Popeye dah hangin satu badan. Agaknya kalau budak photog tu sampai, kenyang kena maki dah. Scary, oh!

Aku pun bawak dia pergi makan. Dah isi perut kenyang-kenyang, angin dah kurang pus pus, barulah kitorang gerak pergi cari barang-barang lain. Mula-mula aku ingat nak ambil photog dari KL. Ada jugak plan nak jumpa Anyevent-Giding, Azmin Mohd, and Mr. Popeye pun ada jumpa The Photolicious. tapi kalau ambik photog yang mahal2, just pakej shoot and burn je yang sesuai dengan budget aku. Cari punya cari, Syikin, anak Uncle Tapa (kawan Ayah aku), cadangkan kami ambik Abang Suhaili, Photog dari Seremban. Aku pun buat appointment dengan dia dan masa Mr. Popeye free, kitorang pun pergi jumpa Abang tu. Beliau sangat cool, okay. Dan boleh request-request ikut suka hati jugak. I like! Lepas tengok album semua, maka, atas persetujuan bersama pada tanggal 19 Mei 2012, kami telah mempunyai OP! YEAY! *tepuk tepuk*

Pakej yang aku ambil:
Pakej RM2400.00 + RM100 (taranspot) + hotel (aku sediakan homestay) = RM2500
12x30 2 Set Storybook
16x24 1 set Goldfrem (white frame pun ada tapi dinding rumah aku kan guna tiles putih so aku pilih gold)
DVD softcopy unlimited,
Outing di Istana Seri Menanti, Seremban White House (boleh pilih mana-mana yang
kita suka)

Pasal OP, nantikan review aku selepas kahwin. Both side pun ambil Abang Ali senang. Untuk side Lelaki, kitorang ambik pakej RM900 (sticky album je tak de story book). Boleh tengok pakej-pakej Abang Ali sendiri di Blogspot Abang Ali, Flickr Abang Ali, Facebook Abang Ali.

Balik dari jumpa photog, aku pun ceritala kat Ayah yang photog dah jumpa. Ayah pun tanya balik, dia tak buat video sekali ke? Buat, tapi aku tak de la book video sebab Ayah pun tak cakap pape pasal video. Lepas tu, Ayah cakap dah alang-alang booklah video sekali. Pakej video RM1200 tapi Abang Ali cakap, ni video biasa-biasa je bukan creative video macam CST tu. Boleh je Bang pape pun. Janji nanti boleh tunjuk kat cucu cicit. Happy, okay!  I love you la Ayah! *tepuk tepuk sambil lompat lompat* (Okay aku hover!) Hahahaha.

15 June 2012

Perang Dingin.

Lagi 21 hari nak kahwin, aku melancarkan perang dingin dengan Mr. Popeye. Kau hado? Hahaha. Aku rasa dia dah okay atau dia sebenarnya tengah buat-buat bengong tak tau yang aku ni hangin dengan dia. Tak taulah kan tapi mesej aku selamber je macam tak ada ape yang berlaku pun. Kentut sangat perangainya kan?!

Aku buat bodoh je sebab memang marah. Punca kemarahan aku? Tag thank you tu lah. (Tak leh citer lebeh2 rahsia orang nak kawen). Rahsia jadah sangat padahal semua pun dah cerita kat kawan-kawan terdekatkan. Hahaha.

Yang penting, aku belum terfikir untuk berdamai. HUH!!!

DIY Tag Terima Kasih

Finally tag terima kasih aku siap di DIY. Gambar blur sebab tangkap pakai blackberry je. Malas nak guna camera yang canggih (Hade ke camera canggih? Non hado!). Kalau berminat nak template yang tak berapa nak cun ni boleh email aku ke aya_troublemaker@yahoo.com. Nanti aku send je InsyaAllah :)

 ...
Thank You Tag
Contoh yang dah siap tampal di kotak goodies

13 June 2012

My Wedding Card (^_^)

Here is my wedding card. Uploaded as I promised. No teaser because I published this card already in facebook. Hehehe. All of you are invited to my big day! :)
Inspiration: Sarah

Front
Back

Sorry aku tak tau kat mana kedai tempah kad ni sebab aku design dan edit-edit tapi Mr. H2B yang tempah. Cuma aku tau nama dia Kak Wiah, kedai kat Jalan Brunei. Sebarang pertanyaan boleh contact dia sendiri msloke10@gmail.com or 0166928803