25 January 2011

Elaun.


Elaun dah masuk. Selalu macam heaven gila banyak duit oh sangat best! Tapi tiba2 pegi jalan2 tak beli ape2 pun? Keluar RM10 je makan subway. Peliknye~~~
Suraya ke ni???

Tah. Mood shopping drop till zero.
Damn.

23 January 2011

Sedih la jugak.


Hari ni aku meet up dengan The Girls. Miss them. Semua excited nak dengar cerita pasal aku yang tak excited lansung itu. Huh. Mira dah nak bertunang dengan Shahril. Soon. Then next year kahwin. I'm happy for you, dear. Rai pulak family Iz nak datang merisik bulan 2 ni. And dalam bulan 8 bertunang. Wanie, calon dah ada, tunggu masa nak mengorak langkah seterusnya. Seriously, aku sangat happy untuk diorang.

Dalam pada rasa gembira, rasa sedih datang jugak. Sebab? Zaman2 hot bercinta dulu, pergi mess night sama2, ladies night, double date, then finally relation aku end up for nothing. And diorang pulak dah nak settle down. Aku? Terkontang kanting. Aku nampak macam strong tapi kadang2 aku pun tak pasti dengan diri sendiri.

Biarlah. Sekarang fikir future je. Tu yang paling penting. Tahun depan grad, then nak sambung belajar. Bila aku cakap, aku nak sambung master overseas, diorang masing2 kata, "Kau nak pergi bawak diri ke?". Hahaha. "No komen". Agak2? Tak de la. Tu memang impian aku dari dulu. Kalau grad pointer okay, rezeki ada, pergi la. Hopefully, duduk jauh dari sini akan buat aku lupa semua benda termasuklah mendelete memori2 lama yang kalau ingat pun duk melukakan hati je. Memang aku harap sangat2. Nak fikir benda yang happy2 je. Yang tak serabutkan kepala aku.

Sementara itu, semoga hati aku bertabah untuk mengharungi masa yang tinggal lagi setahun setengah ni.

Cheer up, Aya!

Quote of the Month

Sometimes, things are better left unsaid.

21 January 2011

Lagu Sweet.


Malique ft Najwa-Senyum

Senyum Senyum Senyum
Senyum Senyum Senyum

Kacak luar kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum skali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ay buai tinggi tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan di lawan
Kalau takut mula mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan

Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk Cina Pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

13 January 2011

Downtown.


Lately ni, hidup aku banyak berubah. Macam2 benda baru aku belajar. Seronok! Baru aku tahu selama ni sebenarnya duduk dalam kotak je. Tahu pergi Mid, The Curve, KLCC, Pavi. Tapi sekarang tak lagi. Aku baru je balik dari downtown Cheras. Bukan tak pernah pergi before ni, tapi ni first time aku beli baju kat sane! Ho-Yeah! Kemajuan beb.

Sebenarnya, sebelum ni aku tak yakin nak beli. Ye la tak boleh nak try kan. Tak tau muat ke tak. Selalu pusing2 jalan2 je. Tapi tadi aku pergi dengan buddy aku-Cicah, Capit and Alya. Diorang beli sampai 2 helai sorang kot! Tu yang aku jadi yakin nak beli. Balik sampai bilik, okay je baju tu. Ngam2 soi ngan aku. Happy, Yeah!

Tapi penat, okay. Walaupun downtown tak sebesar uptown, still penat sebab pusing2 cari flipflop. Nak cari yang pink tapi dah tak de last2 aku n cah beli warna hitam+hijau. Aku beli sama warna dengan cah. RM13 je. Gile. Malam ni boleh jadi history sebab duit aku keluar less than RM50. OMG. Gile la! Lain kali aku nak pergi lagi.

Tak dilupakan jugak kenangan panjat pagar sebab Abang Guard kerek tu tak bagi kita masuk. Eleh bajet kita duduk serumpun la tu. Blah. Tak dapat masuk ikut gate, bajet kitorang tak leh tidur kat bilik ke? Silaplah wei!

Thanks to Capit, Cicah and Alya sebab bagi aku new experience ni. Lalala~