03 June 2009

Dahulu & Sekarang

Dahulu
Masa aku kecik-kecik, bangun pagi-pagi, berkabung dulu sebelum mandi. Sejuk memang tak usah cakap. Masa tu mandi air perigi. Nak mandi ala-ala P. Ramlee, takut kene hambat dengan Mak pulak. Lepas bertafakur 2,3 minit dalam bilik air (tak boleh lama-lama nanti kene marah lagi), terpaksalah mandi jugak.

Sekarang
Mandi pakai water heater. Budak bandar kalau balik kampung, tanya kat Mama mereka:
"Mummy2, kenapa dalam bathroom grandma ada kolam? She didn't use bathtub?"
Perigi pun tak kenal dah. Sebab zaman sekarang susah gila nak jumpa perigi. Kalau ada pun, air dah tak jernih macam dulu. Semua dah di ganti dengan air paip.

Dahulu
Aku dengan kawan-kawan boleh pergi memancing. Sungai cuma 300m dari rumah. Banyak ikan pulak tu. Tapi air sungai tu dah tak jernih la. Cuma boleh memancing je. Nak mandi takut. Dalam kot!

Sekarang
Banyak sungai yang dah kering. Sebab? Pemanasan Global. Kalau ada pun, sungai yang tercemar. Penuh sampah sarap dan sisa pembuangan. Budak-budak tak dapat memancing kat sungai lagi. Ikan pun dah tak ada. Tinggal anak-anak ikan je. Katakanlah anda memancing di Sungai Klang, dapat ikan, sanggup makan ke? Nak buat ikan bakar tak?

Dahulu
Balik sekolah, aku tidur. Bila petang-petang sikit, pergi main dengan anak jiran. Kadang-kadang pergi mintak tebu kat ladang cina. Musim buah-buahan panjat manggis, ambil rambutan, kemudian, makan tepi tali air dengan kawan-kawan. Bercerita tentang hal dunia kanak-kanak sambil tengok anak-anak ikan berenang. Kalau musim buah getah, masuk kebun orang. Cari buah getah. Main lawan buah getah.

Sekarang
Sekolah sampai petang. Setiap hari pula tu. Kadang-kadang dah nak masuk Maghrib baru aku nampak budak-budak sekolah dilepaskan pulang. Bila mereka nak beriadah? Bersukan? Jangankan nak makan buah-buahan tepi tali air, buah-buahan pun tak sempat nak makan agaknya. Malam lepas makan nasi, tidur. Kepenatan. Berbual bersama rakan hanya ketika di sekolah dan hujung minggu saja.

Dahulu
Kampung meriah. Kiri kanan ada jiran tetangga. Ada rakan sebaya yang boleh diajak bermain bersama. Suasana kondusif. Tenang, banyak pokok, terasa lebih dekat dengan alam semulajadi.

Sekarang
Kampung yang dahulu meriah kini sunyi sepi. Orang muda lebih suka duduk di bandar. Kemudahan lebih banyak di bandar, kata mereka. Yang tinggal di kampung hanyalah atuk dan nenek. Lebih menyedihkan lagi, banyak rumah-rumah desa yang tidak berpenghuni setelah warga tua yang tinggal di situ pergi menyahut panggilan Illahi. Semak-samun serta lalang menghiasi rumah yang dulu indah. Kampung hanya kan kembali meriah ketika lebaran menjelma.

Dahulu
Tak balik rumah dari pagi sampai petang pun Mak Ayah tak risau sangat. Sebab jiran di sekeliling rumah terdiri daripada saudara mara sendiri. Hubungan akrab antara jiran dan saling mengenali. Pernah la jugak aku kena hambat dengan rotan. Tapi bukan sebab kerisauan. Cuma sebab tak ikut curfew yang mewajibkan pulang sebelum masuk waktu Maghrib.

Sekarang
Anak-anak nak bermain lebih 500m dari rumah pun perlu diawasi bibik. Sebab? Terlalu banyak kes-kes kehilangan kanak-kanak. Jiran tetangga pula terdiri dari Bangla dan entah siapa-siapa. Lebih malang lagi, tak kenal pun siapa jiran sebelah rumah.

Dahulu
Main galah panjang, main guli, main senapang kayu. Tak ada PSP, tak ada PS3, komputer jauh sekali. Tapi kawasan rumah luas. Boleh main teng teng di tanah, main baling selipar, main polis and thief(Polis sentri)

Sekarang
Masa lapang main PSP, PS3, main Counter Strike, Dota. Galah panjang? Ape tu? Kalau nak main pun, tak ada kawasan. Nak main dekat depan rumah? Jangn mencari bala. Memang menggadai nyawa dengan kereta yang lalu lalang.

Zaman makin berubah. Dan kita perlu seiring dengan perubahan yang berlaku. Aku akur dengan peredaran zaman. Cuma, pengalaman yang aku pernah rasa dulu, mungkin takkan dapat dirasai oleh kanak-kanak zaman sekarang. Apatah lagi anak cucu kita nanti.

Justeru, sayangi Bumi kita. Peace.

11 May 2009

6 Langkah Mengendalikan Si Kaki Tidur

Entri yang sangat sinonim dengan diri aku sendiri. Sebab aku kaki tidur dan susah bangun pagi. Memang agak pening untuk mengendalikan orang yang kaki tidur dan susah bangun pagi ni. Justeru, di sini aku sertakan beberapa langkah yang boleh dipraktikkan untuk mengendalikan si pengulit mimpi dalam apa keadaan sekalipun. Peringatan kepada bakal roomate aku sesi 2009/2010 supaya tidak mempraktikkan langkah-langkah ini kepada aku. (ditakuti merundung malang kepada dirinya sendiri contohnya aku tersepak atau terkunci roomate di luar bilik pada keesokan malamnya)

Langkah 1
Mengadakan sedikit bohong yang agak logik.
Contoh:
"Weh, bangun. Bangun. Fahrin Ahmad telefon ko!!!" (buat dengan muka yang penuh keterujaan)
Kajian Kes:
Adik aku seorang yang susah bangun pagi. Dia hanya akan bangun jika dikejutkan oleh Ayah aku je. Sebab Ayah adalah seorang yang perlu ditakuti. Satu pagi, Ayah lambat balik dari masjid(pergi Solat Subuh). Mak dan aku telah cuba berkali-kali mengejutkan adik aku tapi dia buak 'dek' je. Lantas mak aku yang bijaksana telah mendapat satu idea,
"Hadi, Hadi, bangun! Bangun! Ada accident kat depan rumah kita ni"
(muka mak aku memang cemas gila la. Aku pun terkejut masa tu. Tapi setelah mak aku kenyit mata, baru la aku paham. Hehe)
Adik aku yang sedang berlingkar kemalasan di dalam conforter terus bangun dan berjalan ke pintu bilik sambil berkata
"Hah? Mana? Mana accident???" (dengan muka yang segar bugar)
Ceh. Boleh pun bangun!

Langkah 2
Memancing garam.
Ambik sehelai benang dalam 20cm, ikatkan pada seketul garam. Saiz mengikut saiz mulut mangsa yang ingin dikejutkan. Kemudian, letakkan garam tersebut di atas/dalam mulut mangsa. Nescaya mangsa akan bangun apabila terasa kemasinan garam tersebut. Langkah ini telah diturunkan oleh arwah atuk aku kepada aku ketika aku masih di sekolah rendah.
Kajian Kes:
Diuji ke atas arwah atuk aku sendiri. Ketika beliau tidur, aku telah memancing beliau dengan garam. (masa tu aku kecik-kecik lagi. Orang pun tak sampai hati nak marah budak kecik). Dan memang beliau bangun serta merta setelah 2,3 kali merasa garam tersebut dengan lidah. Beliau tak boleh marah dengan aku sebab beliau yang ajar cara ni kat aku.
*Kesannya akan menjadi lebih baik jika orang yang ingin dikejutkan itu tidur menganga.

Langkah 3
Bisikkan perkataan syahdu ditelinga mangsa.
Walaupun azan Subuh telah lama berkumandang, mangsa masih lagi tidur dengan nyenyak. Maka, anda dengan mulia hati, bisikkanlah perkataan paling menakutkan ditelinga mangsa.
"Marobbuka"
Dengan suara yang dipastikan pastikan ngeri dan agak menyeramkan. Sila berhati-hati. (takut mangsa melakukan lompatan secara mengejut).
Kajian Kes:
Nasihat dari seorang ustaz yang aku tak ingat nama dia dalam satu ceramah di sebuah masjid yang juga aku lupa nama dia.

Langkah 4
Tilam dan Matahari.
Kedengaran agak sinonim. Tapi langkah ini agak susah untuk dipraktikkan seorang diri dan memerlukan pertolongan ramai pihak.
Angkat tilam mangsa dan letakkan betul-betul dibawah sinar pancaran mentari pagi. Jika keadaan tidak selesa, panas dan berpeluh, pasti mangsa akan bangun.
Walaubagaimanapun, langkah ini tidak begitu digalakkan kerana jika mangsa seorang yang suka kencing malam, ditakuti anda akan basah sekali bersama mangsa dan mendapat aroma terapi secara percuma.
Langkah ini akan menjadi lebih menarik jika dilakukan ketika Hari April Bodoh.
Kajian Kes:
Aku mendapat idea ni daripada kartun di dalam majalah Ujang. Tahun berapa tak ingat. Watak-watak dalam kartun tersebut telah berkerjasama sesama mereka bagi mengangkat mangsa keluar dari dorm(bilik hostel) dan meletakkan mangsa di bawah panas mentari. Ketika hari April Bodoh. Akibatnya mangsa meroyan-royan bangun setelah mendapati diri bukan lagi tidur di dalam bilik.
Langkah ini juga memberi peluang kepada mangsa untuk menjadi glamour kerana biasanya mangsa akan menjadi tontonan umum.

Langkah 5
Tutup alat penghawa dingin/kipas.
Sama seperti langkah 4. Apabila mangsa berasa tidak selesa, mangsa akan terbangun dengan sendirinya.
Kajian Kes:
Mak aku sendiri kerap melakukan langkah ini dan terbukti berkesan kerana aku bangun serta merta apabila keadaan sekeliling terasa panas. Tidak lagi nyaman seperti malam sebelumnya.

Langkah 6(langkah paling HOT!)
Jika kesemua langkah di atas gagal setelah dipraktikkan, langkah terakhir yang juga merupakan langkah paling panas:
Ketika mangsa sedang nyenyak tidur, curahkan air panas pada badan mangsa dan bersedialah untuk di maki.

Selamat mencuba!
*Sebarang impak negatif daripada langkah-langkah di atas adalah bukan tanggungjawab tuan punya blog. Harap Maklum.

05 May 2009

Tag From Rai

Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.....


1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
-Naruto
-Action Movie
-Anime: Bleach etc
-Cartoon, Comedy

2. What’s foods he doesn’t like?
Pedas dan berminyak

3. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ikan Masin, Teh O, Lai Chee Kang,or our favourite-Lamb Curry

4. Where did he go to high school/uni?
-Lahad Datu Science Secondary School
-Muzaffar Syah Science Secondary School(MOZAC) [We were classmate]
-Royal Malaysian Naval College, Lumut, Perak (RMNC)
-Britannia Royal Naval College,UK (BRNC)

5. What is his career/job/still studying?
Naval Officer and part time student.

6. What size shoes does he wear?
Eight. Big foot's size. Hahaha!

7. If he was to collect anything, what would it be?
Games and Naruto's DVD

8. What would this person eat every day if he could?
Secret Recipes-New York Cheese Cake, Ping Pong biscuit, etc. etc.

9. What would he never wear?
Baby T and Skinny Jeans. Yaww! So gay, Baby!

10. What would he always wear when dating with you?
Jeans, Casual Shirt, Loafers/Sandals, Watch, Perfume and sometimes Jacket.

11. Who is his best friend?
Me!!!
and Idzmi Hafiz Izaham

12. What is something he wishes you wouldn’t do?
-Free hair
-Change my hair color into red
-Clubbing
-Sleep all day long
-Go out with boyfriends
-Wasting money on unnecessary things


13. What is his favourite colour?
Blue forever and ever.

14. What is his habit?
Bite his finger. He also easy to fall sick. Sigh~

15. What is he proud of?
Himself, achievements. Ermm. In fact, I don't really know. But I'm proud of him the way he is.

16.what is his favourite perfume?
Dunhill Desire. It's my favourite perfume too. I like the smell of him (^_^)

17. do you think he will read this?
Absolutely.

18. How Both of u Fall in Love?
It's a long sweet story. So, I think better to keep it as our big secret and reveal it to our future children. Just both of us know.
I love you so much Baby.
*Wink*

Done.
I keep this tag on hold for almost one month. Finally, I did come with the answers. Phew!

03 May 2009

Sengal-Sengal Ubi

Aku tak tau la kenapa aku suka cakap kalau sengal, mesti ada tambah sengal-sengal ubi. Ni cerita pasal adik aku. Kami sekeluarga memang suka minum Oren Peel Fresh.


Kat hostel aku jarang minum air ni, salah satu sebab freezer Blok aku kat bawah. Tiap kali nak minum aku kena pegi ambil di bawah dah la aku duduk tingkat atas sekali. Jadi, memang wasalam. Malas gila.

Memandangkan aku tak dapat minum di hostel, bila aku balik rumah, memang aku akan pastikan bekalan air ni sentiasa ada di dalam freezer. Senang aku nak minum bila kepedasan (mak aku masak pedas sebab dah biasa). Bila pedas-pedas, dapat minum air oren yang sejuk, peh... memang terangkat. Tapi akhir-akhir ini, adik aku yang dulunya tak suka peel fresh tu tiba-tiba dah suka pulak. Dulu cakap masam. Sekarang ni tiap-tiap petang lepas balik main mesti nak minum air tu. Tak kesahlah.

Satu hari, aku makan nasi. Waktu tengahari. Biasalah, aku makan kat rumah tak pernah ada protokol. Boleh makan kat mana aku suka. Jadi, tempat yang menjadi pilihan utama mesti la atas sofa, depan tv. Memandangkan mak masak ayam masak lemak cili api yang mesti berapi-api pedas, sebelum aku mula makan+menonton tv, aku da siap sediakan air peel fresh tu kat sebelah. Aku pelik jugak sebab dalam pada adik aku duk minum, air tu masih banyak lagi.

Nak dijadikan cerita, setelah beberapa suapan, aku pun mula terasa pedas. Lantas tangan aku laju je cari air. Bukak penutup. Minum.
"Eh, apasal rasa lain macam?"
Hati aku tertanya-tanya. Kemudian, minum lagi beberapa teguk untuk menghilangkan kepedasan(tak sempat tuang dalam gelas. Pedas sangat).
"Apesal air ni rasa sejuk, tapi tak rasa oren???!"
Hati aku bermonolog sendirian.
Aku pun tengok dalam kotak tu melalui lubang atas tu. Alangkah geramnya hati aku sebab tiba-tiba yang ada bukan air OREN, sebaliknya air MASAK.

Cis. Dah la aku pedas, ditambah lagi panas hati. Cis. Nasib baik masa tu dia tidur. Sebaik sahaja dia bangun, aku pun tanya:
Olive : Adik, kau yang letak air Masak dalam kotak air oren tu ye? (Buat muka garang)
Adik : Ha ah (sengih-sengih macam kerang busuk)
Olive : Apesal kau buat macam tu?
Adik : Ye la, nanti kalau akak tengok air oren tu dah habis, akak marah Adik. Adik letak la air masak dalam tu.

Bijak gila. Disebabkan takut kena marah dengan aku kerana telah minum air oren tu sorang-sorang sampai habis, dia ganti dengan air masak dengan harapan aku tertipu. Siyut betul. Selepas kejadian itu, kalau beli peel fresh, 1 kotak aku letak dalam freeze kat tempat air, 1 lagi aku sorokkan dalam sayur-sayur kat bahagian bawah. Keh.Keh.Keh.

02 May 2009

Lempeng mak.

Gambar lempeng ni aku cilok dari sini

Dulu, masa aku kecik-kecik, mak aku selalu masak. Simple dan mudah. Sebab masa tu mak aku tak berapa pro lagi nak masak makanan lain. Lempeng ni kira paling kacang la. Maksudnya, sesiapa yang tak reti masak kalau tahap masak lempeng tak tahu tu memang parah gila la. Sebelum aku ke sekolah, mesti aku akan makan 1 lempeng. Masa tu kecik lagi. Dapat habiskan 1 lempeng tu memang kategori makan banyak jugak la sebab time tu aku kurus je.

Lempeng ni, kalau cicah gula best. Tapi lagi best kalau cicah dengan gulai masak lomak cili pi atau kari kambing yang telah di masak pada hari yang sebelumnya. Maksudnya gulai tu telah dipanaskan semula pada hari ingin memakan lempeng, serius lagi sedap. Boleh jugak dicicah dengan sos. Tapi aku tak suka sangat cicah sos.

Kalau hujan lebat, bangun pagi, mandi air sejuk (masa tu keluarga aku tak mampu lagi pakai water heater), dah siap-siap pakai baju, makan lempeng mak. Lepas tu minum air milo kaw (mak buat jugak). Peh, memang ada umph! Lagi best kalau malam sebelumnya ada kenduri kat rumah jiran, laun kambing kari. Pagi tu hangatkan dan cicah lempeng tu. Bertambah-tambah umphnye. Kick habis. Kalah Kiccapoo(betol ke aku eja nama air tu?). Nak dibandingkan dengan Mapley mamak, memang best lagi lempeng mak ni.

Aku tak tahu resepi asal lempeng ni dari negeri/Negara mana. Korang tahu ke? Sila share. Sekarang, orang dah pelbagaikan resepi lempeng. Aku dengar, lempeng dah ada macam-macam nama. Ada lempeng samurai, lempeng kelapa, macam-macam lagi la. Dalam bahasa orang putihnya pulak diorang panggil Malaysian Pancake. Walau apa sekali pun, lempeng di mana-mana mesti tak sama dengan lempeng mak. Aku rindu nak makan lempeng.

Tapi sekarang dah duduk jauh dari mak. Balik pun weekend je. Itu pun bukan tiap-tiap weekend. Bila jarang balik, mak pun takkan nak masak lempeng pagi-pagi azali. Simple sangat untuk orang jauh, katanya. Mesti la mak nak masak yang special sikit. Aplikasikan segala skill-skill yang ada. Nasi Goreng ke, Mee Goreng ke, paling common pon mak akan masak Mee Sup pagi-pagi. Peh, breakfast pagi tak nak heavy pulak. Biasalah. Kami sekeluarga Typical Malay. Hehe.