Holiday tak gi memane pun setakat ni. Sobs. Sibuk marking SPM, sebelum tu jadi pengawas SPM. Cuti yang exhausted *yahampon!*
Tapi tetapla best sebab cuti ni la boleh duk sama dengan Hubby. Hari2 bangun tengok muka Hubby, rasa bersyukur dikurniakan seorang Hubby yang macam Mr. Popeye. My Mr. Right *the best moment of the day!*
Hari2 masak (kalau Hubby tak ada event kat luar). Pandai ke masak! Belasah ajelah. Semua orang masuk insta food yang diorang masak. Tapi aku tak berani... Low self confidence. Rasa cam buruk je. Bukan pandai masak sangat pon. Pandai memandai2 bolehlah. As long as Hubby makan then dia cakap "Sedap B masak". Awwwww *munge2 japs walaupon muka tetap "Eh? Sedap ek...Ooo..." muka maintain wat2 tak tau.* Padahal...Padahal... (Dalam hati lompat2!)
Hari ni nak cita pasal masak. Hahaha! Takde picture sehingga wujud keyakinan dalam diri ini. :P
Hubby tetiba masuk dapur cakap,
"B, nanti rebus bendi ni. Abg nak makan dengan sambal belacan macam Mak buat tu."
Muka aku macam (ALAMAK! MANE RETI!) Dia macam dah boleh baca then he was like,
"Eh, kalau B tak pandai buat tak pe lah Abang cicah ngan sambal biasa tu je nanti pon ok."
Tapi aku ni kalau dia dah cakap macam tu mesti macam rasa bersalah pulak tak buat. Then, call la Mak aku. Macam biasalah dia bising2 sikit "Kau ni buat sambal belacan pon tak tahu...Bla bla bla" tapi dia bagi tau jugak cemane nak buat.
Okay FYI aku tak suka sambal belacan then tak ambil tahu lansung cemana nak masak and I only know how to cook my favourite food. Tapi bila dah kahwin kena luaskan kuasa jajahan memasak mu maka perlulah pandai masak makanan yang Hubby suka. Nak masak sambal belacan senang aje. Mak aku cakap, goreng dulu belacan tu/bakar then hancurkan. Masukkan cili, lumatkan belacan, perah limau then RASA, kalau tak masin letak garam sikit. Then, TARA... As simple as that.
TETAPI! TETAPI! Part rasa tu yahampon! Tak suke okeh. Kalau kangkung goreng belacan or whatever campur2 belacan aku tak kisah but not sambal belacan. Tapi tehtapla kena rasa jugak! Hasilnya...Pijar mulutku. Aiyooo! Bau dia... OMG! Tapi tak pe. First time buatkan... Pasni tak de dah nak rasa2. Sebab dah memorise banyak mane nak bubuh bahan2 dia. Tsk. Tsk Tsk.