21 April 2013

Perwira!

Title macam tak nak kalah nak sembang pasal perang. Lol. Senanye nak cerita pasal Encik Popeye yang feeling2 jadi perwira. Alkisahnya bermula pada suatu hari tengah jalan2 balik dari Mid Valley. Lagu Perwira dendangan Saloma berkumandang di corong radio... (kuatkan radio...kuatkan radio...)

Popeye: Ha, lagu B ni.
Olive: Ha? Pesal lagu B? Abang feeling2 Abang perwira ke??? Euwww... Hahahaha.
Popeye: Eh, Abang tak cakap pun. (malu2)
Olive: Hahahaha. Abang feeling2 Abangla perwira tu kannn. Tapi Abang malu nak ngaku kannn. Yela2 B nyanyila untuk Abang. Hahahaha (sambil nyanyi lagu Perwira dengan gaya feeling2 palesu)
Popeye: [Sengih2 kat sebelah]

Apekahhh!!! Hahahahahahahahaha. Mari gelak besar! Boleh jadi bahan setahun ni!

To Popeye: I know you read this blog silently. Nah, amikla lirik ni dedicate kat Abang sebab cam berharap didedikasikan je tuh. Jangan marah nanti cepat tua! :P


Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu ku cipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
RELA SEHIDUP SEMATI BERSAMAMU
PERWIRAKU...

To blog readers (feeling2 ramai pembaca):
Walaupun lirik dia macam agak geli2 sikit tapi sedapla jugak lagu ni. Layan! :)

10 April 2013

Everybody Loves Their Husband/Wife, But...

When he/she is tension or angry and instead of talking to you, they mad at you like you are the one who should be blamed, it seriously feel like shit. Are you going to feel better after doing that? Bloody No! You need the damn  thing call COMMUNICATION because your partner is not a god who can read your mind, who knows what you are thinking. And he/she surely feels like shit to be scolded for no reason.

Goodnight!

02 April 2013

Tutorial Basuh Baju Uniform NAVY

Wah! Boley tajuk gitu? Ini semua POYO! Bajet rajin sangat la! Hahaha. Hari ni mood aku nak buat entri Bahasa Malaysia. Sejak aku kahwin dengan Popeye, kitorang adalah weekend husband/wife. So Popeye duduk kat KL ala2 married bachelorlah macam tu. Married bachelor tu ape? Married bachelor tu istilah yang Popeye ajar yang bermaksud orang tu dah kahwin tapi hidup secara bujang kat kapal/kat mess. Camtulah lebih kurang.

Disebabkan aku cuma weekend wife, jadi tak banyaklah yang boleh dikongsi bersama. Paling2 balik weekend kemas rumah, masak, basuh baju, dan iron baju. Tengok uniform Navy tu macam kacak bergaya putih berseri. In fact, bagi aku uniform Navy paling aku suka antara ketiga-tiga perkhidmatan. Tapi YAHAMPON susah gile okay nak jaga. Tambahan pulak Popeye aku ni memang FUSSY bab baju (macamla aku tak fussy). Ni sedikit sebanyak tips yang Popeye ajar kat aku (lebih kepada aku tengok tapi dia buat sendiri je sebab lecehnya la. Maleh den).

1. Basuh
Kalau uniform tu dah lame, butang kat pinggang dia akan ada kesan karat tau. Kalau jenis macam aku main tabur je rendam, nanti kesan karat tu akan turun kat kawasan putih yang lain dan bolehlah kita menangis bersama-sama fikir cemana nak hilangkan kesan tuh. Makanya sebelum terjadi, kalau nak rendam make sure yang butang tu ke atas (keluar dari kawasan air)

Kalau rendam Bush Jacket (BJ), pastikan span pada bahu tu tak patah (aku pun tak tahu nape beriye sangat tak nak patah so masa nak rendam tu kena lipat2 sikit jaga bahu tu (lecehkan. lecehkan.)

Kalau nak uniform tahan lama, memang basuh handwash la. First time aku basuh, Popeye cakap, 'B, nanti kat kaki ada kesan minyak tar nanti tolong berus sikit eh'. Kesan minyak tar??? Haku pun hape lagi beriye2 berus. Dah settle 3 helai seluar aku basuh, Popeye datang kat pintu... 'Berus tu tak yah kuat2 eh nanti berbulu'. Ha! Sentap mak nak la kau kat situ. Tapi diam je la kan!

'Kalau nak cepat kering boleh spin.' Popeye kata. Wah! Senangnya! Aku pun terusla amik baju dari dalam baldi, campak je dalam washing machine. Sekali Poepye datang, keluarkan balik baju2 tu (-.-)
Popeye letak sehelai demi sehelai baju tu. Sebelum letak tu, dia lipat bahagian kolar supaya dan sendalkan pada dinding supaya baju2 tu takla meghoyan bila kena spin jap lagi. Semua tu untuk memelihara baju tu supaya tahan lama.

2. Jemur
Tak boleh di bawah panas terik. Sebab nanti baju akan cepat tukar warna jadi pearl white. Hahaha. So kalau dah spin tu angin2kan kat ampaian tertutup pun okay.

3. Iron
Kalau nak iron, mula2 kena make sure iron tu berkeadaan elok. Maksud elok di sini let say sebelum tu korang ade mengiron baju lain dan kerentungan, pastikan kikis elok2 buang segala benda yang boleh mengotorkan baju putih yang fragile itu. Kalau iron korang dah macam tukar warna ada warna ceklat2 sikit tu, beli saje iron baru. Kui3.

Steamed Iron adalah kegemaran aku sebab aku malas nak sembur2 air. Kalau malas lagi, lepas spin,  angin2kan jap lepas tu terus je iron. Lagi mudah. Tapi pada aku baju 2A Navy tu senang la nak iron. Kalau nak Iron BJ sama jela just careful tang bahu. JANGAN SEKALI KALI iron seluar ada 2xline. Itu sangatlah mengundang kemarahan Encik Popeye. Dia tak pernahlah marah aku sebab since aku jenis fussy, memang aku tak buatla silly mistake macam tu. Tapi kedai dobi buat. Makanya beliau telah hangin 1 badan. Tula, better basuh sendiri je...

Lagi satu, kalau korang dah iron siap2 lawa2, baju siap sepasang dengan seluar, hati2 bezakan antara seluar kerja dan seluar BJ. Ada BEZA, okay! First time aku preparekan baju tak pasal2, laki aku pergi kerja pakai baju kerja seluar Bush Jacket! Nasib baik tak kena pick up. Cane nak bezakan? Seluar BJ takde kedut2 macam seluar kerja. Panggil apetah kedut2 tu. Lantaklah.

4. Pakai Accessories.
First time aku tolong Popeye pakaikan accessories kat baju dia, dengan kompiden pasang. Tup2 pagi esoknye, nak gi kerja Popeye cakap, 'Abang da agak da mesti B pasang pangkat terbalik'. (T_T)
Sebenarnya, kan pangkat Navy tu macam (d) kan. Ha, korang kena make sure (d) tu ke atas. Aku telah menterbalikkan (d) tu menjadi (p). Suke hati! :p

Contoh macam ni, adalah untuk pangkat sebelah kanan k.

Insiden pasal accessories tak tamat di situ sahaja. Ingat lagi masa first time aku tolong Popeye prepare BJ dia. Popeye jenis semua accessories letak dalam 1 pouch. Aku pun dengan kompiden pasang butang. (Kompiden itu perlu ye). Mula2 aku pasang butang poket dulu. Punyelah payah butang tu nak masuk kat dalam lubang dia. Bersungguh2 tol aku cuba masukkan. Bila da siap, nak pasang butang2 lain, sekali, butang tu ada 2 saiz! Yang kecik untuk BJ dan lain2, yang besar tu untuk 1 dress. Pitamla kau di situ! Apelagi... Silelah tanggalkan balik, dan masukkan butang sebenar. Ha! Senang je pulak nak masuk tak payah berusaha gigih pun!

Ahaa. Lagi 1 aku tak suka pakaikan name tag kat baju. Sure kena repeat 2,3 kali sebab tak balance dengan poket. (-.-)

Errr... Aku rasa tu je kot untuk kali ni. Aku selalu suruh Popeye rendam sendiri je baju dia. Takut seh! Kalau terkena karat kat tempat lain kan ke haru. Kalau basuh tu adela. Tapi sekarang takdela aku berus dengan bersungguh2 dah. Ekekeke... Setakat ini dulu. Kbye!
 One Dress
Mess Kit