24 September 2012

Kerana aku Isteri...

Aku ingin jadi yang memahami
Aku ingin jadi yang melengkapi
Aku ingin jadi yang mengerti
Aku ingin jadi yang sentiasa berada disisi
Aku ingin jadi yang tidak membebani
Aku ingin jadi yang dirindui
Aku ingin jadi yang disayangi
Aku ingin jadi yang dicintai
Aku ingin jadi yang dikasihi
Aku ingin jadi pemaisuri hati
KERANA AKU ISTERI...


p/s: Rindu kat Hubby dapat pahala tau walaupun dia tak tahu. Jom kawan2 kita rindu husband kita banyak2. Boleh kumpul pahala banyak2. Rindunye :'(

22 September 2012

Tears.

Tears is cheek's best friend
Whenever cheek is happy
It forget about tears
Although tears is missing cheek so much
Tears don't dare to ruin cheek's happiness.

But no matter what
When cheek feels sad
Tears will come to accompany cheek
Tears will easily forgive and forget what cheek have done
Tears will be cheek's best friend again

Me; It is not easy to understand
You can ask you can stare
You can help by giving hand
But you definitely will not be there

Heart is trembling
I guess the patience are just not enough
Its forbid Me from smiling
Because life is so tough.


21 September 2012

Cerita Spaghetti Pertama Kali Masak.

Ada 1 hari tu, Hubby gi rumah kawan dia nama Khairul Anuar. Wife dia (Yana) hidangkan spaghetti kat diorang. Punyala balik tu Hubby+kawan2 dia beriya2 cakap spaghetti tu sedap. Aku ni memang tak pandai masak western food apetah lagi spaghetti sebab orang dalam rumah aku memang tak makan makanan camni. Sebab Hubby suka sangat spaghetti tu, makanya, aku pun mesejla Yana untuk mintak resepi. Tak lama lepas tu dia pun reply. Memang lengkap resepi yang dibagi. Siap dengan jenama barang yang dia guna pun dia kasi tau  *thumbs up*.

Ada 1 weekend lepas dapat resepi, aku dan Hubby takde pape plan hari tu. Maka kami pun decide nak buat spaghetti sama2 *excited!*. Hubby pun bawakla aku pegi Carrefour Wangsa Maju cari barang. Kalau ikut instruction, Yana tu prefer Sos Kimball. Aku ngan Hubby pegila kat rak sos kimball.

Aku: Bang, betul ke sos ni? Ke ada sos lain? (sambil pegang cili sos kimballnye botol)
Hubby: Entah. Abang pun tak tahu.
Aku: Takpela B tanya Tasha (kawan aku yang selalu masak spaghetti)
Hubby: Aaa. Tanye2.

Aku pun BBM Tasha:
Aku: Cha, nak masak spaghetti ni ade specific sos or pakai sos biasa ni je?
Cha: Specific. Aku pakai prego.
Aku:Alamak!

Nasib baik aku tak terambik sos cili kimball tu. Lepas dapat BBM tu kitorang pun carila Sos Spaghetti dan jumpela Kimball punye. Rupa2nya kat rak yang sama ada jual semua barang2 untuk masak pasta ni. Siap tomato puri dalam tin, spaghetti, dan macaroni.

Dah dapat sos, pening pulak nak beli pasta ape? Sebab brand yang Yana mention tu tak de kat pasar raya tu. Kitorang pun call Mak Hubby sebab Hubby cakap Mak dia pandai gak buat. Tapi brand yang Mak Hubby cakap pun non hado. Makanya, kami belasahkan ajelah ambik je Pasta Angel Hair. Yang daging pulak, instead of guna daging cincang, Hubby nak guna daging burger dan nanti dia nak hancurkan sendiri (Husband aku kan kratif)

Sampai rumah, kami gotong royong masak. (Eceh. Padahal masak spaghetti je pun) Lepas Hubby tolong2 siapkan bahan2 untuk kuah, Hubby pun masak spaghetti tu dalam air mendidih. Nak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu punya tunggu, spaghetti Hubby tak kembang2.

Hubby: B, Abang rasa spaghetti ni dah overcook, tapi nape tak besar2 pun.
Aku: Huh? Nape eh? Tapi dah lembek.
Hubby: Ntahlah?
Aku: Memang size de cenggini kot?
Hubby: Mungkinlah...
Aku: Dahlah tu. Angkat2.

Rupe2nye spaghetti ni ade macam2 jenis ek? (Baru google) Kalau jenis halus tu memang tunggu sampai berjanggut pun memang takkan jadi besar kan? Lepas tu kitorang sama2 ketawa sambil makan spaghetti lembek. Tapi kuahnya memang sodap! Habis jugak lembek2 pun. Siap buat bekal pegi memancing lagi. Sebenarnya Ttkdela lembik sangat. Overcook sikit je (sib baik Hubby ku alert). Hahaha. Sorry takde gambar sebab baru teringat citer ni bila baca entri spaghetti kat blog lain. Lawak tol.


20 September 2012

I Wish...


Deep inside my heart, I wish someday we will have a little space there that we can call HOME. It is not that I'm not grateful of what we have now, but having a house is everyone's dream, right? Including us. I'm happy with our life right now but it would be better if I could live besides you. But I know we have to wait and until the day come, we have to keep our excitement about living together by ourselves. Pray hard.
Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.

19 September 2012

Happy Birthday Hubby (Entri 15 September)

HAPPY BIRTHDAY HUBBY!
Semalam lagi aku dah ada kat KL. Saja nak accompany Hubby on his birthday. Tapi bila dah ada kat KL macam asyik dengan Hubby je jadi tak sempat lansung nak beli hadiah untuk Hubby. Bila petang tu, Hubby dah gi keje (Open House ATM), aku pun cepat2 gi Wangsa Walk. Sambil cari baju untuk konvo aku, sambil nak cari hadiah Hubby. 2 in 1.

Malangnya, tak de pun kad birthday kat MPH tu yang tulis For Husband/Suami! Adoi! Tension. Aku tak nak beli kad birthday biasa2 tu. Sebab dah 5 tahun aku bagi Hubby kad 'Sweetheart', 'Darling', 'My Love'. So memang haruslah excited nak bagi Hubby kad birthday as Husband! *Grinning*

Akhirnya aku pun decide nak gi JJ Wangsa Maju dan secepat mungkin bergerak ke sana. Jap lagi kalau lambat2, Hubby dah balik kerja pulak! Sedang aku cari hadiah Hubby kat Men's department, Hubby BBM, "B, nanti lagi 10minit ambik Abang kat rumah TS k." Aku pun ape lagi! Panic! Mata terus meliar mencari hadiah yang sesuai. Cari punya cari, aku berjaya pilih dalam masa 10minit je! Hadiah kilat nih. Tapi, kad pulak tak ada kat level tu :(
 Kena turun floor bawah and I'm running out of time (-.-)".

Dan kat bawah tu, ni je satu-satunya kad yang ada tulis Husband. Ingat nak cari colour biru, tapi non hado, aku pun rembat je yang ni (tak baca pun isi kat dalam sat gi kalau hancus aku cross jela dengan pen, tulis poem sendiri), terus pi bayar dan belari2 anak hayam ke kereta. Orang tengok je. Maybe diorang terfikir... Apahal minah ni. ADE AKU KESAH? (AAK?)

Finally...After 5 years... :')

Ha! Bila dah balik, aku duk fikir macam mana nak kasi sembunyi kad ni (since aku pencinta alam sekitar makanya beli hadiah tadi tak ambik plastik!) Nak sorok dalam handbag nanti Hubby nampak pulak! Haruslah tak jadi surprisenye kang. Dipendekkan cerita yang memang dah panjang, mujur ada kain telekong dalam kereta, aku pun balut hadiah+kad dengan kain telekung elok2, sumbat2 dalam handbag. Sampai2 je, Hubby gi toilet, terus sorokkan hadiah dalam laci. Masa Hubby dah tidur malam tu, barula aku tulis kad ni dalam cahaya samar2 bilik beliau, letak dalam wardrobe. (O.O)

Esok paginya, Hubby bangun nak siap2 gi main Squasy (temankan aku), bukak2 wardrobe ada hadiah dan kad. Surprise! Muka dia terkejut gile, muka terharu, muka excited. *Suraya likes this so much! Muah3*
PRICELESS.
Walaupun surprisenya simple je kan, tapi expression tu sangatlah ♥♥.Aku sangatlah happy bila Hubby suka hadiah tu. (^______^)
Semoga Allah sentiasa merahmati suamiku dan perkahwinan kami. Ameen...

Yang gambar kat bawah ni, bukan aku bagi Hubby, okay. Mak tak mampu nak beli memahal camni. Tunggu jadi Jusa C dulu baru boleh kot! Hehehe. Siap ada sign PTL. Kelesss laki aku.
Untungla Bos bagi Hermes hadiah birthday! (@_@) *jeles*

13 September 2012

Jovian Mandagie ♥♥♥

Nama yang tak asing lagi dalam industri fesyen tanah air. Top 3 JM yang aku suke sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat!

Jadore

Jordyna

Jehanna

Apa yang boleh aku cakap tengok pada gambar? AWESOME! Kalau tengok kat blog dan fb, memang customer semua review diorang suka JM, puas hati dengan JM. Tapi tak pernah ada dalam koleksi wardrobe lagi, so tak leh komen lebih2. Kalau TER ada sehelai dua nanti, baru leh tulis review sikit. Chao.

Blog Title Yang Dah Tak Sesuai.


Adelah satu hari yang aku tak ingat bile, aku bukak blog (lepas bergelar isteri*chewah!*) dan aku baru perasan blog title aku... Eh! Aku bukan awek dia lagi la! Dah jadi wife la! Sah tak sedor diri. Punyela bukak blog, tulis entri, tutup blog, terus sambung usha blogshop. Ops.

Sebenarnya rasa macam sayang jugak nak tukar blog title ni sebab dah bertahun2 aku blogging pakai nama ni. Tapi teringin pulak nak tukar. Tapi tak tau nak buh nama ape. Korang ada idea? Sharing is caring. Lai! Lai! :)

Sehingga aku terfikir idea bernas, biarkan jela title neh. Boleh feeling2 jadi awek japs. Hahahaha!

11 September 2012

EBB: Tupperware Takot.

Mesti korang tertanya2kan, apekah maksud EBB? EBB acronym untuk Entri Bini Bini. Kalau post ade EBB tu maksudnya ada kaitan dengan kerumahtanggaan gitu.

Semalam aku tengah makan nasi depan TV. Tetiba Mak aku da siap2.
Aku: Mak nak pegi mane?
Mak: Nak pegi rumah Acik Tupperware bayar duit Mak beli bekas beras tu.
Aku: Eh, Mak! Nak ikut! (Sambil melompat dari kusyen letak pinggan atas meja, cuci tangan, BBM Hubby mintak izin, capai tudung)
Dan 2 minit kemudian...
Mak: Eh? Kau dah siap???

Kitorang pergi jalan kaki je sebab dekat je pun rumah aku dengan rumah Acik Tupperware tu. Lepas 30minit kat rumah Acik Tupperware...


 Close Up sikit

Haa... Tuh dia... Senget nak bawak balik! Ni semua salah Acik Tupperware tu. Aku tanye je (takde niat nak beli pun,ok!) "Cik, yang dah tamat tarikh offer. Ade lagi ke?"."Ade. Acik baru ambik kat KL hari tu". Teruslah kan dia bawak keluar semua! Lepas tu aku dahlah gila pink! Haruslah angkut semua sekali kira punya kira nak bayar (T_T)

Mula2 aku cuma nak beli yang ni (sebab warna PINK!)
Lepas tu Acik tu cakap, kalau beli yang atas ni nanti boleh beli yang bawah ni potongan 30% (Okay jugak kan kalau beli? Bukan selalu diskaun macam ni.)
*tapi mestilah beli bukan sebab diskaunkan...Beli sebab warna dia PINK jugak!*

Lepas tu aku kira2, eh, da RM150++ ni, tapi aku selak2 lagi katalog, TERminat  pulak kat pack, stack and go ni. Konon2 feeling2 nanti dah duduk same2 ngan Hubby boleh la buat breakfast pagi2, lepas tu buat lebih sikit boleh aku dengan Hubby bawak bekal pergi kerja. (Wah! Feeling2 sangat. Kau bangun awal ke masalahnye!). Banyaklah alasan madah2 indah aku. Sebenarnya semua aku beli sebab warnanya PINK! 

Ha, lepas tu dah balik sampai rumah, aku pun dah pening. Apekah aku nak cakap dengan Hubby neh. Masa nak beli tu tak BBM tanye pun sebab TAKOT dia tak bagi beli kang dah la warna pink ni kemain limited makanya harus aku angkut balik rumah dulu.

Lepas tu, pas Hubby balik kerja, dah settle down, aku pun Whatsapp dia.

Aku: Abg...B kan...Td ptg kan...
Hubby: Yea. Aha
Aku: Kan B g umah kawan tupperware Mak tu...
Hubby: Ok. Pastu
Aku: Pastu B dah terbeli tupperware...Sbb...Sume wane pink. Tapi de cakap bayar bile2 pun leh.
Hubby: Bayar jela. Lawa tak. Ade pic?
Aku: Ala macam tupperware kat rumah ni tapi warna de je pink. Beli 4, free 4. (Takot nak cakap aku beli banyaakkk gile!)
Hubby: Bape ribu?
Aku: RM200 (Takot nak bagi tau jumlah sebenar *tutup mata*)
-Aku pun send pic yang kedua dari atas-
Hubby: Macam telebih je. 8 patutnye.
Aku: Pastu kalau beli yang 4 tu nanti dapat 30% diskaun untuk yang kanan skali tu.
Hubby: Yang kiri sekali tu? (Bapak ah alert gile aku ingat dia tak perasan!)
Aku: Yang tu B just nak book je bayar installment tapi de cakap amik je bayar bebile leh.
Hubby: Total berapa semua tu? 200? Ke 200++ (Alamak! Dia taulah!)
Aku: RM220 (Takutnye!!! Cuak! Cuak!)
Hubby: Okeh.. Rojer je. So ape masalah skang?
Aku: So...X marah eh.............gulp.
Hubby: Haha...Ok jela...Kate elaun da masuk.. Bayo jela terus. Da setel bayo?
Aku: Esok nak bayo abis. Cik Dino (another jiran) nak beli dari B yang kanan sekali tu... (Kekononla nak jual balik padahal sebenarnya aku tak sanggup pun nak bagi Acik tu!)
Hubby: X payah...Simpan je. Nanti susah nak cari lagi. Rare..gitu. 
Aku: (YEAY! YEAY! YEAY!) *Tapi dalam hati je la tak reply gitu pun kat dia. Kang kantoi eksaited! Hahaha*

Sekian laporan entri Tupperware Takot. 1st tupperware collection I've ever owned. Excited uolssss! K Bye!

06 September 2012

Ini Entri Sangat Bini Bini.

Tengok tajuk pun dah tahu entri ni sangat perempuan. *Jantan ke kau!* Hehehe. Aku bukanlah lelaki tapi aku jugak tak minat sangat dengan barang2 yang sangat perempuan2 contohnya seperti pinggan manggkuk, bunga-bungaan (yang hidup mahupun yang mati), hiasan2 rumah, barang kemas, dan segala macam bentuk benda2 yang selalunya Mak aku suka.

Kalau pergi plant nursery, aku jadi driver. Sampai je terus landing dalam kereta, tidur! Sakit woo tunggu confirm lebih sejam punya. Mak aku kipasusahmati Keladi. Macam2 jenis ada kat rumah aku ni. Dah macam mini nursery. Aku tengok keladi tu, semua same je. Mak aku lak cakap "Eh, yang jenis ni tak de kat rumah kite lagi la". Tapi...bukan ke dah ade? Pelik sangatlah nak bezakan pokok2 daun camnih (@_@)

Kalau pergi shopping kat Langkawi, Mak aku busy kat Haji Ismail Group rambang mata pilih pinggan, aku mesti busy rambang mata pilih coklat. Bila dah abes borong coklat, pindak pulak pergi test2 perfume. Memang takkan tolong la Mak aku dalam soal pinggan mangkuk ni. Masa first month kawin dulu, bila aku nak gi KL, Mak aku bagi aku set yang dah lama dia beli (since I was in primary school)-Arcopal. Mak aku memang jaga pinggan2 dia siap 2 almari uols! Tapi set ni dah banyak pecah *Eh, sape pecahkan??? (-.-)* so dia dah tak suke sebab tu bagi kat aku. Aku fikir nanti kalau ada rumah sendiri aku cilok pinggan mangkuk Mak aku je la since she has a lot!

Tapi tadi masa on the way balik dari jumpa Hubby, Hubby BBM cakap kita perlu beli set pinggan yang elok sikit untuk parents datang rumah, kalau ada tetamu dan bla3. Aku dah macam... Herk! Suruh aku pilih design... Herk! Aku cakap nanti balik aku cari kat internet dan bagi dia option dan seperti biasa, dia akan perlu final decision.

Balik aku pun google+tanya Mak+tanya AcikDino (My closest married friend) everything. Aku rasa bagusla kot Correlle ni sebab dari hari tu Abang duk cakap Puan Sri pakai correlle jugak. Bloger2 yang blog pasal Correll dan cerita pasal betapa bagusnya Correll dan itu sangatlah membantu meyakinkan aku yang tak tau pape ni untuk membeli set ni. So macam baiklah marilah kita ke Website Corelle dan pilih dan dalam yang aku short listedkan tu, Hubby pilih yang ni
I like! Tapi tak tahulah ada stock lagi ke tak. Kalau ada rezeki, ada ler. Aku survey harga online boleh dapat RM350 tapi harga kawan Hubby tu aku tak taula. Bila dah decide nak beli pinggan, Mak suruh beli kuali sekali. Aku pun bagitau Hubby.

Hubby tanya, nak kuali brand ape? I was like... "Tefal" (padahal aku tak tau pun bagus ke tak brand ni sebab aku selalu nampak brand ni kat JJ aku pick up je). Maka marilah kita berkawan dengan Encik Google sebab kita boleh tanya Encik Google pasal pape je yang kita nak tahu. Untung jugak ade org nak blog pasal jenis kuali yang bagus untuk dipakai! Oh, I just love technology! Thank you bloggers!

02 September 2012

Majlis Rumah Terbuka MkTL KD Sri Gombak+Menteri Pertahanan

Semalam aku dan hubby ke Majlis Rumah Terbuka MkTL di KD Sri Gombak (KDSG). Sebenarnya tak plan pun. Aku tengah siap2 nak gi shopping tiba2 Hubby mesej
"Kalau nak makan free, mai la cni. Paking kat masjid pastu jalan kaki ke bangunan tu. Masuk je ikut pintu depan."
Aku pun bila dengar makan free dah macam *wink*wink*. Macam sparkle dah kat atas kepala aku. Makanya dari jeans dan t-shirt, teruslah aku tukar pakai baju kurung. Ala2 ayu gitew. Tapi aku tak bawak heels makanya aku pakai sandals je. Hubby sebenarnya kerja time tu ikut Tan Sri tapi boleh la jap temankan aku makan.

Dari jauh aku dah nampak Hubby tunggu kat entrance. Sampai2 je kat sana, Hubby kenalkan aku kat geng2 ADC dia. Majoriti diorang ni aku dah kenal nama, tapi tak kenal rupa. Handsome2 rupanya ADC2 ni. *tapi yang paling handsome dah tak available. Ops!* Semua macho2 belaka tapi kalau sembang dalam BBM. Yahampon. *Tutup Mata*. Selalu gak curik2 tengok hubby BBM Diorang. Scary. Hahaha.

Lepas tu hubby kenalkan aku kat Dato2, Datin2, yang mana pastinya aku salam2, angguk2, senyum2, dan lupa semula nama diorang tu. Tapi ada satu datin ni style! Cun melecun, baju meletup. Tudung-Bawal esklusif yang mahal tu.*Boleh jadi idola aku Datin nih*. Aku tak ingatlah nama diorang. Gambar pun aku lupa nak snap masa kat event tu sebab aku tak prepare lansung nak gi sana kan (alasan je padahal memang pemalas). Tau2 15 minit lepas dapat mesej tu dah terpacak kat KDSG.

Ha, meh nak cite sikit. Memandangkan ni first time aku gi open house macam ni, aku sebenarnya rasa agak janggal sikit dalam majlis navy nih sebab masa Hubby kenalkan aku kat sorang Dato' ni, tiba2 dia hulur tangan. Aku macam...Herk! Tapi sebab Hubby kat sebelah kan, aku salam je la. Lepas je blah, aku terus tanya Hubby, "Eh, nape dia salam B!". Rupa2nya diorang ni kalau yang tua2 memang gitu. Lepas Dato' yang tu, salam Dato'2 yang lain pun sama jugak. Memang orang muda akan bersalaman dengan orang tua. Macam respectla kot camtu. Tapi aku rasa tetap janggal+pelik+setiap kali salam dalam hati aku mesti cakap, "Eh, haram ni."(-.-)

Time ni la jugak Hubby kenalkan aku dengan bos dia Tan Sri Abdul Aziz dan Puan Sri Sarah untuk pertama kali. Memang meriah majlis sambutan hari raya ni. Tambah meriah sebab ada Lan Pet Pet. Selamber je dia bahan ada Uncle tu gigi dia tinggal dua, Lan nyanyi lagu  burung kak tua tu tapi part "Giginya tinggal dua" tu je. Lepas tu musician Gelombang Biru ikut buat rentak lagu tu. Lawak gile. Para hadirin yang datang turut di hiburkan dengan penyanyi2 Gelombang Biru yang merdu2 belaka suara mereka. Selesa kat sini, tapi panas la sebab ramai orang. Lepas dah salam2 kenal dengan TS dan PS, Hubby pun memberi green light. "Kalau B nak gi shopping pergi la". Aku ape lagi, mestila datang nak makan je. Abis makan blah la. Yang bestnye, Hubby bagi duit untuk shopping! Thank you Hubby! :*

Lepas salam hubby, aku pun gerak nak gi shopping. Before tu, pegi masjid jap tukar uniform. Tak nak aku round Lowyatt+The Curve+Ikea pakai baju kurung. Harus basah jap lagi sebab peluh. Okay tak yah cerita pasal shopping sebab memandangkan kita masih dalam mood raya, terus ke cerita ke 2, open house Menteri Pertahanan (Menhan).

Sepatutnya Hubby gi sini ikut TS+PS tapi mereka yang baik hati suruh Hubby datang dengan aku je. Tak yah iring diorang. Lepas dah siap2, kitorang pun pergila Dewan Seroja kat dalam Mindef tu. Punyela ramai orang. Aku sebenarnya baru kat tempat parking je dah rasa macam nak ajak Hubby makan kedai je dah. Macam malas lak nak bersesak2.

Masuk sana, dengan susah gila nak dapat seat (kalau VVIP lain tempat dia kat bahagian dalam), bila dah dapat seat, boleh pulak tempat tu sesak dengan asap makanan. Hubby datang kat aku bawak Char Kuew Tiau. Tapi last2 tak makan pun sebab Hubby pun malas nak lepak situ. Tak selesa lansung. Aku rasa next time kalau Menhan nak buat open house lagi, mungkin boleh set up macam open house navy. Asingkan tempat makan+tempat masak. Letak jauh sikit tempat masak tu dari tempat makan, dan letak kat tempat yang open sikit. Baru asap tu lepas keluar dan tak terperangkap bawah khemah besar tu. Tak pun letak je makanan yang dah siap masak. Lagi senang. Kalau nak panas, letak kat dalam bekas yang macam flask tu. (Ni idea aku je la tapinye...) Memang ramai yang pegi open house Menhan tu. Even masa kitorang nak blah tu (pegi kejap je pun), orang masih berderet2 datang.

Overall, aku lagi suka open house yang MkTL buat. Mungkin event kat Dewan Seroja tu boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Ape2 pun, terima kasih sebab memberi kami makan free seharian. Semoga Allah merahmati kalian! :)