29 February 2012

29.02.2012

Today is the end of February. It is almost 8 days I have been here - SMK TDeJa as one of their practicum teacher. Basically, life here has been hectic and exhausted, but I definitely enjoy it. Kind of weird to say, but I like being a teacher. (LOL!)

Ah, penat speaking. Intro sudahlah kan. Sape cakap jadi cikgu ni senang, meh aku lempang sekali. Sape cakap jadi cikgu tak banyak kerja, meh aku lempang dua kali. Hakikatnya, jadi cikgu memang busy, kena kuat mental dan fizikal. Kalau tak? Nangislah kau!

Kat sini aku ajar 1 kelas intermediate proficiency dan 1 lagi low proficiency. Kalau masuk kelas inter tu, memang senang je. Ajar, bagi contoh, kerja semua buat, buku pun submit on time. Kalau masuk kelas low, sakit tekak, berpeluh2 dengan dasyat, ajar tak faham, kene tunjuk sorang demi sorang. Tapi mana2 kelas pun, aku tetap enjoy. Yang kelas low tu, bukan diorang tak nak belajar, tapi diorang memang tak faham English. Tapi ada je yang bersemangat dan buat semua kerja aku :)

Dahlah. Penat. Tak nak tulis panjang2. Preparation kahwin still going on and on and on. Busy y'all. Mane nak mengajar, mane nak jual kain, mane nak latih netball, mane nak buat preparation kahwin. Aku sekarang rasa dah macam robot yang di programkan dah. (z_z)

That is all for the time being. Bye!

17 February 2012

Kau Memang HANJING!!!

Semalam ni hari LAST. FINAL EXAM FOR FINAL YEAR. Makanya, aku berasa sangat lega sebab semuanya dah habis tinggal nak praktikum je lagi 3 bulan lepas tu, HOOREY! Selesai sudahlah perjuangan 6 tahun ni. Makanya, aku, Juni, Tasha, dan kawan2 lain plan nak overnight. Kononnya macam nak celebrate la penat lelah study selama ni. (Study ke wei!). Kitorang plan nak tengok wayang, tapi dah tutup. Sebab JB memang islamic. Movie kalau hari Khamis malam Jumaat, memang tutup awal. (Malam Jumaat kan sunat....)

Disebabkan movie tutup, kitorang pun merayap2 ni Bazar Karat kat area CS tu. Aku beli baju RM5!!! FOR THE VERY FIRST TIME. *kagumkan!* Lepas merayap2 (dengan duit yang tak berapa nak ada), kitorang pun gerak ke Suara Ok! kat Danga Bay nih. Makanya kami pun melalak sampai pukul 3.30 pagi.

Balik2, sampai ke *******(nama terpaksa dirahsiakan nanti kalau ada pengintip mampuslah!), gate dah kunci. Guard dah lelap. Juni cakap, diorang memang takkan bukak punya gate sebab takut kantoi dengan warden. Makanya, kitorang pun panjatlah tembok kat tepi tu. Gigih, okeh! Dah lama tak buat kerja2 macam ni. Memang excited!

Aku pun dengan kering hatinya lalu je depan pak guard yang tidur mampus tu sambil berdoa yang dia takkan angkat kepala. Sampai turn Tasha dan Juni, sandal Tasha berbunyilah pulak! Tak boleh blah. Guard terbangun! Masa tu aku dah lepas dah 100m ke depan. Tinggal Tasha dan Juni menyorok disebalik rumpun2 bunga. *hahahahahaha. Okay kelakar sebab aku nampak diorang terhendap2 menyorok*

Aku pun teruskan perjalanan sampai ke bawah bukit. Tunggu punya tunggu, budak2 ni tak datang lagi. Dalam 3 minit kemudian, aku nampak diorang belari lari anak hayam ke arah aku. (Okay yang ni memang sumpah lawak sebab diorang lari dengan kalutnya sampai terduduk2 aku gelak). Bila diorang dah sampai kat aku, kami pun meneruskan perjalanan ke blok tet! (Rahsia lagi). Masa tu masing2 teruja gile la kan. Juni cakap lama dah tak buat kerja2 panjat memanjat macam ni. Selalu kalau lambat balik pun kitorang redahkan je pak guard tu.

Jalan punya jalan, sampai kat satu tempat yang memang orang cakap 'keras', Tasha dengar dengusan (Tashala yang cerita sebab aku ngan Juni tak dengar pun). Beberapa saat kemudian, muncul hanjing-hajing liar dari kegelapan malam. Tasha nampak je hanjing, dia pun mula lari! Aku pun nak lari ikut Tasha, tapi Juni dok jerit2, "Jangan lari weh! Jangan lari! Nanti dia kejar!" (Okay, sangat kalut gila time ni). Aku yang tengah nak lari tu stop, dan tiba2 Juni tarik aku kuat gila! Time tu, hanjing tu menyalak kat Juni beberapa kali. Juni face to face dengan hanjing tu! Dalam jarak yang sangat dekat. 2 kaki je kot! Aku kat belakang Juni time tu (memula rasa terharu la sebab ingatkan Juni macam nak protect aku kan, tapi bila reveal balik, Juni pegang aku sebab tak nak aku lari tinggalkan dia sorang2 je. Hahahahaha. Tak jadi nak terharu!). Tasha pulak, tengah syok2 lari, toleh belakang, tengok2 kitorang tak folo dia. Makanya dia stop!

Hanjing tu, aku pun tak tau kenapa. Tetiba je lepas dia menyalak kat Juni beberapa kali tu, dia blah gitu je. Geng2 dia yang lain pun ikut blah. Masa mula2 hanjing2 tu datang dekat kitorang, 3 ekor je. Lepas dia blah tu, Juni cakap ada beberapa ekor lagi kawan2 dia folo dari dalam gelap. Scary gile ah! Kalau second time tu dia kejar, memang aku cabut je. Mampu tak mampu lari tu belakang cite yang penting LARI!

Begitulah alkisahnya aku, Juni dan Tasha bersama hanjing-hanjing liar. Aku gelak sorang2 sambil tulis post ni. Kenangan terindah bersama korang :)

10 February 2012

Kursus Kahwin.


Okay, weekend ni aku akan balik dan pergi kursus kahwin! Excited? Tak pun. Sebab kawan2 yang dah pergi cakap bosan. Dah la kena pakai baju kurung. Tak boleh pakai jeans, okay. (T_T)
4 Months 3 weeks to go before our wedding day. HOMAIGOD! Rasa tak percaya pun ada. Cuak pun ada. Dah macam2 rasa. For the time being, aku meneruskan kegiatan enjoy dengan kawan2. Ada 4 bulan je lagi beb untuk bergelar single!

Semenjak dah nak kahwin ni, Abang sangatlah sporting. Kalau cakap keluar, lepak dengan kawan2 kelas pun dah tak moody2 macam dulu. Seronok, okay! Kadang2 rasa macam sweet je. Hikhik (^_^)

Dah hampir seminggu lebih aku tak update blog. Busy sangat. Sekarang aku dah mengembangkan bisnes. Dah jual kain cotton pulak. Soon, nak jual baju cotton manik yang dah siap. Tak ada masa sangat nak online dan blogwalking. Best tau bisnes. Yang bertambah2 best tu, bila Abang bagi support 100%, siap nak tolong pos, tolong promosi, tolong buat katalog. Terharu gila, okeh! :')

Makin hari Abang makin sweet. *Terbang!*