24 January 2012

Kad Kahwin!

Misi Cuti CNY adalah:
1-Tolong Popeye siapkan design untuk kad kahwin
2-Siapkan kotak goodies (Baru siap 1500)
3-Pergi fitting baju akad nikah
4-Hantar tempah baju akad nikah Popeye
5-Pergi fitting songket+Baju Malam Berinai dengan Popeye
6-Membeli baju batik hantaran untuk aku+Popeye
7-Membeli tudung Akad Nikah+Resepsi

OH, BUSYNYE!!!

Aku nak buat yang simple but nice je. Memang la kalau ikut nafsu nak buat yang mahal2, barulah glamour gitu! Tapi bila fikir balik, lepas orang dapat kad tu, orang buang. Kira macam amik duit RM3 pastu buang. Mampu kau? Aku tak mampu (T_T)

Aku fikir nak buat kad yang murah, tapi comel! Dan disebabkan aku seorang BAKAL CIKGU *Siap CAPITAL untuk menunjukkan keseriusan* dan hobi aku adalah membaca (ke???), makanya dalam Wedding Invitation tu aku nak suruh Popeye decor supaya ada bookmark! Comelkan?
Belum bagitau Poepey lagi tapi I like the idea! Nanti you all boleh guna untuk membaca, kan?kan? kan? (~_~)

p/s:
Aku jumpa belt+wallet Braun Buffel kat Singapore yang sangat murah. Kat Tangs. Tapi tak beli sebab lupa harga belt Braun Buffel kat Malaysia berapa hari tu. (T_T). Rupanya murah bangat!
Makanya cerita kat Popeye. Popeye macam setuju nak pergi Singapore cari barang2 hantaran beliau dan handbag aku. Ouh, seronok! (^_^)
Sopink! Sopink! *teruja gila*

19 January 2012

Miss You.

I want to write your name in the sand
But I'm afraid wave will wash it away
I want to write your name in the books
But I'm afraid it will be stolen
I want to write your name in the sky
But I'm afraid it will go with the wind
I finally write your name in my heart
Because I know that is your place from the start.

-Written by Olive, Your Lighthouse Keeper-

18 January 2012

Encik Bakal Suami (T_T)

Ini entri sadis, sebab tu ada smiley (T_T)
In entri Tentang Dia, Encik Bakal Suami *Isk. Malulah nak panggil macam ni* (>_<)

Weekend hari tu kitorang dating *wink*. Dia kata dating last, last berdua-duaan, pasni tak boleh dating sampai kahwin. (T_T)

Dating yang kejap, tapi sangat sweet, sangat wink3.
Kalau aku malas nak makan, mesti Popeye dengan rajinnya suap aku makan. (Pakai tangan, okeh.) (^_^)
Kalau tengok movie, aku mesti tertidur (habit sengal), tapi Popeye tak pernah kejut walaupun dia terpaksa tengok movie sorang2.
Kalau aku keluar dengan Popeye, dia mesti bawak pergi tempat makan best2.

Malam aku sampai tu, kitorang pegi The Ship! Again! Yeah. The Ship yang banyak kenangan kesah chenta zaman muda mudi kitorang dulu. Lunch esoknya kat KLCC. Konon nak makan kat Chilis, sekali kena Q, tunggu 40minit, kitorang pun dah kebulur, last2 makan je kat foodcourt je. *sadis!* Sebelah malam, pas penat shopping barang hantaran, kitorang makan kat Hadramawt, kedai Arab kat Ain Arabia. Makan3. Memang sangat bergemok tau kalau dating 2 orang ngan Popeye. *Best!*

Kesian tau kat Popeye. Penat ikut aku pusing satu KLCC nak cari barang hantaran dari pagi sampai malam, tapi end up beli kasut je satu. Tapi aku memang suka kasut tu. Red Killer Heels. I loike! Popeye cakap, 'Matilah Abang kalau setiap kali nak shopping pun macam ni'. Muka dia memang dah toya, penat gila, okeh. *Sian Sayangku*

Popeye sangat lawak. Aku minat telekung sulam goyang. Makanya, untuk hantaran, aku nak cari telekung sulam goyang jugak. Memang susah nak cari sebab sulam goyang yang tebal tak banyak dan mahal.
Popeye: B, berapa bajet nak beli telekung sulam goyang tu?
Olive: Adelah dalam RM***
Popeye: Mahalnya. Kalau beli telekung mahal2 nanti bertambah pahala eh bila sembahyang?
Olive: *Hati berdarah2 ditores*

Hahaha. Serius, bila aku cerita kat kawan2, diorang semua pakat duk gelak guling2.
Semakin dekat hari nak kahwin ni, semakin Popeye menggedik. Kalau aku cakap tinggi2 suara sikit, mulalah nak sound, TAK BAIK, DERHAKA KAT SUAMI, TAK CIUM BAU SYURGA dan banyak lagi! Aku hari2 terbunuh je dengan statement dia. *Dush!*

Tapi Popeye sweet. Walaupun dia tak pandai buat ayat gula2 bagi hati aku cair, tapi dari cara dia, sangat boleh nampak. Semoga Allah permudahkan jodoh kami. Amin :)

p/s: Popeye belanja (kena paksa sebenarnya) aku beli buku Nicholas Sparks! Menambah koleksi. Thanks Sayang! (^_^)


12 January 2012

Lagu Awesome

~OMBAK RINDU~

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

MALAM KAU BAWALAH RINDUKU
UNTUK DIRINYA YANG JAUH DARIKU
AGAR DIA TIDAK KESEPIAN
SELALU RASA ADA CINTA AGUNG

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
TUHAN TOLONG LEMBUTKAN HATI DIA
UNTUK TERIMAKU SEADANYA

KERNA KU TAK SANGGUP
KERNA KU TAK MAMPU
HIDUP TANPA DIA DISISI KU

11 January 2012

Ke Arah Menjadi Seorang Isteri...

Hari ni aku keluar pergi Plaza Angsana makan Kenny Rogers sebab buy 1 free 1 (Quarter Meal). Sempatlah kejap singgah kat Badan (Kedai Buku) sebab nak cari buku Aku Terima Nikahnya. Tapi buku tu tak ada la pulak. Makanya aku beli buku ni
Dah siap balut sebelum baca. Aku memang cerewet kalau bab buku. Kalau orang pinjam jangan sesekali buat line kat tepi buku tu. Memang boleh menimbulkan amarah:D
Ha! Asal tuh? Jangan buat muka terkejut, okay! Hahaha. Saja beli, dengan harapan boleh jadi panduan hidup. Aku manusia biasa, penuh dengan kekhilafan. Semua tu aku sedar sangat. Cakap pun main sedap mulut je kadang2. Lansung tak peduli perasaan dia. Kesian awak, kan. :(
Aku memang tak perfect, tapi aku berazam nak berikan dia yang terbaik. Jadi, sekarang perlahan-lahan aku nak ubah diri, cuba untuk jadi wanita sempurna. Mungkin tak sempurna di mata orang lain, tapi cukuplah sempurna di mata dia :) *ayat nak touching*
Esok aku nak cari buku yang ni pulak. Saja nak share baca dengan Popeye. (Rajin ke Abang nak baca nih???) Mak aku dah lama suruh aku beli, baca, tapi aku wat tak tau je. Sebab? MALAS weh! Takut nanti baru second page dah tidur. Harapnya kali ni tak jadi gitu *gigih*

Sebenarnya ni pertama kali aku beli buku2 macam ni. Segan weh! Sumpah segan. Walaupun orang sekeliling tak cakap pape, aku je segan masa sendiri (^_^)
Susah nak buat perubahan dalam diri? Allah je yang tahu macam mana rasanya. Tapi aku tengah berusaha. Sekali pun tak dapat menjadi seperti Siti Aisyah, mungkin boleh mencontohi kebaikan isteri kesayangan Rasulullah. Doakan aku, kawan2! :)

09 January 2012

S O M B O N G !



Tahun lepas, aku ada buat entri pasal aku pergi School Based Experience (SBE) atau Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Dah lah sekolah tu bosan yang AMAT, kan. Hari ni ada sesi tutorial di pagi hari (Rutin hari Isnin). Habis je tutorial, boleh pulak tutor aku Pn Azizah/Mak Jijah (suka hati aku je nak tukar nama beliau) nak jumpa aku secara personal katanya kat Jabatan. Aku dah agak, ni mesti ada pape yang tak best ni.

Tup tup. Kau tahu pasal ape? Dia dapat report dari sekolah yang CAMBEST tuh, aku ni SOMBONG, MENGASINGKAN DIRI, TAK BERGAUL, dan etc etc. Aku masa dengar tu dah panas je telinga. Dia pun nasihatlah kan bla bla bla. Ye betullah macam yang dia cakap tu kan. Aku kena mix around etc3. Aku tanyalah, yang nama naik tu aku sorang je ke in group? Mak Jijah cakap tut tut yang buat report tu pick up nama SURAYA je. Wah! Setahu aku, mana2 aku pergi, tak pernah pulak aku berjalan sorang2 macam kera sumbang. Siap menyembang dengan Cikgu Disiplin/Cikgu HEM/Cikgu English, dan ramai lagilah. Memang suka hati mak bapak kau je kan nak mereport2 pasal aku.

Tapi ni meh aku nak habaq mai sikit kat yang buat report tu. Kau sebenarnya apa masalah? Kau hadap sangat nak bersembang dengan aku, mai la berkenalan depan2. Aku tak tembak kau dengan M16 pun walaupun aku ni Lt M *buat muka kerek sat*
Kau ingat dengan seminggu tu sempatlah aku nak beramas mesra dengan korang yang tua2 bangka tuh sudahlah mulutnya yahampon! Pelbagai malas nak cerita, okeh. Sorrylah ye sebab aku memang bukan jenis orang yang suka gos gos di bilik guru. Baik aku pergi tidur kat surau/library/balik bilik. Haruslah aku tak kenal korang, tiba2 nak terhegeh2 pi salam2 laga pipi bagai. Koser, okeh!

Tolonglah kepada masyarakat di luar sana, tak payah jadi NARROW MINDED aka BERFIKIRAN SEMPIT (Saja nak translate kotlah yang si perepot tu tak faham Bahasa Inggeris). Kenal aku dulu sebelum nak judge boleh tak??? Aku rasa aku dah cukup bersembang ramah dah dengan korang. Tak taulah sombongnya tu celahan mana, kan? Aku ni tak nak lah orang cakap peramah tak bertempat. Dahlah masuk tempat orang, kenalah pandai2 bawak diri, kan. Takkanlah nak Hi Hi Bye Bye sesuka hati aku.

Aku mengadu kat Popeye. Dia boleh kata ape ko tau?
"Orang dah tegur tu terima je lah"
Peh, makin panas je aku baca. Tapi lepas tu dia sambung...
"Tapi memang keji gila orang tu sampai buat report."
Okay, kepanasan turun ke suhu bilik.

Wei, aku tak sombonglah! Kalau tak percaya meh sini sembang dengan aku. Aku tak de nak bolayan kau lah! Tanya mereka2 yang kenal aku. Aku pun sedarlah aku hidup atas bumi Allah, kita semua ni sebagai hamba kat sini. Semua apa yang aku ada, adalah pinjaman dari Allah. Mak Ayah aku ajar aku semua tu dari kecik, tau! Sombong2 dapat ape???

TAPI AKU BENGANG TAU TAK bila kena sound sebab benda yang aku tak buat! Memang mulut bau kentotlah hangpa yang buat report nih!

04 January 2012

Hari Yang Malang

Hari yang malang bermula semalam. Balik dari JJ period pain macam gila, rasa macam nak demam. Aku terus tidur sampaila Maghrib Tasha datang bilik. Lapar la pulak. Rasa macam tak larat, tapi aku keluar jugak makan. Sejuknya, peh! Allah saja yang tahu. Aku rasa sejuk, tapi kawan2 yang pegang aku rasa panas. Sah demam.

Balik, Tasha dan Juni dah bising2 suruh beli ubat. Okay fine. Beli Active Fast dan 100 Plus. Sampai bilik, aku terus tidur dengan tudung tak bukak, sweater semua, selimut terus. Memang tak larat. Nak amik air beberapa tapak pun aku rasa tak mampu bangun dah. Lia (r0omate) tolong siapkan air untuk aku makan ubat. Lepas makan ubat je aku terus tidur. Pukul12 ke 1 tah, aku terjaga sebab badan dah berpeluh2, baru bukak sweater semua.

Pagi bangun, bermalas-malasan siap2 ke kelas. First day of final semester, final year. Dah tak rasa excited nak ke kelas macam dulu. Boring. Sampai kelas, kaki aku semacam pulak sakitnya. Tadi pagi aku pakai handplast. Sebab ingat luka biasa je. Tengok2 makin membengkak. Aku tunjuk kat Fahmi Khan (my deskmate), dia suruh aku pergi beli antibiotik lepas kelas. Rasa makin sakit pulak nak berjalan.

Last period Pn Lailatul. Dia tengok aku jalan terhincut2, dia tanya, kenapa. Aku pun tunjuk kaki aku. This is 'bisul'. Dia suruh aku jumpa tabib cina. Haruslah tahu pulak kat mana! HOMAIGOD! Seumur hidup aku tak pernah kena bisul, okay! Damn. Lepas kelas, aku mintak Juni teman gi klinik.

Dr tu baik. Sangat keibuan. Juni nak jugak sibuk2 masuk sekali. Hahaha. (Padahal aku memang nak suruh Juni teman pon sebab selalu Mak/Ayah teman). Dr tu cakap memang bisul pun. Dia tanya, aku ada korek2 ke. Memang la aku korek sebab aku ingat gelembung biasa je. Dr geleng kepala. Dia cakap lepas ni tak payah belai2 bisul ni. Nanti lagi teruk. Baru aku tahu, aku demam semalam sebab bisul ni lah. Scary okay rupa bisul ni! Benci lak aku tengok kaki sendiri. Dahlah kena bayar RM75! Mahal siut. Oh kaki, cepat sembuh!!!

Okay. Hari yang malang tak berakhir di situ. Aku pun BBM Popeye ingat nak mengadu nasib, tapi tak sampai2. Lepas tu nak call Ayah, nak bagi tau aku kenal bisul+demam. Rupa2nya kena bar pulak line. Duh! Aku terpaksalah mintak ihsan kat Fahmi Khan pinjam handphone dia nak telefon Ayah.

Balik dari lunch, masuk2 je bilik, roomate aku, Lia, mengadu Wimax kitorang dah kena bar. Padahal dia dah bayar semalam. Bala betul. Dahlah handphone aku tak activate, Wimax kena bar, lecturer dah assign benda2 nak print. Macam haram. Tak lama lepas tu, Ayah bayar bil aku agaknya. Sebab dah boleh reply mesej dan call. Makanya barulah aku boleh bercerita di blog ini.

Ayah penyelamat hari yang malang. Terima kasih Ayah! Love you lots. (^_^)